06

2.5K 229 22
                                    

Sposami - Kahwini saya.

- A y r a -

Curiga kenapa kakinya tak sampai ke darat lagi? Kakinya bergerak-gerak untuk merasai tanah namun hampa tiada apa. Kenapa lama sangat dia nak sampai darat ni?

Pelik.

Apabila dia membuka matanya sekilas dia melihat ada dua belah tangan sedang merangkul badannya itu dari belakang.

"Dah habis curiga?" Kata seorang lelaki di belakangnya. Ayra tersentak mendengar suara lelaki itu.

Jangan kata suara lelaki itu milik...

Namun malangnya dia agak kenal siapa milik suara itu. Hatinya kini berdegup laju, Ayra cuba memberanikan dirinya untuk menoleh kepala ke belakang.

Ayra terkejut lagi apabila dia melihat muka Ryan yang dingin itu. Dia terus menelan air liurnya namun hampa kering.

"Ryan..." Pucat lesu muka Ayra melihat Ryan di belakangnya sambil memegang badannya yang kecil itu.

"Have you finish your mission to get out of this house?" Tutur Ryan dengan nada geram. Matanya menatap tajam ke arah Ayra.

"W-wh-what mission? U-um not yet..." Jawab Ayra dengan mukanya lagi ketakutan. Badannya menggigil teruk.

Macam mana dia boleh tahu aku kat sini? Habislah.

"Game over. You lose" sambung Ryan lagi. Ryan memeluk kuat tubuh Ayra sambil menatap tajam ke kedua matanya tersebut.

Ayra memandang ke mata Ryan dengan kesian. Mohon berinya simpati.

Dia marah, Habislah aku!

Muka Ayra yang akan menangis bila-bila masa tidak di endah. Sejurus itu, Ryan membawanya turun dari dinding itu dengan perlahan.

"You want to run, dear?" Tanya Ryan. Sambil itu mereka menuju ke dalam rumahnya. Ayra masih didalam pelukannya.

"A-awak dah boleh l-letak saya bawah, s-saya boleh j-jalan s-s-sendiri" Gagapnya jelas kelihatan. Namun Ryan tak menghiraukan itu, dia terus membawa Ayra ke dalam rumah.

Ayra diam ditempatnya. Dia tak tahu nak jawab apa, badannya menggigil teruk kerana takut dan air matanya menambahkan lagi kesedihannya.

Matanya sentiasa memandang ke bawah tak mahu melihat mata Ryan yang menakutkan itu.

"You know? if you step one foot outside, it will... explode if you step on one of them and you will die... " Tutur Ryan.

Ayra terkejut mendengar perkara itu. Kalau lah dia pijak tadi pasti dirinya itu sudah arwah. Ayra memegang dadanya yang masih berdegup laju.

"... If you die, i will make sure you die for a second time..." Sambungnya lagi dengan mengeluarkan suara yang dingin dan menakutkannya itu.

Ayra laju memandang Ryan dengan terkejut. Muka Ryan kelihatan serius, dia tidak bermain! Ayra langsung memandang ke tempat lain.

Seramnya.

Mamat ni tak siuman ke? Boleh pulak dia matikan lagi orang yang sudah mati? T-tapi dia macam serius je... Astaghfirullah.

Bila mereka sudah sampai di dalam rumah banglo itu semua pengawal lari ke arah mereka dengan muka yang kerisauan bercampur ketakutan.

"Sir?" Tanya salah satu dari mereka.

"You all can go now. I found her at the gates house" Ryan beri pandangan sinis pada mereka.

Pengawal itu menelan air liurnya lalu mereka tunduk menunjuk hormat dan pantas mereka berlalu dari sana secepat mungkin.

RYAN XAVIER'S Where stories live. Discover now