Aku menghirup udara itu dengan nyaman, terasa udara masuk ke dalam paru-paru ku dengan segar. Cahaya pagi aku sapa dengan senyuman hangat. Tudungku terhanyut oleh angin yang bertiup lembut. Aku menutup mata, ingin rasa ketenangan ini.
Sebelum aku membuka mata aku mendengar sapaan suara seseorang dari belakangku, lekas pandangan beralih pada sang pemilik suara itu. Aku tersenyum hangat apabila melihatnya. Rasa semangat juga aku rasakan.
"Awalnya cik Ayra sampai!" Dia beriku riak wajah tenang. Dan berlari anak ke arahku yang sedang duduk di atas daun-daun pendek yang melambai dek kerana ditiup angin.
"Good morning, Anthys" Aku tidak jawab soalannya malah sapa dengan satu senyuman mesra. Aku terus bangun dari tempat dimana aku duduk sebelum memeluk Anthys.
"Aw good morning too, miss Ayra" katanya dengan nada yang lembut. Kami terus meleraikan pelukan setelah beberapa saat berlalu.
"Sudah lama menunggu? Saya minta maaf jika lambat, tadi saya ada masalah sikit... Maaflah hehe" Tangannya jatuh pada belakang kepalanya menggaru kepala yang tidak gatal. Aku tersenyum manis.
"Tak adalah lama sangat. Kalau lama pun tak apa, sebab saya enjoy permandangan kat sini." Aku mengalih pandanganku pada awan yang putih. Aku mendengar tawa kecil dari Anthys.
"Oh yeke.. baguslah. Tidaklah saya rasa bersalah sangat pada cik Ayra. Hehe" jawabnya dengan tawa kecil. Aku juga turut tertawa.
"Saya tak sabar nak belajar. Kalau Anthys nak tahu saya ni masih noob sikit bab-bab fizikal ni, maaflah.." Cepat saja aku bertukar topic dan berinya pandangan sedih, ingin simpatinya.
"Eh! It's okey. Ini adalah salah satu tugasan saya yang diberi oleh Mr Ryan, disebabkan itu saya akan ajar cik Ayra bersungguh-sungguh supaya cik Ayra jadi kuat macam saya." Dia tergelak kecil apabila ayat hujungnya habis. Aku juga tertawa.
"Baiklah kalau macam itu. Saya serahkan semua pada awak, saya nak belajar lebih lagi cara nak berlawan." Aku berinya senyuman kecil.
Disebabkan Ryan juga aku ingin belajar berlawan. Selepas aku kenal Ryan aku lebih kenal dunianya bagaimana dan aku ingin tahu lebih lagi walaupun dulu aku tidak suka dunia itu. Dulu aku benci dunia itu tapi sekarang aku perlu belajar, aku perlu tahu rahsia di sebalik dunia ini.
Lebih-lebih lagi disebalik topeng yang di pakai oleh Ryan. Terlalu banyak rahsia yang telah dia simpan sampaikan aku tidak boleh mengagak apa benda. Dan hal itu, buat aku lebih tertanya siapa Ryan sebenarnya? Aku ingin tahu lebih lanjut lagi tentang dia.
Suami misteri aku, Ryan Xavier.
Aku melihat Anthys disebelahnya yang sedang melihat telefon pintar, sepertinya dia juga busy. Aku menghela nafas kecil, langsung membuat Anthys perasan. Dia terus tutup telefon pintarnya dan simpan dalam poket.
"Cik Ayra. Kalau dah tiada apa-apa marilah kita mula. Di sini, lebih privasi dengan semua staff di sini sebab terlalu sunyi untuk kesini. Jadi tiada siapa yang boleh ganggu kita berlatih.." Dia beritahu dengan tenang. Aku hanya mengangguk faham.
"Jom kita pergi rumah kecil sana." Jari telunjuknya pada sebuah rumah kecil di seberang sungai. Mata aku jatuh pada rumah kecil itu, tapi tidaklah berapa kecil cumanya nampak comel dan kemas. Seperti baru kemas.
Baru aku sedar di kawasan rumah Ryan ini tidak berdinding atau pagar rumah. Semua sekelilingnya diiringi pokok rendah dan lebat. Tidak seperti rumahnya di Malaysia. Aku pandang Anthys sambil berjalan di atas jambatan.
YOU ARE READING
RYAN XAVIER'S
RomanceRyan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa y...