18

1.6K 156 8
                                    

- A y r a -

Malam hari silih berganti, perasaan rindu akan seseorang yang penting bagiku amatlah susah untuk di lupakan. Rasa kehilangan itu masih segar di dalam hatiku ini.

Hari ini sudah masuk hari ke lima sejak ayahku iaitu encik Azman meninggalkan dunia yang penuh kejam ini, tinggal aku saja darah dagingnya yang tinggal sendirian di rumah yang lagi asing bagiku.

Aku hanya mendiamkan diri di dalam bilik yang gelap lagi sejuk. Malam tidak dapatku tidur, siang hari pula aku menyepi seperti burung hantu. Orang yang masuk ke dalam bilik ku tidak di endahkan.

Tiba-tiba terdengar beberapa ketukan burung di luar jendela yang membuat diriku terganggu. Burung itu duduk di luar jendela sambil memandang ke arah ku yang sedang duduk di atas lantai yang sejuk.

Aku cuba berdirikan badanku yang terasa amat berat untuk dipikul. Lalu aku berjalan ke jendela bilik ku itu. Burung itu masih tetap di tempatnya sambil memandang ke arahku.

Lekas punggung ku melabuh di tepi jendela itu dengan perlahan, cuba tidak menakutkan burung itu. Burung itu berwarna biru keputihan. Terlihat seperti suci dan cantik. Burung kepunyaan siapakah ini?

"Hai burung... Awak nak tak jadi pelindung saya? Saya dah tiada siapa-siapa lagi dah atas bumi ni. Tinggal saya keseorangan saja" ujarku, mataku ralit melihat burung di sebalik tingkap itu.

Aku cuba membuka jendela dan cuba menangkap burung cantik itu namun nasibku tidak berapa untung kerana burung itu telah pun pergi setelah aku membuka jendela. Aku melihat dia terbang tinggi di langit yang biru.

Langit yang cukup cantik dan tenang saja apabila di pandang. Tambah pula di ceriakan lagi dengan awan yang putih dan angin yang lembut bertiup pada wajahku. Aku menutup mata sebelum menarik nafas panjang.

Sungguh tenang mendengar bisikan angin di telingaku. Bibirku memunculkan senyuman yang sudah lama aku tidak lakukan. Bila agaknya diriku akan bebas seperti burung itu?

Setelah beberapa minit lamanya aku tenangkan diri, aku mendengar tiga ketukan dari pintu bilik ku pula. Aku menghembus nafas ku dulu sebelum menjawab ketukan itu.

"Masuklah" ujarku dengan lemah. Aku masih memandang ke luar jendela sambil menutup mata.

Aku mendengar pintu tertutup saja, bila agaknya pintu itu terbuka? Bunyi telapak kakinya terus mendekati diriku tanpa aku sedar. Tapi keadaan menjadi sunyi pula, aku pelik. Jikalau Mira atau makcik Salma pasti mereka akan terus bercakap sesuatu.

"Ayra..."

Apabila aku mendengar saja suara itu terus mata aku terbuka luas. Badanku lekas berpusing menghadap ke arah orang yang bersuara itu. Sudahku duga, itu adalah suamiku Ryan Xavier.

Sudah lama agaknya aku tidak mendengar suaranya sejak aku mengurungkan diriku di dalam bilik gelap ini. Ryan sama sekali tidak pernah melawat aku sejak hari ayah meninggal dunia.

Dia mendekati diriku yang masih duduk di tepi jendela itu. Aku pula hanya diam di tempatku, tidak menjawab panggilannya. Aku memandang bawah tidak memandang ke wajahnya.

"I'm sorry" ujarnya ringkas.

Aku pandang wajahnya dengan sedikit terkejut. Tetiba saja dia mengucapkan perkataan itu. Ryan tidak pernah sekali meminta maaf pada diriku. Kami tidak pernah berbual selama lima hari aku terperap dalam bilik ini.

RYAN XAVIER'S Where stories live. Discover now