23

1.2K 132 1
                                    

- A y r a -

Kaki aku perlahan masuk ke dalam suatu bilik yang tak pernah aku masuk. Bilik tidur Ryan, aku di khaskan oleh Ryan sendiri untuk kemas biliknya selalu.

Aku baik-baik saja tapi yang aku tidak faham pembantu rumah lain macam tak suka aku diberi arahan itu dari Ryan sendiri. Mereka dengkikah? Aku menghela nafas.

Ternganga mulutku apabila melihat bilik Ryan tersebut. Sungguh berbeza dengan bilik sebelumnya di Malaysia. Bilik ini lagi mahal dan berkelas. Patutlah mereka dengki dengan aku, tengoklah biliknya mesti dibayar mahal.

"Wah... Kalau jatuh mangkuk kaca ni, mahu tak nya aku kena bayar beribu-ribu kat Ryan nanti" aku menelan air liurku, nafsu aku ingin menyentuh benda itu tapi segera aku batalkan.

"Baik aku lap dengan berhati-hati supaya tak pecah! Habislah aku kalau pecah. Okey Ayra, be professional" ujarku sendirian di dalam bilik itu.

Hari ini hari pertama aku berkerja, jadi aku rasa semangat pula. Lekas aku mengambil kain-kain lap yang dikhaskan untuk mengelap barang-barang.

Tanganku ralit mengelap di setiap tempat barang-barang di seluruh penjuru bilik itu. Badanku yang mula terasa sakit, tak aku endahkan.

Walaupun aku buat kerja suka rela tanpa gaji diberi oleh Ryan tapi aku baik-baik saja. Disebabkan aku teringat tentang janji permintaan hari itu. Tanpa gaji pun aku boleh buat.

Aku labuhkan punggungku di bucu katil. Seraya mengusap belakang kepalaku yang terasa lenguh dek buat kerja rumah sepanjang hari.

"Lah kat sini rupanya cik Ayra, puas saya cari satu rumah. Cik Ayra, tuan Ryan panggil sekarang!" Panggil Mira padaku sebaik saja dia menguak pintu bilik itu. Segera aku memandang ke arahnya.

"Tuan Ryan? Dia dah balik ke?" Tanyaku padanya. Terkejut dengan kehadirannya secara tiba-tiba.

"Ya, baru je balik tadi. Dan sekarang dia berada dalam bilik belajarnya. Dia suruh Mira panggil cik Ayra supaya datang ke biliknya dengan segera" ujar Mira dengan sedikit terburu-buru.

"Mira kenapa? Ada sesuatu ke?" Tanyaku padanya, pelik melihatnya terburu-buru seperti tiada hari esok.

"Tak ada apa-apa lah cik Ayra. Saya ada kerja yang kena buat lepas ni, sebab tu saya terburu-buru sikit." Jawabnya sambil melihat jam di tangannya.

"Oh yeke. Kalau macam tu, pergilah. Nanti saya pergi bilik Ryan" ujarku dengan tenang. Dia menggeleng kepalanya.

"Tak boleh nanti, kena sekarang cik Ayra. Nanti tuan Ryan marah saya!" Jeritnya sedikit dengan risau di riak wajahnya. Aku tertawa kecil.

"Yelah yelah, saya nak pergilah ni. Mira cepatlah pergi sekarang" pintaku padanya. Kesian pula buat orang menunggu.

"Terima kasih, cik Ayra. Love ya! Oh jangan lupa tuan Ryan pesan suruh bawa air coffee nya seperti biasa!" Jeritnya lagi sebelum pintu di tutup rapat dan menghilang dari sana. Siap beri pesanan padaku.

Aku hanya tersenyum kecil sebelum aku mengemas barang-barang tersebut. Dan ingin bergerak ke bilik belajar Ryan.

:

"Assalamualaikum" aku beri salam dahulu dari luar bilik belajar itu. Coffee yang panas di atas dalang ku pengang dengan erat.

Tiada sapaan dari dalam malah satu suara yang menyuruh aku masuk ke dalam. Aku tersenyum kecil sebelum tanganku sebelah ku membantu buka pintu tersebut.

RYAN XAVIER'S Where stories live. Discover now