Rumah rehat yang diduduki hampir seramai 100 orang pengikut Ace yang diketuai oleh Leonard, sedang bersenang lenang menikmati hari cuti mereka.
Hari ni kan hari ulang tahun kelahiran bos besar mereka, jadi apa salahnya malam ini mereka menikmati kenikmatan hari cuti.
Leonard yang sedang membuat barbeque memandang sekilas rakan rakan mereka yang berehat lalu tersenyum senang.
Ada yang bermain dam haji,
Ada yang menyanyi,
Tidak lupa juga kepada mereka yang berlatih untuk meningkatkan kemahiran seni mempertahankan diri.
Menikmati saat bahagia sebelum duka menjelma.
Tiba tiba...
Bang !
Bang!
Bang!
Tiga orang rakan Leonard jatuh berlumuran darah. Leonard tergamam. Mereka yang lain bergegas ke bilik masing masing untuk mengambil senjata.
"Tembak!!!" Jerit seorang lelaki.
Bang!
Bang!
Bang!
Bang!
"ADRUS!!" Jerit Leonard kepada salah seorang kawan karibnya. Terus dia berlari mendapatkan Adrus yang terbaring diatas lantai dengan darah yang penuh dibahagian dadanya.
"Ad!! Stay with me!!"
"L-leo? Ak-aku t-tak bo-leh."
Leonard menggeleng.
"No! NO!"
"Al-Allah..."
Dengan ini Adrus pun terkulai layu. Leonard terkesima melihat kawan karib menghembuskan nafas terakhir. Dia kembali memandang ke hadapan. Seorang demi seorang jatuh tersembam keatas rumput.
"Arh!! What the-?! TAK GUNA!!" Jerit Leonard. Dengan ketangkasan yang diperolehnya, pantas dia berlari menerkam kearah musuh. Pisau rambo ditangan kiri, digenggam kemas lalu dilibas ke leher musuh.
Zapp!
Zapp!
Zapp!
Bang!
Satu tembakan terkena pada bahu Leo. Pantas dia berlari masuk ke dalam rumah rehat untuk menekan butang emergency.
"Ace! Cepat!" Rintih Leonard sambil memegang bahunya yang terkena tembakan.
Apabila terasa seperti diperhatikan dari belakang, Leonard menoleh. Seorang lelaki yang lengkap serba hitam dan bertopeng, mengacukan pistol kearahnya.
Leonard cuba untuk menyerang tetapi terhenti apabila satu das tembakan terkena padanya.
Bang!!
💚💚💚💚💚
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...