- R y a n -
"Cik Ayra, tak boleh. Tuan Ryan pasti tak kasi punya!" Ujar Mira bersungguh-sungguh.
"Hari tu, tuan Ryan dah janji dekat saya yang saya boleh jumpa ayah saya dulu sebelum pergi Itali" ujarnya dengan kecewa.
"Tapi cik Ayra... Mungkin cik Ayra salah dengar kot. Dia tak janji pun nak bawa cik Ayra pada encik Azman" jawab Mira.
"Mana ada. Saya tak pekak lagilah. Kalau macam tu, dari semalam lagi kami pergi ke Itali tapi takpun" ujarnya dengan pasti.
"Hmm.. betul jugak. Saya tak tahu lah cik Ayra. Tapi yang pasti harini cik Ayra tak dibenarkan keluar dari rumah" jawab Mira lagi.
Ayra diam ditempatnya. Kedua tangannya memeluk badannya antara satu sama lain.
Kenapa dia tak bagi aku keluar? Dia dah janji kot haritu nak bagi aku jumpa ayah. Tapi tengok sekarang dia yang mungkiri janji. Ish.
"Sama sekali?"
"Ye! Sama sekali. Cik Ayra tak dibenarkan keluar dari pintu rumah ini. Jejak kaki kat depan pintu tu pun tak boleh" jawabnya dengan yakin.
Ayra berjalan kesana kesini. Dia cuba memikirkan sesuatu.
"Tak boleh tak boleh. Kalau saya tak pergi harini esok tinggal satu hari je untuk jumpa ayah" risaunya.
Mira mengangguk tanda setuju. Dia menutup sayu pada Ayra di depannya.
"Kesian cik Ayra..." Mira menatap Ayra dengan sedih. Dia pun terpaksa disebabkan perintah oleh Ryan.
Kalau tak turut, mahu dia kena buang ke laut atlantik nanti.
"Kami ni cuma pelayan, kalau cakap lebih-lebih nanti kena buang pula" omel Mira sendiri.
Ayra diam ditempatnya.
"Ha! Biar saya yang cakap sendiri dengan Ryan" ujarnya sebelum kaki laju melangkah ke pintu.
"Eh tak boleh! Nanti cik Ayra yang kena marah pula. Suhu tuan Ryan hari ni tengah tinggi" cepat Mira menghalang laluan Ayra sambil menggeleng kepalanya dengan laju.
"Suhu tinggi?" Tanya Ayra pelik.
"Iya cik Ayra. Hari ni mungkin ada yang kena buang kerja!" ujar Mira.
"Buang kerja? Kenapa pula?" Soalnya lagi. Makin tertanya-tanya buatnya.
"Oh cik Ayra tak tahu eh?" Dia lihat Ayra terkejut.
Ayra menggeleng kepala sambil menatap pelik ke Mira.
Mira langsung menarik Ayra jauh dari pintu biliknya itu. Mereka berdua pergi ke tengah katil dan duduk.
"Sebenarnya, Tuan Ryan ada penyakit"
"Penyakit apa?" Ayra terkejut.
"Mira tak pasti tapi penyakit dia seperti seorang paranoid. Bila mood dia baik dia akan baik je tapi kalau mood dia tak okey habis satu rumah ni kena buang kerja!" Ujarnya sambil kedua tangannya main peranan juga.
YOU ARE READING
RYAN XAVIER'S
RomansaRyan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa y...