- A y r a -
Sungguh ku tidak percaya, ini adalah pertama kali bagi aku menaiki kapal terbang sepanjang hidup. Rasa gementar sudah menyelubungi diri.
Apabila merasa getaran di bawah kaki aku cepat memejamkan kedua mata dengan rapat.
Tanganku erat memegang kedua tempat letak tangan dengan kuat. Terasa kapal terbang itu mula mahu naik ke atas. Aku cuba menenangkan diri dengan menarik nafas sebelum hembus perlahan.
Tiba-tiba aku merasakan seseorang sedang memegang tanganku disebelah. Apabila aku membuka mata untuk mahu melihat siapa. Ianya adalah suamiku, Ryan.
Dia sedang duduk di sebelahanku sambil tangannya pegang lembut pada tanganku dan mengusap perlahan. Aku hanya mendiamkan diri, tanpa aku sedari aku mula membiasakan diri.
Entah bila agaknya dia datang dekat denganku tanpa aku sedari.
Tangannya setia mengusap lembut tanganku disebelah hingga aku dapat tenangkan diri semula. Kapal terbang kami sudah stabil di atas langit, aku segera menghela nafas kecil.
Aku melihat sekilas Ryan di sebelahku. Dia hanya menutup kedua matanya seraya tanganya masih pegang dengan tanganku. Tanpa aku sedari, aku tersenyum kecil di hujung bibir.
"Thankyou" bisikku sendirian. Tak tahu kalau dia dengar atau tidak tapi aku ingin berterima kasih padanya.
:
Setelah beberapa jam kami di dalam kapal terbang, akhirnya kami sampai juga di Leonardo da Vinci-Fiumicino Airport, Italy. Aku memerhati sekeliling tempat itu dengan kagum.
Terlihat semua orang tengah sibuk melayani hal masing-masing di Airport itu. Aku tersenyum kecil, rasa tak sabar mahu lihat permandangan di sini. Kata orang, di Itali banyak permandangan yang cantik dan tempat yang bersejarah.
Aku suka mempelajari sejarah baru, kerana tertarik bagaimana kehidupan orang dahulu. Rasa tidak sabar mahu lihat tempat-tempat yang bersejarah dan permandangan yang tenang di sini.
Aku harap Ryan tidak seperti ayahku yang ingin aku selalu duduk di dalam sangkar itu. Aku ingin buka kehidupan baru walaupun bersama Ryan, aku akan cuba.
Aku menghela nafas. Udara itu aku menghirup lama, udara yang sama tapi rasanya berbeza dengan di mana tempat aku lahirkan.
Aku menjejak kaki keluar dari Airport tersebut. Tidak disangka angin pula yang pertama menjemput aku dari luar. Terus menggeletar seluruh tubuhku merasakan angin ini, sejuk.
Selendang yang di pakaiku tertiup sedikit. Lekas aku masukkan kedua tanganku ke dalam poket baju hangat. Sebaik ini bukan musim salji.
"Ayra, let's go" panggil Ryan di hadapanku. Aku lekas mengangguk perlahan sebelum berjalan mengikutinya dari belakang.
Terserlah sebuah kereta telah siap tersedia di hadapan kami. Seorang lelaki lekas bukakan pintu tersebut untuk kami. Dia menunduk sedikit memberi hormat pada Ryan.
Aku musykil dengan pekerjaan Ryan. Selain menjadi mafia apa pekerjaan Ryan sebenarnya? Entah berapa kali aku tertanya tapi takut saja mahu bertanya padanya.
Cepat kakiku memasuki ke dalam perut kereta apabila Ryan panggil namaku. Aku terus masuk ke dalam dan cuba menghangatkan diriku yang masih kesejukan. Tidak biasa dengan cuaca disini.
YOU ARE READING
RYAN XAVIER'S
RomantikRyan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa y...