04

2.9K 227 4
                                    

Pensavo che il primo amore non si scordasse mai. - Saya ingat cinta pertama sukar dilupakan.

- A y r a -

Bunyi langsir yang dibuka didengari oleh Ayra. Dia membuka matanya dengan perlahan-lahan. Cahaya matahari menciumi muka Ayra yang sedang terbaring di atas katil.

Mata Ayra kini tertumpu pada figura seorang gadis berumuran dalam 18 tahun didepannya sekarang. Dia memandang gadis itu dengan pelik.

"Um excuse me, who are you?" Tanya Ayra secara tiba-tiba. Gadis itu tersentak apabila Ayra memanggilnya.

"S-sorry cik Ayra. Saya nak bangunkan cik A-ayra je. K-kalau cik Ayra nak sambung tidur s-silakan" gagap gadis itu yang berdiri di sebelah katilnya seraya kepalanya tunduk memandang ke bawah.

"No, eh awak boleh cakap bahasa melayu?" Ayra cuba bangunkan dirinya dari pembaringannya. Gadis itu mengangguk laju.

"Ya" jawabnya pendek. Matanya masih memandang ke bawah.

"Um janganlah takut. Saya tak marah awak pun. Nama awak siapa?" soal Ayra lagi dengan nada yang lembut.

Dia sedang duduk di atas katil sambil menunggu jawapan gadis itu.

"O-oh, um saya Mira, umur saya pula 18 tahun. Saya kerja disini sebagai pembantu rumah Mr Ryan" jawab Mira ringkas.

Ayra terlihat terkejut sedikit. Dia terlalu muda untuk jadi pembantu rumah. Umurnya pada saat ini masih belajar lagi.

"Oh... Mira, cantik nama macam tuan badan sendiri. Saya Ayra Dalessa, umur saya pula baru 20 tahun. Boleh panggil saya Ayra je. Selamat berkenalan" Ayra memberi senyuman manisnya buat Mira.

Ayra mengulurkan tangannya untuk salam perkenalan.

Mira memberi senyuman balik. Dia segera meraih tangan Ayra dan menyalaminya. Baru dia lihat lebih selesa sedikit.

"Selamat berkenalan, cik Ayra" balas Mira lembut. Dia pula memberi senyuman manis buat Ayra.

"Um Mira ada kawan seumuran sama macam Mira kat sini?" Soal Ayra lagi.

"Tak ada. Cuma Mira tinggal kat sini berdua dengan makcik Mira je. Yang lain semua tak kenal" Jawab Mira ringkas sambil memandang muka Ayra.

Mira kagum dengan paras rupa Ayra. Dia menatap muka Ayra penuh dengan menarik.

"Cik Ayra. Kalau nak mandi saya dah sediakan air yang suam buat Ayra tadi" sambung Mira cuba memecahkan kesunyian mereka.

Ayra angguk perlahan. Dia cuba untuk turunkan kakinya lalu Mira yang lihat itu segera dia menolongi Ayra dari katil yang bersaiz king itu.

Bila Ayra nampak Mira langsung dia teringatkan kak Ifan. Rindu mahu berbual dengannya, rindu nak masak bersama dan rindu rasa makanannya. Rindu nak dengar gelak ketawanya.

Ayra mencebik mulutnya.

"Kenapa cik Ayra? Cik Ayra nampak sedih. Ada apa masalah ke?" Mira yang perasan tentang itu terus dia menanya Ayra sambil menolongnya berjalan ke toilet.

"Hah? Ouh tak ada apa lah" jawab Ayra ringkas lalu terus dia masuk ke dalam toilet dan menutup pintu. Mira yang lihat itu hanya senyum sebaris.

RYAN XAVIER'S Where stories live. Discover now