14

1.7K 161 4
                                    

- A y r a -

Argh kenapa air mata aku tak nak berhenti ni!

Air mata Ayra kian tidak berhenti semenjak ia kena marah dengan Ryan. Apabila Ryan menengking padanya hati terasa amat sakit.

Sakit seperti seseorang sedang menggores pisau pada hatinya.

Hampir keseluruhan muka Ayra basah dek air matanya itu. Ryan yang melihat itu tidak dapat berbuat apa. Dia teruskan memujuk Ayra tapi hampa dia masih menangis.

"Ayra... please i-" ayatnya terhenti.

Dia melihat Ayra. Jujur hatinya sakit melihat wanita didepannya itu menitiskan air matanya. Dia tak sanggup untuk biarkan saja.

"Saya minta maaf... Okey?" Pinta Ryan.

Ayra diam sejenak. Dia cuba untuk menenangkan dirinya beberapa saat. Dia menarik nafas lalu menghembus dengan perlahan.

Dia pandang Ryan lalu senyum "Tak.. tu bukan salah awak pun" ujarnya dengan senyuman dibibir.

"No no no... salah saya. Saya yang tengking awak sampai awak nangis" jawab Ryan sambil memegang kedua bahu Ayra.

Dia memandang mata Ayra dengan pandangan yang kerisauan.

"Bukan salah awak... Saya yang main masuk bilik awak tanpa bagitahu awak dulu. Dan itu bukan salah awak tengking saya sebab awak tak tahu pun tu saya kan?" Ujar Ayra sambil memandang tepat ke mata Ryan.

Bukan salah Ryan tapi salah dirinya yang gatal sangat masuk bilik orang tanpa beritahu tuan empunya.

"Alright... Kalau itu yang awak katakan saya okey je. Janji awak dah tak nangis dan tak ambil hati ya?" Soal Ryan.

Ayra mengangguk perlahan kepalanya lalu memberi senyuman kecil buat Ryan.

Ryan yang memandang itu langsung dibibirnya mengeluarkan senyuman kecil juga. Dia senang lihat Ayra kembali senyum.

Lalu dia mencium pada dahi lebar Ayra dan memeluknya dengan kuat beberapa minit. Ayra diam saja dalam pelukannya itu.

Ayra menutup mata beberapa minit di dalam pelukannya sebelum Ryan menarik tangannya pergi ke suatu tempat.

Ayra mengikut saja langkah Ryan dari belakang sambil tangan mereka berpegang antara satu sama lain.

Ryan menuju ke meja belajarnya di hujung bilik. Dia menarik kerusinya dan duduk disana.

Ayra hanya berdiri tegak ditempatnya, tak tahu apa yang perlu dia lakukan seterusnya. Dia melihat Ryan buka ruang kerusi antara meja.

"Come here" ujarnya sambil memandang Ayra.

"H-huh?" Soal Ayra tak tahu.

"Here seat on my lap.." katanya dengan nada lembut seraya tangannya menepuk beberapa kali di pehanya.

Terus membulat mata Ayra. Dia pandang Ryan semula kerana tidak percaya. Namun Ryan mengangguk kepalanya sekali.

"Come here, sayang" ujarnya lagi.

"Tak tak- saya boleh duduk kat kerusi sana" Ayra menunjuk ke dua kerusi didepan meja Ryan.

"No. Come here or i'll come to you first" bicaranya sambil menatap tajam ke Ayra.

"O-okey... I-i'll come to you first" jawab Ayra dengan terpaksa.

Dia menelan air liurnya sebelum berjalan menuju ke Ryan. Ayra memandang peha Ryan itu dengan berdebar.

Sekarang aku rasa menyesal pula tak dengar cakap Mira tadi.. argh.

"Awak tunggu apa duduk lah" soal Ryan apabila melihat Ayra tercegat saja didepannya.

RYAN XAVIER'S Where stories live. Discover now