Pada malam ini, Lourist mengeluarkan arahan untuk membuat pemantauan di lokasi yang telah ditetapkan oleh Leonard. Rizal yang terdengar akan arahan itu, mula menawarkan diri untuk menyertai bersama dalam misi yang akan dimulakan tepat pada pukul 12 malam.
Pada mulanya, Leonard agak berat hati untuk melepaskan Rizal menyertai misi, namun setelah dipujuk oleh Lourist dan Light, Leonard terpaksa mengalah dan membenarkan Rizal menyertai misi tersebut. Kata Light..
"Biar la dia ikut, nanti ada la pengalaman sikit. Kalau dah ada pengalaman takde la dia nak kekok kalau ikut misi lain kali."
Dan sekarang, Rizal berada di dalam semak samun bersama seorang lelaki yang 2 tahun lagi tua darinya.
"Rizal, sekeliling kau?" Soal Lourist melalui earbuds yang terselit ditelinganya.
"Haa ada kat sini haa." Balas Rizal dengan nada berbisik.
"Apa kat sini?! Aku tanya keadaan sekeliling kau bahlol. Eeiii kau boleh tak jangan buat aku mencarut?" Marah Lourist.
Rizal tersengih kekok.
"Hehe, takde apa apa. Okay je." Balasnya.
"Lain kali cakap clear. Tak adalah kena cakap banyak. Faham?"
"Faham."
Rizal dan lelaki itu sama sama memerhatikan sehingga la Rizal mula terasa seperti ingin terkencing.
"Ab-abang." Panggil Rizal kepada lelaki itu.
Dia yang sedang memerhati dengan keadaan sekeliling, berpaling ke belakang menghadap Rizal. Langsung tidak terlakar walaupun segaris senyuman dibibirnya.
"Apa?"
"Saya nak pergi tandas kejap."
"Kau sedar tak kita dalam hutan ni?"
Rizal memandang sekeliling. Haah la, ada kat tengah hutan. Lupa pulak masuk hutan malam ni. Rizal tersengih memandang lelaki itu.
"Ta-tadi sa-saya ad-ada nampak su-sungai. Ab-abang teman la ke-kejap. Sa-saya ta-takut. Sa-saya janji ta-tak la-lama pun." Tergagap gagap Rizal berkata kata apabila lelaki itu bangun bercekak pinggang. Garangnya mak aih! Kalah Kak Ros.
Lelaki itu mendengus kasar sebelum mengangguk untuk menemani Rizal ke sungai itu.
Sebaik sahaja sampai di sungai, Rizal duduk di sebalik batu besar dan menyuruh lelaki tadi memandang kearah lain.
Setelah selesai melepaskan hajat, mereka terdengar bunyi satu das tembakan dari satu arah. Pantas lelaki tadi dan Rizal meniarap diatas tanah.
BANG
"Arah mana tadi tu?" Soalnya kepada Rizal.
"Kat sana la kot." Jarinya menunding kearah satu gudang yang bercahaya. Walaupun jarak mereka agak jauh dari tempat itu, namun mata mereka masih jelas melihat sebuah gudang yang disimbahi cahaya lampu yang terpasang.
Tangannya naik menekan earbuds untuk menginformkan tentang hal itu kepada Lourist.
"Aku ada dengan bunyi tembakan."
"Kat mana?"
"Kau datang kearah batang sungai ni. Ada satu gudang yang agak jauh dari sini, tapi masih boleh nampak sebab ada cahaya kat sana."
"What?! Korang dah pergi sana ke?! Ah, sh't, Fuad! Kau tunggu kat sana. Semua bergerak kearah sungai."
Serta merta perbualan mereka tamat.
BANG
BANG
Bunyi tembakan itu kedengaran semakin dekat. Manakala Rizal bersama lelaki yang bernama Fuad itu masih utuh meniarap diatas tanah.
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...