09

2.2K 188 0
                                    

"Sono abbagliato da te." - saya terpesona oleh awak.

- A y r a -

Ayra hanya diam dan tidak berbuat apa-apa. Dia melihat Ryan yang masih memeluk dirinya di atas katil itu. Dah kenapa mamat ni.

Lama juga Ryan memeluk dirinya. Muka Ryan tak nampak kerana masih dilindungi oleh mask putih tersebut. Dia pelik kenapa Ryan masih tak buka topengnya.

Mereka sudah kahwin dah pun tapi Ryan tak lagi ingin membuka topengnya. Mukanya ada parut kah? Mungkin dia insecure dengan rupanya.

Atau mungkin rupanya terlalu kacak untuk dipandangnya. Dan terlalu suci untuk dilihat oleh manusia. Eh apa aku merepek ni astaghfirullah.

Ryan lama memeluk dirinya. Ayra juga hanya diamkan diri tak tahu macam mana nak cakap dengan Ryan. Takut untuk menegur.

Tanpa membuang masa, dia nekad untuk menegurnya dengan berani. Tapi kalau dia kejutkan masa Ryan tengah tidur, tak ke rasa tiada adab kalau macam itu.

Mungkin Ryan penat dan tertidur semasa dia memeluk aku kan. Boleh jadi juga.

"U-um a-awak?" Tutur Ayra dengan nada yang perlahan lebih tepatnya berbisik.

Sunyi. Tiada respon diterima.

Memang betul jangkaan Ayra Ryan tertidur semasa memeluk dirinya. Patutlah kemain lama dia peluk tidur rupanya. Penat mungkin.

Dia menghela nafas kecil. Ayra rancang dia tak mahu mengejutkan Ryan jadi dia perlu buat sesuatu untuk keluar dari pelukan Ryan itu.

Setelah berfikir lama, baru dia dapat idea yang bernas. Dia fikir untuk terus tolak badan Ryan dari badannya dan terus menolak badannya ke tengah katil.

Ayra mengangguk setuju dengan ideanya tersebut. Segera dia berhati-hati membuka tangan Ryan yang sedang merangkul badannya dengan perlahan.

Dengan perlahan dia membuat kerja tak mahu untuk mengejutkan sang suami yang sedang terlelap. Setelah beberapa step lepas kini step terakhir pula.

Dia menolak badan Ryan ke tengah katil dengan perlahan-lahan. Dan badan Ryan kini sudah terbaring kemas disitu. Ayra menghela nafas lega.

Misi berjaya!

Sekarang dia perlu mandi dan bersiap untuk makan malam nanti. Dia bangun dari tempat tidur itu dengan perlahan.

Belum sempat dia meletakkan kaki ke atas lantai. Tangannya kena tarik dengan sesuatu yang besar dan kuat dibelakangnya.

Ayra terkejut.

Ayra menoleh ke belakangnya dengan laju. Dia lihat Ryan sedang menahan tangan kirinya dengan kemas. Dia tak tidur rupanya, Pura-pura tidur!

Ayra cuba menarik tangannya kembali namun hampa tiada gerakkan langsung terjadi. Dia pandang Ryan hendak marah padanya.

"Where's do you think you're going?" Tanya Ryan dengan nada serak.

Ayra menelan air liurnya. Sudah kembali mode kelemahannya. Dia diam dan cuba lagi menarik tangannya dari genggaman Ryan.

"You are not going anywhere without my permission. Just stay here with me" ujarnya lagi.

RYAN XAVIER'S Where stories live. Discover now