Dia menuruni tangga dengan gesa. Tak sangka dia akan lewat hari ini disebabkan dirinya yang begitu sibuk menyirami air mata lewat semalam. Hatinya begitu sakit dan tak dapat di bendung lagi perasaannya itu.
Jejak saja kakinya di lantai ruang tamu, semua orang memandang ke arahnya dengan pandangan yang tidak puas. Dia menelan air liur, bukan dia sengaja mahu lewat!
"Ayra kenapa kamu lambat hari ni? Tengok saya yang kena gantikan awak. Lain kali tolonglah jangan menyusahkan orang" mengeluh gadis yang menggantikan tugasnya buat sementara waktu itu.
Ayra hanya mampu tersenyum kecil. Bukan dia sengaja mahu lewat! Dan dia tak suka pun menyusahkan orang lain kerana dirinya bukan orang yang seperti itu.
"Minta maaf ye susahkan awak, lain kali saya tak buat lagi. Oh dan terima kasih tolong saya!" Pujuk Ayra ikhlas dengan nada yang lembut. Terlihat gadis itu menggeleng kepalanya.
"Yelah apa-apa pun ni cepat kemas atas meja makan tu, lagi beberapa minit tuan Ryan akan turun" bidasnya lagi.
"Okey, terima kasih banyak-banyak!" Ayra menunduk kepala beberapa kali menandakan dia betul-betul minta maaf.
"You block my way, ladies.."
Bahu Ayra terhinjut sedikit apabila mendengar suara itu. Dia menelan air liur dan jantungnya berdegup dengan laju secara tiba-tiba. Lekas mereka menunduk hormat pada gerangan suara itu.
"M-minta maaf tuan Ryan! semua makanan dah siap jadi kami pergi dulu ya" ujar gadis di sebelah Ayra itu. Mereka semua tampak kerisauan. Ayra pula hanya merenung lantainya itu.
"Alright, you may go. Except you.." Ryan mengangguk sebelum dia menunjuk ke arah Ayra. Tersentak Ayra dibuatnya. Pembantu rumah lain semua mengalih pandangan ke Ayra.
"Baik tuan Ryan..." jawab mereka serentak sebelum berlalu dari sana meninggalkan mereka berdua di bilik makan tanpa soal.
"Why should you bow to her many times?"
Aku tidak jawab soalannya itu. Keadaan terus menjadi sunyi hanya mendengarkan bunyi ketukan pinggan dan sudu dari Ryan. Ayra hanya pandang ke bawah, sungguh dia merasa janggal duduk berdua dengan Ryan selepas kejadian tempoh hari.
"Come, come here. Sit here" ujar Ryan dengan mendatar sebelum menyuap makanan ke dalam mulutnya. Ayra pula membisukan diri.
Terlihat gadis itu tercegat dan tidak menghiraukan perintah dari Ryan itu. Terdengar sebuah keluhan dari mulut Ryan.
Dengan tiba-tibanya Ryan berdiri dari tempat duduknya sebelum berjalan di mana Ayra berdiri. Sampai saja dia di hadapan gadis itu, dia merendahkan badannya sehingga wajah Ryan dengan Ayra menghadap satu sama lain.
Ayra terkejut lalu menutup matanya. Dia mengepal kedua tangannya dengan kuat sebelum merasakan sesuatu yang hangat di kedua tangannya itu. Perlahan-lahan Ayra buka matanya.
Terlihat Ryan sedang memandang tepat ke arah matanya sambil memegang kedua tangan kecilnya itu. Dengan sarkastiknya, Ayra cuba menjarakkan diri dari lelaki itu namun gagal.
Ryan menarik tubuh Ayra rapat ke tubuhnya dan menyebabkan wajah Ayra tersunbam di antara tuxedo Ryan. Ayra terkejut dengan situasi mereka berdua sekarang. Cuba melepaskan dirinya tapi malang dia tiada daya.
"Tolong jangan buat macam ni, tuan Ryan..." ujarnya, terlihat kerisauan di antara nada dan raut wajahnya. Ryan tertawa kecil.
"Tuan Ryan? How many times do I have to tell you that you don't have to call me 'tuan Ryan' if we're alone? Why Ayra? What happen to you?" soalnya dengan nada yang kecewa dan sarkastik.
YOU ARE READING
RYAN XAVIER'S
RomanceRyan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa y...