S.E.B.I.C.M.5️⃣8️⃣

1.3K 57 27
                                    

Laura memandang jam yang sedia tergantung di dinding. Jarum panjang menghala ke arah angka 12 manakala jarum pendek menghala ke angka 6. Ini bermaksud jam telah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.

Sudah lebih dari 3 jam berlalu tetapi Zafran tidak juga kunjung pulang. Bila ditelefon, tidak pula berangkat. Hanya voicemails yang mampu diperdengarkan.

Langkahnya yang mundar - mandir itu terhenti apabila deruan enjin kereta Zafran memasuki perkarangan luar rumah mereka. Sejurus itu, Laura terus berlari mendapatkan suaminya di muka pintu.

Zafran memasuki dengan sebuah senyuman yang sukar ditafsirkan, namun ia masih sebuah senyuman yang manis di mata Laura. Tetapi sebaik sahaja mendengar soalan Zafran, Laura terus menjadi kaku.

"Sorry, abang keluar tergesa - gesa tadi. Jom makan nasi goreng yang abang masak tadi."

Tanpa sempat Laura memberitahu apa - apa, dia terus berjalan memasuki dapur. Zafran memandang meja makan diruangan dapur itu dengan sedikit hairan. Nasi goreng yang dimasaknya tadi, kini telah digantikan dengan tomyam campur, nasi putih, telur dadar, sayur kailan ikan masin, ikan 3 rasa dan sayur goreng.

Mata hitam pekatnya melilau mencari keberadaan nasi gorengnya tadi. Dia memandang Laura yang berada di sebelahnya.

"Jom ma--"

"Mana nasi goreng tadi?" Soalnya dingin.

"Nasi goreng tadi banyak sangat. Sayang nak makan seorang, tak habis. Jadi sayang buat bekal bagikan sikit dekat jiran - jiran rumah kita. Sekurang - kurangnya dapat eratkan silaturahim. Lagipun diorang puji nasi goreng tu. Semua cakap sedap. Pandai abang masak." Kata Laura dengan suara yang berceloteh ceria. Sempat dia mencubit manja lengan sasa Zafran pada ayatnya yang terakhir.

PANG

Satu tamparan hinggap di pipi mulus Laura. Dia yang tidak bersedia, semestinya jatuh tersungkur diatas lantai. Bucu meja makan yang sedia tajam itu pula mencarikkan luka di kepala Laura apabila kepalanya terhantuk di bucu meja.

"Aku masak penat - penat untuk bagi kau makan, boleh pula kau bagi dekat orang lain?!" Berombak dadanya kerana marah.

"Kalau nak ikutkan hati aku semalam, memang dah mampus kau sebab aku kerjakan. Kau ni memang jenis betina yang tak bersyukurkan?!" Sambungnya lagi.

Laura terkedu. Betina? Omelnya. Dari sudut lantai itu, dia mendongak memandang Zafran. Matanya bertentang dengan mata lelaki itu.

"Abang, sayang tak ada niat na--"

BUK

Serta - merta matanya terbeliak dan mulutnya ternganga apabila merasakan perut kempisnya telah ditendang kuat oleh Zafran. Hal itu membuatkan dia sedikit terdorong ke depan lalu terbatuk - batuk kerana senak di bahagian perut.

Zafran memandang Laura dengan perasaan puas. Puas dapat melampiaskan kemarahannya kepada Laura. Puas dapat menyakiti Laura untuk membayar kesalahan yang tidak melampaui dek akal.

Pinggan mangkuk yang berisi pelbagai jenis juadah itu dipandang jijik. Kemudian timbul satu idea di dalam fikirannya. Tangan mula mencapai mangkuk tomyam lalu...

PRANG

...tangannya melepaskan mangkuk itu keatas kepala Laura. Berkecai mangkuk kaca tadi pecah bersama isi tomyam yang bersepah diatas lantai.

Tidak cukup dengan itu, mangkuk kaca yang berisi nasi putih diambil lalu...

PRANG

...sekali lagi dilepaskan keatas Laura tapi bukan dibahagian kepala, kini dibahagian badan.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now