- A y r a -
"Ayah" panggil Ayra secara tiba-tiba pada encik Azman yang sedang ralit memandang ke gerai-gerai itu.
"Ya? Ayra nak beli apa? ayah belanja" Ujar ayahnya sambil menatap Ayra. Ayra tersenyum pilu mendengar itu.
"Tak bukan tu lah... Tengok dah banyak juga ayah belikan untuk Ayra ni" dia mengangkat beg plastik-plastik bungkusan makanan yang dipegangnya pada encik Azman.
Encik Azman ketawa kecil.
Ayra terus tergamam apabila melihat ayahnya ketawa. Dia rasa itu buat pertama kali melihat ayahnya ketawa setelah sekian lama dia tidak ketawa semenjak ibunya meninggal.
Ayra turut ketawa juga. Air matanya ingin saja menerobos keluar tapi ditahan olehnya. Dia gembira melihat ayahnya dapat senyum kembali.
"Takpela itu untuk orang rumah Ayra. Sekarang jom kita pergi kenyangkan perut dulu" ujarnya sambil memandang sekeliling tidak memandang Ayra.
Orang rumah? Ryan ke?
"Hm jom kita pergi sana" Ayra menunjuk ke arah kedai makan kecil dihujung jalan.
Encik Azman mengangguk sekali sebelum dia memegang tangan Ayra dan menariknya ke tempat tersebut. Ayra melihat tangannya, dia tersenyum.
Sungguh hatinya sekarang seakan berbunga. Ayahnya sekarang seperti orang lain pula, tidak seperti ayahnya dulu sedih dan pendiam.
Sekarang dia dah banyak tersenyum dan banyak membebel pada Ayra. Ayra memegang erat tangan ayahnya dengan kuat seperti tidak mahu lepaskan.
Setelah mereka usai makan. Encik Azman dan Ayra menyambung berbual pada hal yang tidak penting. Ayra melihat sekelilingnya mereka semua sedang ketawa riang.
Ayra hanya mendiamkan dirinya saja dari tadi. Fikirannya terganggu oleh lelaki misteri tengahari tadi. Sekarang sudah pukul 3:45 petang lagi 15 minit sudah pukul 4 tepat petang.
Kini dia sudah berada di mana lelaki misteri itu katakan. Cuma belum lagi masanya. Dia memandang sekeliling dengan kerisauan. Rasa tidak sedap hati mula menyelubunginya.
Betulkah apa yang aku lakukan ni?
Ayra menghela nafasnya."cik Ayra, okey?" Mira menarik perhatiannya."Ah? O-oh saya okey je, terima kasih ambil tahu" balasnya dengan senyuman sebaris.
Mira diam ditempatnya. Dia rasa ada benda yang tak kena dengan Ayra. Dari tadi Ayra hanya mendiamkan dirinya sahaja.
Dulu kemain semangat mahu jumpa ayahnya, kini? Ayra seperti tiada semangat sudah. Mira menjongket bahunya sebelum menyambung makanan di tangannya.
:
"Where are you?" Soalnya dingin.
"Sir, we are all at Mr. Azman's house" balas seseorang di dalam telefon itu.
"Good. Don't go anywhere. Just wait there, i'll be there soon. Understood?" Ujar Ryan.
"But... Miss Ayra wants to go somewhere. I think she want to go market"
YOU ARE READING
RYAN XAVIER'S
RomanceRyan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa y...