"Stammi piu vicino" - Jangan pergi, tetap disini denganku.
- A y r a -
"Line clear" bisiknya secara perlahan.
Kaki Ayra pantas melangkah ke almari baju. Dia membuka salah satu almari tersebut. Matanya fokus sedang mencari sesuatu.
Apabila sudah jumpa cepat tangannya mengapai benda itu dan terus berlari anak ke dalam bilik air semula.
Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik air dia menghela nafasnya. "Fuh... Sebaik tak ada orang. Tak pasal-pasal aku terserempak dengan dia kang" Ayra menggeleng kepalanya.
Dia melihat benda yang baru dia ambil tadi di tangan. Senyuman muncul di bibir, selamat juga akhirnya. Kemain susah lagi dia nak ambil baju dalamnya. Salah sendiri, pelupa lagi.
Ayra, Ayra! Pakaian dalam sendiri pun lupa nak ambil ke?
Tanpa berlengah-lengah segera dia memakai pakaian dalam tersebut. Bukan main lamanya dia berendam dalam tub mandi tadi. Terlalu selesa sangat sampai mahu terlelap sudah!
Biasalah cap mahal punya kan. Bukan selalu nampak atau pegang. Lagi-lagi kalau barang rare punya dan mahal pasti diri terus jadi jakun. Jadi kita kenalah hargai benda depan mata.
Sampai Ryan pun mengetuk pintu bilik air tadi. Risau agaknya aku duduk dalam lama-lama sampai tak dengar khabar. Yelah orang tengah berendam sedap-sedap kau pergi kacau stim pulak haih.
Pakaian tidur pyjamas berwarna pink diambil dan segera dipakainya. Selepas memakai dia mengeringkan rambutnya yang basah itu dengan menggunakan hair dryer yang telah sedia di dalam bilik air tersebut.
Baru dia terasa badannya segar sikit selepas usai mandi. Oleh kerana dia memakai baju nikah tadi terasa tidak selesa dek melekit dengan peluhnya. Sesudah mereka sampai ke rumah terus kakinya mencari bilik air.
Akhir sekali, tangannya mencapai satu kain khas untuk menutupi seluruh kepala dan dadanya. Iaitu tudung sarung berwarna hitam. Dia menyikat rambut itu terlebih dahulu lalu ikat menjadi sanggul comel.
Terus dia memakai tudung sarung itu dengan perlahan. Terfikir juga apa dia kena buka tudungnya atau pakai masa tidur? Lagipun mereka kan sudah kahwin.
Ayra berhenti dari perbuatannya. Tiba-tiba rasa gementar mula menyelubungi diri. Mula dah fikirannya memikir bukan-bukan.
Walaupun kehidupan remajanya bukan hanya terperap di dalam rumah sahaja tapi akal fikirannya tetap berfungsi.
Tak perlu terkejutlah, semua wanita sukakan novel lagi-lagi yang genre romance kan?
Ayra mengumpul duit simpanannya setiap bulan untuk membeli semua buku romantik dan fantastik.
Selepas dia tamat buku tersebut dia beralih ke buku seterusnya. Terlihat dia obses dengan novel.
Tapi perempuan bukan sahaja baca genre romantik atau fantastik tapi banyak lagi yang kami baca selain itu seperti buku ilmuan, horror dan banyak lagi. Jangan salah anggap.
Tapi suatu hari, perbuatan Ayra terkantoi oleh kak Ifan. Nak buat macam mana?
Buku novel pun dia dilarang baca.Banyak juga pantang larang yang dibuat oleh ayahnya sendiri, encik Azman.
Setelah selesai semua persiapannya. Ayra letak sedikit minyak wangi yang tidak kuat dan tidak lembut baunya sesuai untuk hidung orang yang akan menghidunya nanti.
Mukanya dibiarkan tanpa makeup. Bukan dia tak mahu letak tapi memang dia tidak sukakan benda aneh seperti itu.
Lagipun hari sudah malam buat apa nak letak makeup kan?
YOU ARE READING
RYAN XAVIER'S
RomanceRyan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa y...