"Laura?" Soal Zafran.
"Pftt. HAHAHAHAHA." Suara tawanya memenuhi ruangan sepi itu. Senua memandang hairan ke arah lelaki itu.
"Kau buat lawak apa ni, labu? Kau fikir semua orang dekat sini nak tengok kau buat komedi? Lawak kau lapuk la tapi boleh try hard lagi kalau nak masuk raja lawak." Kata Zafran selamba bersama tawanya. Hujung mata dikesat perlahan kerana air mata yang mengalir.
Apa yang merasuk dirinya, langsung tiada siapa yang tahu. Melissa dan Austin yang hanya memerhati, mula naik meluat dengan Zafran. Melissa menjeling setajam - tajamnya apabila mata bertentangan dengan Zafran.
Ternaik hujung bibir Erdiel bersama kening kanan terjongket keatas. Tangannya menggepal penumbuk. Dia cuba bersabar supaya tidak bertindak melulu.
"Ohh? Lawak?" Soalnya. Fail hitam dibuka dan dihulurkan kepada Tengku Hamdan. Tidak sempat Tengku Hamdan ingin menyambut, tangan Tengku Laila lebih pantas merampas fail tersebut.
Segala gambar dan tulisan, dibaca, diteliti, dihadam dan difahamkan sendiri. Selesai membaca dan menilik fail tersebut, dia berpaut pada lengan baju suaminya.
"Laila!"
"Mommy!"
Serentak Tengku Hamdan, Ben dan Bella menjerit apabila kaki Tengku Laila seperti tidak dapat menampung berat badannya sendiri.
Melihat itu, Zafran tergamam.
Kini fail tadi bertukar tangan kepada Datin Zahara. Selesai membaca maklumat itu, dia memandang Zafran secara perlahan - lahan. Kemudian fail itu dibaling tepat pada muka Zafran.
Sekali lagi, Zafran terkedu.
"Apa ni mama?!" Marahnya.
PANG
"Kamu dah membunuh, Zafran! Kamu bunuh anak kamu sendiri!" Tengking Datin Zahara.
Terteleng Zafran ke kiri.
"A-Anak? A-Anak apa ni, mama? Bila masa pula Laura mengandungkan anak Zafran?" Fail hitam di yang terdampar diatas lantai diambil. Dia membaca satu persatu maklumat sebelum dicerna dengan kepala lutut.
Yela, dia kan takde otak.
"Miscarriage due to excessive bleeding believed to be the result of a strong blow." Bacanya perlahan.
Bergetar anak matanya saat melihat hasil ujian DNA test yang menujukkan ujian itu adalah sepadan.
"Masa kau nampak aku keluar dari wad Laura, sebenarnya bukan aku je tapi doktor Izzue pun ada sekali. Disebabkan dia keluar awal sikit dari aku, itu yang kau nampak aku je dan untuk kenyataan kau yang kau nampak Laura bathrobe masa kau masuk, aku tak ada penjelasan sebab sebelum aku keluar, Laura masih lengkap dengan pakaian dan bertudung." Jelas Erdiel.
"Untuk kali kedua kau nampak aku bersama Laura, sebenarnya bukan aku seorang tapi kami berempat. Bella dan Fariqi ada sekali. Fariqi bawa kitorang jalan - jalan dengan kereta baru dia sebab Bella mengidam nak jalan - jalan naik kereta baru." Sambungnya.
"Tapi kena--."
"Kenapa kau call dia tak angkat? Sebab masa tu phone dia dah habis bateri. Aku offer phone aku dekat dia untuk call kau, tapi dia tak nak kau salah faham, so dia tolak tawaran aku. Dia dah bertegas nak balik awal tapi disebabkan Bella nak berjalan - jalan dengan kawan baik dia, Laura relakan untuk ikut kemahuannya memandangkan Bella sedang mengandung dan mereka pun dah lama tak lepas bersama." Cantasnya laju.
Zafran kaku.
"Ap-apa aku dah buat?" Gumamnya perlahan.
"Pada hari pertama Laura ditahan di wad selepas korang balik honeymoon dulu, dia disahkan mengandung. Anak kau. Anak kau, Zafran." Jelas dia menekankan perkataan anak.
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...