"Tu sei il mio mondo" - Awak adalah dunia bagi saya.
- A y r a -
Dia menatap sepi dirinya di depan cermin besar itu. Dirinya yang dari tadi diam seribu kata. Baju kahwin yang dipakainya dipandang tidak percaya.
Dia menarik nafas dan hembus. Tapi hembusan nafasnya itu seakan susah mahu keluar dari rahang mulutnya. Berfikir mengapa nasibnya begitu malang.
Mula-mula hidupnya dikurung seperti haiwan peliharaan di dalam sangkar, tiada kawan, keseorangan dan sakit kepala sebagainya.
Kemudian ibunya pula meninggalkan dirinya keseorangan. Selepas itu dia hanya tinggal bersama ayahnya.
Dan sekarang... dia disuruh untuk berkahwin dengan seseorang lelaki yang tidak dia kenali sama sekali, lebih tepatnya dipaksa.
Tapi itu membuatkan dirinya gembira kerana dapat keluar dari penjara itu. Namun kebahagian itu cepat saja hilang apabila mendapat tahu siapa bakal suaminya.
Tiba-tiba seorang perempuan menghampiri dirinya. Dia memakai baju kurung berwarna hitam putih.
Lalu dia memberi senyum manis pada diriku. Mukanya kelihatan ikhlas gembira melihat diriku yang sudah siap didepan cermin. Aku memberi balik senyuman ikhlas padanya.
"Ya tuhan, cantiknya cik Ayra!" Dia memuji diriku dengan kagum.
"Mana ada lah, Mira ni ada aje" aku hanya gelak kecil dan malu di puji oleh Mira.
"Mira pun cantik hari ni, comel je saya tengok" jawabku lagi. Kini aku pula memujinya balik.
"Mana ada, cik Ayra lagi cantiklah" dia tak mahu mengalah dan terus mengatakan diriku ini lebih cantik darinya.
"You're so beautiful, cik Ayra" Tiba-tiba makcik Salma muncul tanpa kami sedari. Jelas mukanya terlihat kagum dengan kejelitaan Ayra.
Makcik Salma juga memakai baju kurung yang berwarna hitam juga, memang tema warna hitam ke apa?
"Kan! Dah cakap dah. Cik Ayra terlalu cantik untuk dilihat" Tuturnya tak mahu mengalah.
"Mana ada" Jawabku. Tak mahu mengalah juga.
"Dua-dua cantik dan comel, ha kan dah sama rata tu" kata seorang wanita tua disebelah pintu biliknya.
"Tak, Cik Ayra lagi cantik!" Lawan Mira balik, saja tak mahu mengalah.
"Suka hatilah, Mira" kedengaran nada pasrah diberi oleh wanita tua itu. Dia menggeleng kepalanya, tak faham masalah orang muda zaman sekarang.
"Hahaha!" Aku dan Mira gelak bersama dengan reaksi makcik Salma tersebut yang membuat hati kami geli.
Dalam masa yang sama Ayra cuba menenangkan dirinya yang gementar itu dengan gelak ketawa mereka buat.
"Cik Ayra, jangan gementar sangat, okey? Semua pasti akan berjalan dengan lancar" Makcik Salma cuba memberi kata semangat pada Ayra.
"Betul, cik Ayra jangan takut! Sekejap je gementar tu nanti hilang lah tu" Mira sambung pula dengan nada memberi semangat.
Ayra hanya mengangguk dan senyum pada mereka berdua. Hati memang berdebar kerana gementar dengan pernikahannya itu yang akan bermula.
YOU ARE READING
RYAN XAVIER'S
RomanceRyan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa y...