- B e l l a -
Hari demi hari telah berlalu, rasa kian benciku pada Ayra kian bertambah. Kenapa aku bencikan dia? Sebab dia telah rampas semua kerja aku. Kerja yang selalu dekat dengan Don, tuan Ryan!
Perempuan itu perampas!
Disebabkan kehadirannya disini, aku tidak seperti selalu berjumpa dengan tuan Ryan. Kerja aku semua diberi pada dia, apa dia lebih baik dariku? Aku tengok biasa saja dia. Buat kerja kelam kabut adalah!
Aku syak dia goda tuan Ryan lalu tuan Ryan pun termakan dengan godaannya. Perempuan itu memang luar biasa! Kau tengoklah nanti. Aku tersenyum sinis.
Kaki aku segera berlari anak ke luar balkoni, aku memanjat dinding yang menghalang antara bilik ku tersebut. Dengan berhati-hati aku mengikat kain-kain menjadi tali yang kukuh untuk aku turun dari sana.
Aku memandang sekeliling, takut jika seseorang melihat pergerakkan aku. Kawasan itu sunyi dek kerana sudah tengah malam, semua orang disana sudah menyelubungi mimpi mereka.
Dengan perlahan-lahan aku mengikat tali yang diperbuat kain tersebut pada dinding lalu lempar hujungnya ke bawah. Dengan tiada bunyi, kain hujungnya pun telah mendarat selamat di bawah.
Aku cuba menguji ketahan tali tersebut sama ada kuat ataupun tidak. Ya, tali yang diperbuat kain itu kukuh untuk aku turun ke bawah darat. Kaki dengan pantas melangkah ke bahagian dinding tersebut.
Lalu segera aku menurun dengan perlahan menggunakan tali kain tersebut. Dengan selamatnya, aku telah mendarat sempurna ke daratan. Aku menghela nafas panjang.
Aku memandang sekeliling cuba untuk tidak kantoi oleh seseorang. Tiada orang, segera kaki ku melangkah dengan laju ke suatu tempat. Apabila sampai saja disana, aku memandang biliknya sudah ditutup lampu.
Sebaik saja, biliknya tidak bertingkat jikalau bertingkat pasti susah dia mahu memanjat bilik tersebut. Perlahan aku mengintai di sebalik tingkap tersebut. Sunyi, nampaknya empunya bilik itu sudah berada di alam mimpi mereka.
Aku tersenyum jahat, tanganku segera mencuba jikalau tingkap itu boleh terbuka ataupun tidak. Ya, boleh dibuka, aku tersenyum sinis. Berkat Anthys aku dapat masuk ke dalam bilik Ayra dan Mira.
Anthys yang beri aku tugas untuk semak di setiap bilik pembantu-pembantu rumah, katanya barangnya ada yang hilang jadi dia minta aku untuk tolong cari barang tersebut. Dengan kesempatan itu aku bolehlah kenakan Ayra!
Aku tertawa sinis dengan gembira apabila teringatkan rancangan aku untuk mengenakan si Ayra tu!
"Kau tunggu Ayra" sinisnya sebelum sebelah kakinya cuba untuk memanjat tingkap bilik tersebut.
:
Aku mengeliat badan ke atas, hari ini mungkin hari yang akan menjadi kelam kabut buat pembantu rumah. Tinggal tunggu masa saja mereka akan sedar perkara tersebut. Aku tersenyum kecil.
Aku melihat jam di dinding, sudah pukul 7:55 pagi, dalam jangkaan masa 5 minit mungkin akan ada beberapa huru-hara di sini. Aku mengira mengikut jam minit. Dalam kiraan 10 saat seseorang akan muncul di muka pintu bilikku.
"Bella!" Betul jangkaanku, aku tersenyum sinis.
Segera aku berlakon seperti baru bangun tidur, dan terkejut dengan suara jeritan wanita yang memanggil aku tersebut. Aku memberi riak muka terkejut padanya.
YOU ARE READING
RYAN XAVIER'S
RomanceRyan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa y...