32

1.1K 122 19
                                    

Aku berdiri lurus di sini yang hanya mampu berdiam tidak terkata melihat dua manusia di hadapanku sekarang ini. Kedua mataku memandang tajam pada dua manusia yang sedang berpelukan di depan mataku.

Mereka berdua pula hanya tercegat saja lihat aku, barangkali terkejut apabila aku tiba-tiba saja masuk ke dalam tanpa amaran dari mereka. Mataku begitu sakit sama juga hatiku, apakah ini yang aku dapat? Karma buat aku yang durhaka pada suami?

Aku tersenyum sebaris.

"What are you doing here?!"

Suara Ryan yang tiba-tiba jerkah padaku membuat aku tersentak sekejap. Aku memandangnya dengan kosong, lebih kepada pandangan kecewa. Apa yang perlu aku buat?

Nampak muka Ryan keliru dengan situasi sekarang yang tiba-tiba saja aku datang ke biliknya dan jerkah begitu saja privasinya. Aku melihat wanita yang duduk santai saja ditempatnya. Tanpa aku sedari, secara automatik mulutku terlepas bicara.

"Who is she?"

Aku pandang Ryan dengan tertanya, nampak dia meraup wajah dengan kedua tangannya. Ryan tidak menjawab soalanku namun sebaliknya wanita itu yang tolongnya jawab.

"I'm his girlfriend, and you?" Dia pandangku atas dan bawah sebelum matanya seperti judge dengan apa yang aku pakai sekarang.

"No-" Sebelum Ryan sambung ayatnya wanita itu segera potong tanpa teragak-agak.

"Well, boleh dikatakan i'm his future fiance." Sambung wanita itu seakan kagum dengan hal itu.

Aku tersesak nafas mendengar perkara itu, pantas aku pandang Ryan di sebelahnya ingin penjelasan. Ryan tidak hirau malah mengalih pandangannya ke tempat lain.

Tidak tahu mengapa, hatiku begitu sakit dengan riaksinya itu, seperti dikoyak rabak. Apa semua ini? Jadi selama ini Ryan menipu aku?

"R-really?" Aku tergagap. Suara aku agak sayu apabila didengar orang, tapi segera aku kecilkan. Ryan apabila mendengar saja suara aku berubah terus dia pandangku.

"Now answer my question. Who are you, nona?" soalnya. Seraya wanita itu bangun dari tempat duduknya. Dia pandang aku dengan curiga.

"I-i'm..."

Apa yang perlu aku jawab? Kalau aku jawab aku isteri sah Ryan bagaimana? Tapi... Aku dan Ryan sudah berjanji untuk rahsiakan hal ini dari semua orang. Perlukah aku ikut plan itu sekarang ini?

Aku pandang Ryan. Kami saling pandang bersilih ganti, tapi dia tidak beri apa-apa tanda jawapan. Tanpa membuang waktu, segera aku ingin bercakap namun pantas di potong oleh Ryan.

"She is my personal maid" jawab Ryan dengan sebaris. Dia tersandar kembali ke sofa ingin rehatkan tubuhnya. Aku mengangguk laju dengan perkara itu.

"Really? Oh well..."

Wanita itu berjalan berhampiran ke arahku yang sedang berdiri tercegat. Aku hanya mengalih pandangan ke bawah sambil dia meratapi tubuhku dengan pandangan yang tak dapat aku perihalkan.

"But... Why are you dressing like this, nona? Awak nak bagi siapa tengok?" soalnya dengan ragu di raut wajahnya. Dia berhenti di hadapanku.

Aku menelan air liur. Aku mengintai Ryan di belakangnya, dia juga baru perasan akan pakaianku juga. Saat ini aku nak saja kurung diri di dalam bilik hingga tahun depan. Malu.

"Kalau i tanya tu jawablah!" Wanita di hadapanku ini menjerkah diriku dengan tiba-tiba. Aku tersentak kuat, perlu ke sampai menaikkan suara kau?!

"I-itu sebab saya nak sambut tuan Ryan jadi saya perlu pakai b-baju ni!" Aku menjerkah wanita itu balik. Dia ingat dia siapa mahu marah aku sampai begitu sekali?

RYAN XAVIER'S Where stories live. Discover now