- A y r a -
Aku berjalan hulur ke hilir sambil tanganku memeluk badan. Rasa debaran di hati ku makin memuncak, bagaimana aku boleh berada disini? Rasa mahu nangis saja!
Ini bukan kerja asalku, aku sekarang sepatutnya kemas di bawah bersama dengan Mira, kenapa Ryan naikkan pangkat aku secara tiba-tiba?
Aku memandang sekeliling bilik itu. Mika beritahu ku tadi, aku perlu duduk di sisi Ryan setiap masa. Contohnya, aku perlu jaga semua pemakaian Ryan dan sentiasa di sebelahnya di sini.
Bukan Mika ke yang patut duduk di sisi Ryan? Lagipun dia kan PA Ryan? Kenapa perlu aku?
Aku menggaru kepalaku yang berlapis tudung hitam itu. Kepala otak aku sekarang makin serabut, lepas satu masalah selesai kini masalah baru pula yang hadir. Aku mencebik mulut.
Kedengaran air dari bilik air itu berhenti. Aku memandang bilik itu dengan debaran, aku menelan air liur. Cepatnya Ryan mandi. Cepat aku berdiri dengan betul.
Bunyi pintu bilik air itu telah dikuak yang membuat aku pandang ke lantai dengan pantas. Aku menelan air liur beberapa kali, cuba ambil udara namun hampa susah untuk hirup.
Sunyi.
Aku hanya mendengar telapak kakinya saja berjalan entah ke mana. Cuba untuk fokus pada kerja aku sekarang. Katanya gaji aku pun akan dibayar nanti, salah satu fakta aku terima untuk berkerja dengan Ryan.
"Where's my boxer?"
Aku terkejut, mahu saja aku memandangnya di muka tapi tidak aku endahkan kerana takut untuk lihat badan Ryan yang belum memakai baju itu.
Aku berjalan perlahan ke suatu tempat terletaknya khas pakaian dalam Ryan punya. Aku mengigit bibir, kenapalah aku lupa nak cari baju dalam Ryan?! Tapi bukannya Ryan yang perlu cari sendiri ke? Sebab kerja aku dah habis kan.
Segera aku mengambil dan letakkan pada tempat bersama baju Ryan itu. Aku setia memandang ke bawah. Aku dapat rasakan Ryan memadangku dari tadi, aku memejam kuat kedua mataku.
Setelah memberi baju dalam padanya, kaki dengan cepat mahu berjalan ke luar bilik itu. Tapi apakan daya, malang tidak berbau nama aku di panggil oleh Ryan yang menyebabkan aku terpandang mukanya.
Terbeliak kedua mataku kerana tersasar melihat ke badan sasa Ryan yang terlihat sedikit. Nasibnya dia memakai robe hitam kepunyaanya. Aku menelan air liurku sebelum terus memandang ke bawah.
"Y-ya?" ujarku dengan suara yang gagap. Aku mengepit bibirku, dalam masa yang sama aku benci diriku sendiri kerana suka gagap kalau bersama dengan Ryan.
"Where are you going?" soalnya.
"S-saya nak pergi keluarlah sebab kerja saya kan dah habis?" Kedua tanganku bermain antara satu sama lain.
"No, you're not done yet. Come here, help me with this. Your job just help me doing my routine." Ryan memandangku dengan riak wajah biasa saja.
"Didn't Mika told you that?" soalnya padaku. Tapi Mika beritahu padaku, selepas habis letak baju Ryan aku boleh keluar terus. Cumanya tadi aku tidak tahu pula Ryan mandi cepat, aku mencebik mulutku.
"It's okey, now you know about it. Come here, help me" ujarnya selepas melihat aku mendiamkan diri saja. Aku mengangguk perlahan. Mika!!
YOU ARE READING
RYAN XAVIER'S
RomanceRyan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa y...