David memegang kepala yang mula berdenyut. Semakin lama, semakin banyak dokumen sulit yang dia dapati.
Tiada nama pengirim,
Tiada siapa yang tahu siapa penghantar,
Hanya ada nama dan alamat syarikatnya sebagai penerima.Pernah juga dia menyuruh untuk memeriksa CCTV, tapi tiada apa yang dijumpai. Hendak menyuruh Austin? Takkan la dia mahu membongkarkan hal keluarganya kepada lelaki itu.
Tidak. Tidak ada sesiapa pun yang harus tahu. Dia mengangguk mengiakan tanggapannya tadi.
"Папа ... это правильно с твоей стороны? отец убил мать? (Daddy.. betul ke daddy buat macam ni? Daddy ke yang bunuh mommy?)" Gumamnya dalam bahasa rusia dengan air mata yang mengalir.
"I'm tired.. please.. help me." Muka dipekupkan dengan kedua belah tangan keatas meja kerja di biliknya. Terhinjut hinjut bahunya menahan esakan.
Louis Austin hanya memerhati rakannya yang sedang bersedih dari tingkap yang memisahkan ruangan bilik itu dengan ruangan biliknya.
Sejak akhir akhir ini, lelaki itu hanya berdiam diri dan tidak banyak bercakap seperti selalu. David adalah seorang yang ceria, bukannya pendiam melainkan lelaki itu menjadi Ray.
"Apa masalah kau ni, David? Asal kau tak nak share dengan aku?" Soalnya sendiri.
🔥🔥🔥🔥🔥
Gazebo di kawasan latihan menembak yang tersedia di belakang rumah rehat itu diduduki oleh Bella. Dia sedang memerhati Rizal yang sedang berlatih menggunakan senjata api bersama Lourist.
Peristiwa sewaktu dia makan bersama Fariqi di kedai tempoh hari, terlayar di kotak fikirannya seperti kaset lama.
Jarak antara Fariqi dan Lourist berdiri membuatkan dia sedikit marah. Lourist yang berdiri di sebelah Rizal, dijeling geram.
"Menyampah pulak aku."
Kenapa menyampah? Soal suara hati kecil milik Bella.
"Yelah, berdiri dekat dekat macam nak berpeluk pun ada." Tangan kanan ditongkatkan pada dagu.
Lah.. kalau diorang nak berpeluk pun biarla.
"Tapi diorang tu belum kahwin."
Kau jeles ke?
Bella membuat muka meluat.
"Hah? Aku? Jeles? Dengan Lourist? Sebab Fariqi?"
Bella ketawa sinis.
"Takde makna nye aku nak jeles. Muka dah macam cekodok basi, heh! Takde masa aku nak jeles."
Eleh.. dah jeles tu cakap jelah. Shy shy cat lak pompuan ni.
"Tak jeles la." Balasnya geram.
Jeles.
"Tak."
Jeles.
"Tak!"
Jeles!
"Aku cakap tak jeles, maknanya tak jeles lah!" Jeritnya kuat.
Terus tersasar tembakan Rizal daripada buah epal yang diletakkan diatas patung untuk latihan menembak . Dia dan Lourist memandang pelik kearah Bella yang sudah berdiri dengan tangan yang dikepal kuat.
"Awak kenapa?" Soal Doktor Mikael yang sedang menjemur kain diampaian. Kain batik warna hijau berpetak yang dipegang untuk disangkut diampaian, tergantung diudara.
Dia turut memandang Bella dengan hairan seperti Lourist dan Rizal.
Bella menjeling mereka bertiga sebelum berjalan meninggalkan tempat untuk dengan menghentakkan kaki. Mulutnya juga turut membebel memarahi Laura.
"Eeeiii, kalau bukan sebab Laura yang suruh aku ajak cekodok basi tu keluar makan dengan si zirafah hari tu, mesti semua ni tak jadi. Nak sangat selamatkan pakwe jiwang melayang dia tu dari mafia air longkang Melissa tu. Yang si air lonkang tu pun sekor, muka macam jamban pecah nak jadi mafia, tak padan dengan diri tu pendek. Ehh pendek pendek tu pun ada hati nak jadi mafia.. seligi kang habis luruh rambut kau. Aku ni lagi tinggi dari kau lah, air longkang! Dasar air longkang tak sedar diri! Si Bryant tu pun satu hal, perangai NAUZUBILLAH, ASTAGFIRULLAH, MASYAALLAH, INNALILLAH WAINNAILAIHI ROJIUN. Muka dia dengn beruk yang duk bergayut dekat pokok tu langsung takde beza. Sebab? Sebab badan Bryant tu berbulu macam orang utan!" Bebelnya jeritan pada ayat terakhir.
Bukan main laju mulut tu membebel.
Semua yang ada di rumah rehat itu memandang Bella yang membebel sambil berjalan mendaki anak tangga dengan rasa hairan. Ada juga yang menggeleng. Tak pernah pernah nampak ketua mereka meroyan macam tu. Dua dari mereka berjalan mendekati doktor Mikael.
Bahu lelaki itu dicuit perlahan menyebabkan dia berpaling ke belakang.
"Asal?" Soal lelaki yang mencuit bahu doktor Mikael tadi.
Bahu diangkat seraya menggeleng.
"Entah." Kemudian kain yang tersisa di dalam baldi dijemur pada ampaian.
--------
Pendek? Yeah.. I know. Tak sampai pun 700.
Enjoy your reads!!
Jangan lupa untuk vote dan komen!!
See you next chapter!!
![](https://img.wattpad.com/cover/278644898-288-k648846.jpg)
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...