12

1.8K 157 3
                                    

"Ti adoro". - I adore you.

- A y r a -

"Cik Ayra? Are you okey? Kenapa muka macam tak cukup tidur aje" tanya Mira yang duduk disebelahnya.

Semenjak kejadian malam tadi, matanya kini menjadi seperti seekor panda. Dia tidak dapat tidur dengan nyaman disebabkan Ryan yang memeluk tubuhnya.

Dekat gila! Bila teringatkan malam tadi seluruh bulu romanya terus naik.

Disebabkan Ryan lah, tidurnya jadi pukul dua pagi. Tidak seperti biasa, dia tidur awal pukul sepuluh. Dan semenjak dia berada disini, rutin tidurnya bertukar menjadi lewat.

Terus Ayra teringatkan sesuatu yang dikatakan Ryan malam tadi.

Bukan dalam bahasa melayu, tapi dalam bahasa Itali. Tak faham langsung apa yang dimaksudkan.

Ringkas dan pendek saja ayatnya. Tapi macam pernah dia dengar cuma tak berapa ingat apa ertinya dalam bahasa melayu.

Tapi setelah beberapa minit dia diam. Dia kembali suara dan menyebutkan sesuatu dalam bahasa Itali juga. Suaranya agak sayu apabila cakap ayat tersebut.

Aku pula mendengar suaranya begitu turut rasa sedih juga. Tak tahu kenapa tapi rasa sedih juga melihat Ryan seperti itu.

Aku dapat rasakan dia seperti kesunyian. Sama seperti aku.

Mungkin lepas ini aku perlu belajar bahasa Itali untuk lagi senang aku fahami apa yang Ryan cakap nanti. Tak ada lah aku terpinga-pinga untuk faham dia.

Bila Ryan cakap bahasa itu mesti aku akan jadi blur. Tak tahu apa yang dia maksudkan. Terpinga-pinga untuk fahami.

Bila aku bangun pagi tadi dia dah hilang di atas katil tanpa aku perasan. Dan bila aku tanya Mira kat mana Ryan, dia kata dah keluar pagi tadi. Tak tahu pergi mana.

Ayra menghembus nafas pendek.

"Cik Ayra? Are you listening?"

Ayra diam, tak menjawab soalan yang ditanya oleh Mira. Matanya tenung lama ke taman bunga rumah itu. Mukanya kelihatan monyok.

Mira lihat Ayra dengan pelik. Dia ni pekak ke apa? Ke buat-buat pekak? Orang tanya ni. Ish.

Mira Melambai-lambai tangannya ke depan muka Ayra. Cek dia ni tidur sambil mata terbuka ke apa? Hebat betul.

"Cik Ayra!" Mira mula menggoncang tubuh Ayra. Risau pula dia apabila panggil tuannya tidak dijawab.

Ayra tersentak apabila digoncang badannya oleh Mira."Y-yes? What..." Matanya terus fokus ke Mira disebelahnya.

"Seriously? Cik Ayra tak cukup tidur ke malam tadi?" Tanya Mira kepelikan.

"Ah? Hahaha mana ada... Cukup je ni" ujarnya hambar sambil melihat semula ke taman bunga itu.

Mira diam ditempatnya. Apabila dia fikir sejenak, cepat saja senyuman nakal dia muncul. Dia pandang Ayra sambil tersenyum-senyum.

"Yeke? Cik Ayra. Kalau cik Ayra ada masalah atau nak tanya pasal malam pertama, cik Ayra boleh tanya makcik Salma! Mira rasa makcik Salma banyak pengalaman tentang perkara macam tu..." Ujar Mira memberi cadangannya.

Ayra terkejut mendengar itu. Dia pandang Mira tidak percaya.

"Wait no! Bukan sebab tulah Mira!" Ayra tepuk lembut pada lengan Mira.

"Habis tu? Kenapa monyok semacam je ni? Malam pertama cik Ayra-" sebelum Mira sambung ayatnya dia telah di tekup mulut oleh tangan Ayra.

Cepat je mulut si Mira ni mahu lepas!

RYAN XAVIER'S Where stories live. Discover now