- A y r a -
Adakah i-itu cincin berlian? Apa kena mengena cincin tersebut dengan kami berdua? Aku dan Mira sudah tidak sedap hati. Rupanya aku tidak sedap hati dari pagi tadi adalah perkara ini yang akan terjadi.
"Kenapa dengan cincin tu dengan kami berdua, senior?" Mira tanya pada pembantu senior itu. Mukanya jelas keliru, sama juga aku.
"Apa? Kamu berdua tak tahu tentang cincin ni?" Soal pembantu senior itu. Kami berdua menggeleng sambil bercakap tidak.
"Bella sila tampil ke depan. Dan jelaskan lebih terperinci sekarang." Ujarnya seraya kami semua memandang Bella yang kelihatan bingung dengan situasi ini.
Bella dan Veny serentak tampil ke depan. Pandangan pertamanya beralih padaku seraya tersenyum sinis di hujung bibirnya sebelum beralih pada pembantu senior.
"Betul ke kamu berdua jumpa cincin ni? di mana kamu berdua jumpa?" Soal pertama pembantu senior itu pada mereka berdua.
"Ya betul, senior. Kami jumpa cincin ini di bawah bantal Ayra. Betul-betul berada di bawah bantalnya. Tersorok sedikit." Jawab Bella dengan yakin. Mukanya berlakon kelihatan polos.
Mira dan aku terkejut dengan kenyataannya itu. Aku sama sekali tidak pernah mencuri seumur hidupku. Bagaimana cincin berlian itu berada di bawah bantalku? Pembantu senior memandangku pula, ingin penjelasan.
"Tidak, saya takkan pernah buat perkara yang memalukan itu. Percayalah, senior" pintaku padanya. Sungguh aku tidak tahu tentang cincin berlian itu.
"Jadi bagaimana cincin ini boleh ada di bawah bantal kamu, miss Ayra?" Soalnya lagi. Aku terdiam, aku tidak tahu dan tak pernah tahu tentang cincin tersebut.
"S-saya tak tahu! Percayalah. Saya takkan buat perkara yang memalukan itu." Ujarku. Kedengaran suaraku bergetar di hujung, bagaimana aku mahu jelaskan pada Ryan nanti?
"Betul! Saya selalu bersama miss Ayra, saya kenal miss Ayra tak akan lakukan perkara memalukan tersebut. Saya yakin, senior!" Mira menolakku ke belakangnya. Dia berada di pihak ku.
"Jadi bagaimana cincin ni boleh ada di bawah bantal miss Ayra, miss Mira? beri penjelasan sekarang." Ujarnya serius. Orang sekeliling kami semua sedang menanti penjelasan dari kami berdua.
"Mungkin ada orang yang letak di sana! Tak mungkin miss Ayra curi cincin milik tuan Ryan, senior! Pasti ada yang ingin mengenakan miss Ayra." Jawab Mira dengan riak wajah yakin. Dia pandang ke arah Bella dengan mengesyakinya.
"Kenapa kau pandang aku? Aku tak tahu apa-apa. Tanya Veny, dia pun ada dengan aku masa tu." Ujar Bella secara tiba-tiba apabila Mira mengesyaki dirinya.
"Betul! Saya tengok depan mata saya sendiri yang cincin tu di bawah bantal miss Ayra. Mengaku jelah kau Ayra!" Bentas Veny di tempatnya. Masih di pihak Bella. Bella tersenyum sinis.
"Tak mungkin! Miss Ayra bukan mencurinya. Saya satu bilik dengan dia, senior. Dan saya yakin itu bukan miss Ayra." Ujar Mira. Jelas wajahnya yakin dengan kenyataannya itu. Aku pandang Mira dengan terharu.
"Itu pasti seseorang yang ingin kenakan miss Ayra, senior." Mira pandang ke arah Bella dengan tatapan jijik.
"Kenapa pandang aku kau ni?! Bukan aku lah bodoh! Di sebabkan aku marah dia hari tu, tak bermaksud aku nak kenakan dia" bentas Bella ditempatnya.
YOU ARE READING
RYAN XAVIER'S
RomanceRyan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa y...