-- A y r a -
Aku mengemas barang-barang yang tidak diperlukan, ianya yang akan di buang sekejap lagi. Dan susun semula barang-barang yang masih di pakai.
Melihat semua barang-barang yang berselerak itu aku mengeluh kecil, tanganku segera menjalankan tugasnya setelah beberapa minit rehat.
Hari ini adalah hari ke tujuh bagi aku menjadi pembantu rumah. Walaupun agak susah bagi aku yang tidak pernah mengerjakan kerja rumah tapi aku tetap semangat. Mungkin aku akan terbiasa nanti.
Aku tak tahu kenapa tiba-tiba saja Ryan ingin aku menjadi pembantu rumahnya. Bukan aku dipaksa Ryan untuk jadi pembantu rumah atau dia mengugut diriku, dan dia sudah pun bagi aku pilihan sama ada nak jadi ataupun tidak.
Dan aku memilih, ya. Aku yang nak jadi pembantu rumah untuk Ryan sendiri. Bukan paksaan dari Ryan. Lagipun melihat pembantu rumah itu mengemas buat aku ingin ikut menolong sekali.
Sekali sekala nak rasa pengalaman menjadi pembantu rumah, apa salahnya kan? Terus satu senyuman manis terdampar dihujung bibirku.
Tanganku ralit mengemas barang-barang tersebut dengan kesabaran di hati. Sambil-sambil itu baru aku teringatkan Mira, tadi dia mengajak ku untuk makan petang tapi dia pula yang hilang.
Aku memandang sekeliling tempat itu, aku hanya keseorangan saja di dalam tempat ini tapi tak apa, aku tak takut. Aku hanya perlu kuatkan hati dan sabar untuk menjadi pembantu rumah di sini.
Walaupun ramai yang tidak sukakan aku di sini. Terutamanya, aku wanita berhijab.
Setiap kali aku berjalan di sebelah mereka, pasti mereka akan menjeling ke arah aku dan Mira. Mira okey lagi sebab dia tidak berhijab tapi aku?
Rasanya ramai yang bermusuhan dengan aku, lagi-lagi apabila mereka mendapat tahu yang Ryan selalu memanggil nama aku di setiap kali.
Terlalu nampak yang perempuan yang berkerja disini suka pada Ryan, suamiku. Bukan mahu cemburu tapi walaupun aku tiada rasa cinta lagi pada Ryan tapi-
Aku tak mahu suami aku layan perempuan lain. Itu sangat tidak ramah bagiku.
Aku menggeleng kepala beberapa kali. Tanganku menggosok belakang kepala aku yang terasa lenguh dek kerana asyik melihat ke bawah saja.
"Cik Ayra! Jom makan. Maaf saya lambat tadi. Hehe" kejut Mira sambil berlari ke arah Ayra yang masih terkejut dengan suara jeritannya.
"Ya Allah, Mira. Saya terkejutlah." Ayra menjeling matanya ke atas. Mira hanya terletus tawanya, seronok membuat orang terkejut.
"Minta maaf, cik Ayra" ajuknya seraya menggaru kepala yang tidak gatal.
"Ha asyik itulah. Lepas minta maaf mesti buat balik ni" perli Ayra padanya.
"Hahaha!" Gelaknya sendiri sebelum Ayra terikut juga, lawak melihat Mira tertawa.
"Dah jom. Saya dah lapar ni, Mira lah ni lambat sangat." Ujar Ayra yang seperti tidak bermaya. Mira terus menjalan ke arahnya sebelum memeluk tubuh Ayra.
"Minta maaf, cik Ayra. Lepas ni saya tak lambat dah, okey?" Ajuknya, kesian melihat cik puan Ayra seperti itu. Cik puan? Ya cik puanlah, sebab Ayra telah berkahwin.
YOU ARE READING
RYAN XAVIER'S
RomanceRyan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa y...