31

1.1K 123 4
                                    

Aku memandang sepi langit itu. Awan segera dibawa angin kini cahaya matahari pantas mencium seluruh raut wajahku. Aku masih memikirkan masalah minggu lalu. Rasa sedikit rasa serba salah kerana tidak beri harapan langsung pada Ryan.

Dalam minggu itu juga, Ryan outstation untuk satu minggu. Jadi hanya dua tiga kali saja kami bertemu itupun bercakap bila perlu, sapa bila perlu. Aku sebagai pembantu rumah dia yang perlu sentiasa ada di sisinya membuat aku lebih pening.

Nak saja minta maaf padanya. Tapi dalam masa yang sama aku tak dapat, sebab teringatkan kematian Bella. Aku betul-betul rasa serba salah juga dengan kematian Bella.

Kini rasa menyesal ku lagi bertambah apabila teringatkan insiden itu. Aku menghela nafas berat. Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Aku ke yang harus dipersalahkan tentang semua perkara. Aku menggigit bibir, geram dengan diri sendiri. Tanpa ku sedari, ianya sampai berdarah.

"Cik Ayra what are you doing here? Ohh did you miss Sir Ryan? Aw you're so cute, don't worry because today Sir Ryan return home! Happy tak-" tutur Anthys dengan riang tapi terhenti dihujung apabila dia nampak sesuatu. Aku terkejut dengan kehadirannya itu.

"Wait?! T-Tuan Ryan balik hari ni?" Aku memusing badan untuk menghadapnya lalu lekas di potong kembali. Betul ke Ryan balik hari ini? Tanpa disedari aku tersenyum kecil.

"Cik Ayra! Bibir tu jangan gigit! Tengok dah berdarah haih..." Anthys tiba-tiba saja duduk di sebelahku. Dia menarik perlahan kepalaku untuk melihatnya. Nampak riak wajahnya risau denganku.

"Kenapa gigit bibir? Berdarah sudah. Nak pergi hospital tak?" soalnya sambil dia mengambil kain kecil dan cuba mengelap titisan darah di bibirku. Aku hanya duduk diam sebelum menggeleng kepala.

"Tak perlu. Sikit aje, tu pun nak pergi hospital ke?" Aku tersenyum kecil. Nampak Anthys menggeleng kepalanya dengan gelagat aku yang seperti budak-budak. Nampak je dah tua tapi masih muda di dalam.

"Mestilah. Even if you had a small bruise i'll brings you to hospital asap no matter what. You know, you're really important person? Especially, for Sir Ryan himself." Serius Anthys bercakap padaku. Tangannya masih mengelap darah di bibirku. Aku terkejut, apa maksudnya?

"So please... Don't take yourself to any problems. You have no idea, what happen to sir Ryan while you're not here. I suppose not to tell you this but- i don't know" beritahunya. Lekas dia keluarkan sesuatu dari kocek.

Kenapa dengan Ryan? Sebelum ni? Ada sesuatu berlaku ke? Aku tertanya. Sekarang aku yakin, pasti ada sesuatu rahsia yang belum aku ketahui. Ingin aku bertanya, aku terus di potong.

"Open your mouth..."

"Apa tu?"

"It's just ugh-... cream for mouth sores. Now open your mouth" tuturnya dengan serius. Segera aku mengikut cakapnya, aku membuka mulut sedikit. Dia mengoleskan ubat itu pada bibirku.

"Done. Lepas ni, jangan gigit bibir dah. Oh it's okey it can eat, but don't lick to much." Dia beriku senyuman. Baru aku lega lihat senyuman itu, kalau tak masam je seharian ni.

"Thankyou, Anthys.."

"My pleasure, miss Ayra."

Suasana kami berdua kembali sunyi. Hanya mendengarkan rumput yang ditiup oleh angin. Perlu ke aku luahkan semua pada Anthys? Ataupun tidak perlu? Dia nak ke dengar cerita aku? Aku pandangnya di sebelah. Kelihatan dia menutup kedua matanya, mungkin sedang menghayati suasana.

"Anthys? Apa maksud awak yang saya orang penting bagi Ryan? Kami baru je berkenalan tak sampai 2 bulan" ujarku dengan serius. Anthys pandangku beberap minit sebelum dia menghela nafas kecil.

RYAN XAVIER'S Where stories live. Discover now