Fariqi, Zamirul dan Zamri yang berjalan secara beriringan itu terus berhenti apabila dihalang oleh Ben dan Bella.
Bella mengangkat kedua belah tangannya ke udara manakala Ben hanya berdiri di belakang Bella sambil berpeluk tubuh.
Zamri dan Zamirul hanya saling berpandangan sebelum sama sama beralih ke arah Fariqi dan pasangan kembar tersebut.
"Nak pergi mana?" Soal Bella. Mukanya ketika ini hanya serius, langsung tidak terukir walaupun segaris senyuman di bibirnya.
Fariqi memandang Bella dari atas ke bawah. Dah tukar baju biasa, tak pakai baju hospital dah. Dah sihat la tu.
"Nak balik."
"Tak boleh!"
Fariqi, Zamri dan Zamirul tercegang. Dia ni dah kenapa?
"Awak ni dah kenapa?" Soal Fariqi.
"You owe me."
Hah? Apa minah merepek ni?
"Bila masa? Saya guna duit awak pun tak pernah--"
"You owe an explanation to me. How can you be there with Zafran?" Soal Bella tegas.
Fariqi menelan liurnya sendiri. Macam mana nak explain ehh? Matanya beralih kepada Ben yang setia di belakang adiknya. Wajah Ben ketika itu sangat menggerunkan. Matanya mencerlung tajam kearah Fariqi. Fariqi tersengih janggal lalu tangannya naik menggaru kepala yang tidak gatal.
"Okay, saya boleh explain tapi ada syarat."
"Apa syaratnya?"
"Saya nak bercakap dengan awak je. Saya tak nak ada abang awak sekali."
Ben mula bergerak selangkah ke hadapan untuk mendekati Fariqi, namun langkahnya terhenti apabila ditahan oleh Bella.
Bella berpaling kearahnya dan mengangguk perlahan. Ben menghela nafas dengan kasar lalu memandang Fariqi yang menyorok di belakang Zamri.
"Aku izinkan kau bercakap berdua je dengan adik aku, tapi dengan syarat, kau jaga dia bukan dia jaga kau. Faham?"
"Faham."
Ben memandang wajah Bella.
"Take care honey. Apa apa call aku." Tangannya naik menggosok kepala adiknya sebelum dahi licin Bella dicium sekilas.
"Okay. Fariqi! Jom ikut aku."
Tersentak Fariqi apabila Bella menjerit memanggil namanya, sekali gus membuatkan beberapa orang jururawat berpaling kearah mereka.
"Okay!" Sahut Fariqi seraya mengejar langkah Bella yang sudah jauh ke hadapan. Sempat juga dia mengerling kearah Ben yang menatap tajam wajahnya. Sekilas dia memberikan senyuman masin untuk Ben.
🌷🌷🌷🌷🌷
Bella memerhatikan sekelilingnya. Kedai book cafe yang digantungkan bunga diatasnya membuatkan dia kagum dengan keunikan kedai hati
Pandai juga si Fariqi ni memilih. Puji Bella dalam hati.
"Awak." Panggil Fariqi.
Bella berpaling sekilas lalu menyambung melihat seluruh kedai itu.
"Nak apa?"
"Laa? Tadi kata 'you owe me an explanation', sekarang ni nak explain dia cakap macam tu pulak." Keluh Fariqi.
"Ohh sorry lupa. Haa explain la cepat."
"Okay, cerita dia macam ni."
Flashback
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...