Tok tok tok
Pintu bilik Tengku Hamdan diketuk dari luar. Tengku Hamdan melihat sekilas sebelum memberikan arahan untuk masuk.
"Daddy." Panggil Laura.
Tengku Hamdan berkerut melihat Laura yang tersengih sengih. Dah habis merajuk dah? Soalnya sendiri kemudian menjeling Laura.
"Hmm?"
"Alaaa daddy marah ke?" Rengek Laura. Tangannya naik meningkat dagu setelah menongkat dagu setelah menarik kerusi di hadapan Tengku Hamdan untuk duduk.
"Nak marah buat apa?"
"Sebab Laura merajuk dengan daddy?" Jawab Laura dalam nada menyoal.
"Pernah ke daddy marah Laura kalau Laura merajuk? Hmm?"
"Tak!"
"Habis tu?"
"Habis tu--"
Ayat sengaja dibiarkan tergantung. Tengku Hamdan menunggu dengan penuh sabar.
Laura mencebik bibir melihat daddy nya yang tidak memberikan sebarang respon ketika dia menggantungkan ayat tadi.
"Habis tu Laura nak pergi keluar makan dengan Amir. Boleh?"
"Boleh, tapi kerja Laura dah siap ke? Kalau belum siap, jangan harap nak keluar." Balasnya berbaur ugutan.
"Alah daddy, setakat kerja yang bertingkat macam bangunan daddy ni apa lah sangat kalau nak dibandingkan kerja Laura yang kat luar tu." Keningnya diangkat berkali kali.
Tengku Hamdan menjeling sekilas.
"Ceh! Riak punya anak bertuah." Senyuman nipis terukir dibibir tuanya.
"Hehe. Nanti lunch, Laura lunch dengan Amir tau."
"Okay daughter."
"Daddy nak lunch dengan siapa? Laura suruh Bella temankan nak? Boleh ajak Ben sekali." Cadang Laura.
Tengku Hamdan terdiam seketika. Berfikir untuk menerima cadangan anaknya, tapi dia ada banyak kerja yang perlu disiapkan.
"Tak payah la. Daddy ada banyak kerja nak disiapkan. Lagipun nanti susahkan Ben pulak nak datang sini. Bella pun mesti ada banyak kerja nak kena buat."
"Alah daddy ni, diorang tu sanggup la semata mata untuk daddy. Ben pun dah lama tak jumpa daddy kan?"
"Yelah. Nanti Laura tolong call Ben dan bagitahu Bella untuk daddy, okay?"
"Okay daddy. Laura keluar dulu. Bye bye my beloved daddy." Laura melambai kearah Tengku Hamdan sambil berjalan kearah pintu.
Sebaik saja membuka pintu, Laura terkedu melihat wajah beku milik Ben yang terpacak di hadapan wajahnya. Laura senyum menyenget.
"Aku baru je nak call kau untuk datang teman daddy lunch nanti, tup tup kau dah ada kat sini." Kata Laura.
"Ohh ye ke? Aku pun memang datang sini sebab nak ajak daddy lunch pun. Lama dah tak jumpa. Daddy sihat?!" Kepalanya mendongak sedikit untuk melihat wajah Tengku Hamdan.
Tengku Hamdan berpaling kearah Ben dan mengangguk sedikit.
"Mari la masuk, Ben. Buat apa tercegat depan pintu tu?"
"Macam mana nak masuk, kalau mak koala gergasi terkejung dekat depan pintu ni ha." Sindir Ben tanpa memandang Laura.
Tengku Hamdan tergelak kecil lalu menyambung kerjanya.
Laura mengecilkan matanya. Tangan diangkat, buat buat seperti hendak menumbuk muka Ben. Ben hanya tersenyum menyenget sebelum merempuh masuk ke dalam bilik Tengku Hamdan.
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...