S.E.B.I.C.M.5️⃣7️⃣

1.2K 54 15
                                    

Bunyi getaran yang dirasakan diatas lantai bilik itu, membuatkan Laura membuka matanya. Telinga segera mencari dari mana datangnya bunyi itu lalu mata tertancap pada sebuah telefon bimbit diatas lantai, bersebelahan dengannya.

Dia mengeluh perlahan.

"3 pagi." Gumamnya sendiri.

Tiba - tiba dia teringat akan kata - kata seorang ustazah selebriti yang memberikan ceramah secara live beberapa hari yang lalu.

"Tahukah kamu bahawa ini adalah cara tubuh dan Allah berkomunikasi dengan kamu?" Soalnya seraya tersenyum kearah jemaah yang menonton.

"Untuk pengetahuan umum, waktu kamu terbangun di malam hari itu sebenarnya adalah masa di mana tubuh kamu sedang mengalami ransangan tertentu. Ia juga secara tidak langsung merupakan sebuah medium untuk fizikal dan emosi menyampaikan masalah pada diri kamu."

"Jika terbangun di tengah malam sebaiknya jangan diabaikan kerana, fasa tidur menjadi waktu kita menerima pesanan dari Allah."

"Jika kamu terbangun dari jam 3 hinggal 5 pagi, tandanya Allah sedang berusaha berbicara padamu. Jam ini menunjukkan bahagian paru-paru sedang dalam kesempitan dan mungkin kamu sedang bersedih. Percayalah juga bahawa Allah sedang membimbing kamu untuk jadi lebih baik. Cuba bernafas perlahan dan berdoa agar boleh kembali tidur."

"Jika tidak, lebih baik manfaatkan waktu ini untuk amal pelbagai solat sunat malam. Semoga Allah memberkati ibadah kamu dan mengurniakan kebaikan buat kamu." Sambungnya lagi.

Antara salah satu perkara yang diingatinya pada waktu itu. Tanpa sedar, dia menitiskan air mata. Bukan air mata kesedihan tetapi air mata terharu kerana Allah mendengar suara hatinya.

"Terima kasih, Ya Allah." Gumamnya.

Telekung yang masih tersarung pada badannya itu dilepaskan sebelum dia beransur masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri setelah mencapai tuala dan pakaian untuk persalinan.

Hampir setengah jam membersihkan diri, dia keluar dengan tubuh yang sudah lengkap dengan berpakaian tshirt merah lengan pendek dan seluar slack palazo hitam.

Telekung solat kembali disarungkan ke badan dan dia menunaikan solat tahajjud sebanyak 2 rakaat sahaja dan diikuti dengan solat taubat. Juga dilakukan sebanyak 2 rakaat sahaja.

Selesai bersolat, Laura duduk berteleku diatas sejadah dengan tasbih digital yang dihadiahkan oleh Bella pada hari wanita itu melawatnya di hospital. Manakala telekung solatnya itu adalah pemberian dari Lourist. Juga diberi pada hari Laura dilawat di hospital.

Dalam dia melakukan ibadah, air mata tidak henti - henti mengalir. Tersedu - sedan dia berzikir apabila mengingatkan pelbagai peristiwa hitam yang sering dilakukannya.

Membunuh.

Dosa yang sering dia lakukan waktu dulu. Sungguh dia rasa berdosa.

'Sungguh aku adalah seorang pendosa besar Ya Allah.'

'Layakkah aku ke syurgamu, Ya Allah? Tugasmu pernah diambil alih oleh diriku yang kerdil ini. Tidak menutup aurat mengikut syariat dan pelbagai lagi dosa yang ku lakukan.'

'Namun, untuk nerakamu, aku tidak sanggup menahan azab api yang membara setiap masa.'

'Aku juga telah menderhakai suamiku. Dengan tangan dari pemberianmu ini, aku telah menamparnya, Ya Allah. Tetapi aku tidak sengaja.'

Semakin sebak dan lebat air matanya turun apabila hatinya tidak henti bersuara mengenangkan dosa yang dahulunya dianggap remeh.

'Banyak dosa. Terlampau banyak. Mampukah aku, menjadi penghuni syurga Allah?'

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now