37

1.2K 93 1
                                    

"Nah, cik Ayra pakai baju ni. Mesti nampak cantik punya!" puji Mira sambil memegang satu helaian baju sebelum ia beri pada Ayra.

Ayra ambil baju itu dan berdiri di depan cermin yang besar. Dia tersenyum, malu memandang dirinya sendiri di dalam cermin itu. Sudah lama dia tidak pakai baju cantik seperti ini.

"Boleh ke kita pakai baju cantik macam ni? Maksud saya- kita kan cuma maid saja.." kata Ayra perlahan di depan cermin. Terlihat senyuman Mira hilang sekejap sebelum dia tersenyum manis kembali.

"Nope! Apa maksud cik Ayra kita tak boleh pakai baju yang cantik macam ni? Kita pun ada haklah nak pakai baju apa-apa pun, bukan orang majikan aje yang boleh pakai baju macam ni," kata Mira sambil mencekak pinggangnya. Ayra tergelak kecil.

"Ya.. ya, saya tahulah.." ulah Ayra perlahan sebelum memandang diri sendiri di depan cermin besar yang itu.

"Mira... What do you think about me and Lucy? Can I be pretty like her?" soal Ayra dengan tiba-tiba.

Mira tidak menjawab soalannya, Ayra pelik langsung dia melihat Mira yang sedang merenung tajam ke arahnya.

"K-kenapa?" Terus Ayra menghadap badannya pada Mira. Tanpa sembunyi wajah Mira kelihatan tidak suka dengan pertanyaan Ayra.

"Siapa cakap perempuan tu cantik?! No way! Dia lah perempuan paling buruk dan tak layak di panggil model dalam Itali ni tau!" ujar Mira sambil membuat aksi ingin muntah ke luar. Ayra terlihat terkedu, Mira memang betul-betul tak suka pada Lucy.

"Tak baiklah cakap macam tu..." kata Ayra sambil merenung tajam pada Mira di depannya. Ayra pula yang sedang berpeluk pinggang sekarang.

"Ish betul lah, saya rasa cik Ayra yang lagi layak jadi model Itali tau. Itu belum cik Ayra freehair lagi tu, kalau cik Ayra freehair saya guarantee ramai yang beratur macam ni hah!" puji Mira dengan semangat sambil dia menepuk belakang tangannya beberapa kali.

"Who's freehair?"

Terhinjut kedua bahu kecil mereka berdua apabila suara dingin seorang lelaki memecahkan perbualan mereka. Terus mereka berdua mengalih pandangan ke gerangan suara itu sebelum mereka berdua tercekik nafas.

"T-Tuan Ryan!" Mira dengan kelam kabut menunduk kepalanya ke bawah. Dia menelan air liur dengan kesat, takut dengan gerangan lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.

Ayra hanya mendiamkan diri. Kedua mata Ryan mengalih laju pada tangan Ayra yang sedang memegang sehelai kain. Kaki panjangnya sambung berjalan menuju ke mereka berdua yang sedang berdiri tercegat di sana.

Terlihat di belakang Ryan, tercegat tiga orang pembantu rumah sedang berdiri gugup di belakangnya. Wajah mereka semua nampak ketakutan.

Ryan rampas helaian kain dari tangan Ayra sebelum melihat kain yang dirampasnya. Kemudian, dia mengalih pandangannya pada segenap bilik kecil itu. Posisi tangan satunya tersimpan di dalam kocek manakala satu lagi memegang kain itu.

"So this is room where you both using right now, am I right?" teka Ryan sendiri. Matanya tajam meliar di segenap bilik kecil yang usang itu.

"T-tuan Ryan, buat apa kat sini?" soal Ayra cuba mengelak dari menjawab soalannya tadi. Kedengaran suaranya bergetar sedikit.

"Didn't I told someone? To give them both a comfortable room? Like a chamber? This is not the chamber that I ordered to you before..." bicaranya dingin namun tenang pada pembantu rumah yang sedang berdiri cegat dibelakangnya.

Sementara tangan Ryan meliar menyentuh barang-barang di bilik itu. Pucat wajah mereka semua, kaki mereka menggeletar dek kerana ketakutan.

Ayra menunduk kepalanya. Dia tidak sangka pula Ryan dapat tahu mengenai hal ini. Kedua tangan kecilnya sejuk dan putih seakan tiada darah mengalir.

RYAN XAVIER'S Where stories live. Discover now