- A y r a -
Aku melihat Ryan yang sedang makan dengan lahapnya. Satu senyuman keluar dibibirku, gembira kerana masakan aku menjadi dan sedap. Susah payah juga aku buat makanan itu, akhirnya dapat hasil juga.
Matanya yang sedang sibuk melihat makanan itu kini beralih pada aku. Aku memberinya satu senyuman, dia juga memberi aku senyuman kecil.
"Jadi, macam mana? Sedap tak?" Tanyaku ingin tahu. Aku tak seberapa pandai masak, tapi boleh lah biasa-biasa aje.
"Uhmmm... Boleh lah" ujarnya dengan selamba. Aku terkejut mendengarnya. Dia sebut boleh lah je?
Tahu tak penat-penat aku masak untuk dia, dia boleh cakap boleh lah je? Sabar Ayra, sabar. Suami tu!
Aku memandangnya dengan tatapan panas."Boleh lah je?" Ujarku ingin kepastian. Lekas dia mengangguk kepala sekali, mukanya seperti tidak bersalah tidak memuji masakan aku lebih.
Aku mengeluh kecil."Meh bagi saya rasa" Ujarku tidak puas hati sebelum aku menarik mangkuk yang berisi sup ayam itu ke depan.
Aku mencedok air supnya lalu terus hinggap ke dalam mulut. Dalam beberapa saat kemudian aku terus keluarkan balik sup itu keluar.
"Aaaaa" aku menjelir lidah keluar. Air yang ada di atas meja lekas aku ambil lalu meminumnya laju. Tekak ku laju menelan air itu.
"Masinnya!" Ujarku sambil menutup mulut. Ryan yang melihat gelagat aku seperti itu terus dia terletus tawanya. Aku memandang tidak puas hati.
Kenapa dia tak bagitahu yang sup ni masin? Argh malunya...
Aku menutup muka dengan kedua tanganku untuk mengelak dari pandangan Ryan di hadapanku. Dia hanya ketawa kecil ditempatnya.
"Kenapa awak tak cakap yang sup ni masin? Saya boleh buat balik" ujarku serasa serba salah pula. Yelah orang tu balik kerja penat, kau masak tak sedap pula.
"It's okey, piccola. You can improve it again, do not give up okey?" Katanya dengan memberi semangat padaku. Aku tersenyum pilu dengan pujian Ryan.
Aku mengangguk laju sebelum aku melihat di dalam mangkuk Ryan sudah habis sup itu di lahapnya. Aku ternganga melihat mangkuk itu kosong. Bukan ke dia kata sup tu masin?
"Awak habiskan semua sup dalam mangkuk tu? Tak masin ke?" Soalku terkejut. Ryan mengangguk sekali.
"Yeah... It's taste not really bad, i guess" ujarnya lagi. Aku pandangnya dengan terkejut. Biar betul, kang tak pasal-pasal ada darah tinggi suami aku ni.
"Can you add more?" Pinta Ryan di tempat duduknya pada pembantu rumah, mukanya hanya terlihat biasa saja.
"No way... Tak boleh, sup ni masinlah. Nanti saya buat yang lain" ujarku. Aku pantas berdiri dari kerusi lalu ambil mangkuk di tangan Ryan itu.
"Wait, i kinda like it tho" Ryan memandangnya dengan kecewa apabila Ayra terus merampas mangkuk itu darinya.
"No!" Ujar Ayra sebelum segera beredar dari sana. Tinggal hanya Ryan keseorangan di ruang makan.
Ryan tersenyum sinis. Sup ayam itu memang masin tapi baginya itu satu peluang untuk rasa masakan Ayra. Daripada dia buang baik dia makan. Dia amat hargai usaha Ayra untuknya.
YOU ARE READING
RYAN XAVIER'S
RomanceRyan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa y...