La mia fede è per te. - keyakinanku ada untuk kamu
- A y r a -
Bunyi langsir ditarik membiarkan matahari masuk ke dalam bilik yang gelap gelita itu. Dia yang sedang lena langsung menutupi mukanya dengan bantal apabila matahari terus menciumi mukanya.
"Cik Ayra, bangun dah pagi" pembantu rumah itu cuba mengejutkannya beberapa kali manakala dia berada di alam mimpinya lagi.
Bila dia terdengar suara wanita itu perlahan-lahan dia membuka matanya yang masih samar-samar. Perlahan dia mendudukan dirinya di atas katil sebelum tangannya menggeliat ke atas.Dia senyum pada pembantu rumah itu.
Itu adalah perkara pertama yang selalu dia lakukan apabila bangun pagi, memberi satu senyuman hangat buat si pembantu rumah itu.
"Selamat pagi, kak Ifan!" Dia tersengih.
"Selamat pagi, cik Ayra!" Kak Ifan juga menghadiahkannya satu senyuman manis buat si dia, Ayra.
"Selamat ulang tahun ke-20, Ayra Dalessa!!"
Tidak lengkang senyuman manis yang diberi oleh pembantu rumah itu yang bernama kak Ifan. Dia terus memeluk Ayra di atas katilnya.
"Ayra dah 20 tahun?! Macam tak percaya aje." Kata Ayra seakan terkejut teringatkan dirinya kini sudah dewasa. Lantas dia memeluk kak Ifan seraya air matanya mengalir sedikit kerana bangga.
"Iya cik Ayra! Kak Ifan tumpang gembira untuk Ayra juga" kak Ifan mencuit hidung kecilnya yang comel itu, geram melihat muka Ayra yang baru lepas bangun tidur.
Comel!
"Shhh... Jangan nangis, cik Ayra. Mama cik Ayra pasti bangga dengan cik Ayra tau sebab dah besar panjang macam ni, bertambah cantik lagi tu" kak Ifan mengesat perlahan air matanya di pipi.
"Terima kasih kak Ifan! Ayra rasa gembira dan rasa bahagia sangat" Dia tergelak kecil apabila kak Ifan mencuit hidungnya. Habis sudah berwarna merah.
"Sama-sama, Lepas ni cik Ayra dah boleh kahwin tau" kak Ifan memperlahankan suaranya apabila ayat terakhir keluar. Saja mahu menyakat si dia.
"Eeeuw, tak ada maknanya kak Ifan. Tiada siapa nak Ayra ni lah" Ayra memandang bawah melihat jarinya yang sedang bermain antara satu sama lain.
"Ayy, siapa cakap tak ada? Tu hah berlambak je tengah beratur nak hantar rombongan meminang tau!" Kak Ifan saja menyakatnya lagi.
"Eeee yelah tu." Ayra menjeling ke atas sebelum dia tergelak kecil sedang membayangkan perkara itu.
Kak Ifan tersengih. Betul apa yang dia cakapkan itu. Jikalau dia tidak terkurung dirumah ini oleh ayahnya sendiri pasti sudah ramai jejaka ingin menikahinya.
YOU ARE READING
RYAN XAVIER'S
RomanceRyan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa y...