"amnesia?" Soal Tengku Hamdan.
Doktor itu mengangguk. Mengiyakan soalan Tengku Hamdan. Tengku Hamdan mengeluh kesal.
"Ye, Tengku. Disebabkan kepalanya terhentak kuat sewaktu kemalangan, ia menghasilkan gegaran pada otak Laura dan hal ini menyebabkan berlakunya amnesia atau lebih dikenali sebagai 'hilang ingatan'." Jelas doktor itu lagi.
"Ada harapan untuk dia ingat balik tak? Kalau ada, berapa lama masa yang diambil?" Soal Ben. Bella mengangguk, tanda menyokong soalan abang kembarnya.
"Harapan untuk dia ingat balik tu ada dan berapa lama masa yang diambil, itu bergantung kepada pesakit sendiri."
"Jadi berapa lama lagi Laura akan ditahan di wad ni doktor?" Soal Bella setelah lama berdiam diri.
"Memandang cik Laura baru saja sedar, saya terpaksa menahan dia sekurang kurangnya dua minggu. Kalau kesihatan dia membaik dengan cepat, insyaAllah dia boleh keluar lebih awal."
Tengku Hamdan mengangguk.
"Terima kasih doktor."
"Tak perlu terima kasih, Tengku. Memang kerja saya."
"Kalau macam tu, kami keluar dulu. Sekali lagi terima kasih." Ucap Bella.
"Sama sama." Sempat doktor lelaki itu mengenyitkan mata kirinya kepada Bella.
Bella tersenyum malu dengan pipi yang berona merah. Pantas dia keluar dari bilik doktor itu.
Papp!
Satu tamparan hinggap di lengan kanan gadis itu. Dia berpaling kearah gerangan yang menampar lengannya.
"Apa?! Sakit tau tak!" Marah Bella. Ben hanya mencebikkan bibir dan menjulingkan matanya keatas.
"Gatal kau erk? Jangan gedik boleh tak?"
"Eleh! Jeles la tu, takde orang nak. Huh!"
"Hello! Tolong sikit ehh, aku ni bukan takde orang nak, cuma--"
"Cuma apa? Tak nak mengaku konon. Dah la. Malas nak cakap dengan manusia single tersakiti macam kau ni. Bye!"
Bella meninggalkan Ben yang masih tercegat di hadapan pintu bilik tadi untuk mengejar Tengku Hamdan yang telah jauh meninggalkan mereka berdua.
Ben mengecilkan kelopak matanya. Dia memerhati Bella sehingga kelibat gadis itu hilang disebalik dinding hospital. Kepalanya menoleh pula kearah pintu bilik doktor tadi. Kemudian dia mengeluh perlahan.
"Kita cuba test market nak?" Soalnya kepada diri sendiri dengan senyuman sinis.
Perlahan lahan kakinya bergerak kearah sekumpulan jururawat yang berkumpul dikaunter.
"Hi, ladies." Sapanya dengan senyuman menggoda.
Serentak para jururawat itu berpaling kearah Ben dan terkaku.
🎉🎉🎉🎉🎉
KRAKKK
Laura yang sedang termenung, menoleh kearah pintu wad yang terbuka.
"Laura, okay?" Soal Tengku Hamdan.
Laura mengangguk perlahan dengan senyuman nipis di bibir. Tengku Hamdan membalas senyuman anaknya dan melilau kearah sekeliling.
"Mana semua orang?" Soalnya kepada Laura.
"Dah balik."
"Awalnya?"
"Uncle dengan aunty cakap, ada kerja dekat pejabat yang tak selesai lagi. Fariqi pun sama. Zafran pula keluar, tapi tak pula pergi mana. Dia tak cakap Laura pun tak tanya."
"Dia ada cakap nak datang lagi ke?"
Laura menggeleng.
"Daddy nak cakap sikit dengan Laura, boleh?"
Laura mengangguk.
"Kalau nak diikutkan, hujung bulan ni, Laura debgan Zafran akan bertunang. Tapi disebabkan keadaan Laura yang macam ni, daddy nak tanya, Laura nak tangguhkan atau teruskan?" Soalnya berhati hati. Bimbang akan membebankan kesihatan anak kandungnya.
Laura diam. Berfikir.
"Bila Laura boleh keluar?"
"Doktor cakap, kalau kesihatan Laura semakin membaik, lebih kurang dari dua minggu lagi, Laura dah boleh keluar dari wad."
"Kalau macam tu, daddy teruskan jelah. Kalau batalkan nanti kesian dekat aunty dengan uncle. Mesti daddy dan diorang dah buat banyak persiapan untuk kami berdua kan?"
Tengku Hamdan melepaskan nafas kelegaan.
"Alhamdulillah. Nak makan tak? Nak minum ke?"
"Laura nak makan bubur ayam boleh tak daddy?"
"Bubur ayam?"
Laura mengangguk.
"Kenapa nak makan bubur ayam?" Soal Tengku Hamdan. Hairan. Selalunya orang sakit ni, tak suka makan bubur. Tapi berbeza pula dengan anaknya.
"Entah. Laura tiba tiba je rasa nak makan bubur." Balas Laura.
Tengku Hamdan hanya tersenyum dan memberi anggukan.
"Yelah. Nanti daddy belikan."
KRAKKK
Tengku Hamdan dan Laura berpaling kearah pintu.
"Laura ni ak--. Eh? Uncle pun ada sekali. Nah Laura, aku ada belikan makanan sikit untuk kau, makan la." Plastik berisi makan dihulurkan kepada Laura.
Laura menyambut dan membuka plastik itu. Tersungging senyuman dibibirnya.
"Wah.. awak ni macam tau tau je saya mengidam bubur ayam. Terima kasih awak."
Zafran senyum segaris.
"Sama sama." Jawabnya perlahan.
"Uncle dah makan?" Soalnya kepada Tengku Hamdan.
"Dah. Kamu dah makan ke?" Soal Tengku Hamdan pula.
"Dah, baru je tadi. Uncle, Zaf nak kena balik dah ni. Lain kali Zaf datang lagi."
"Baiklah. Drive elok elok." Pesan Tengku Hamdan.
Zafran mengangguk sebelum melangkah keluar dari bilik itu.
Laura hanya memandang pemergian Zafran dengan pandangan kosong. Kemudian matanya beralih pula kearah Tengku Hamdan. Tangannya menyentuh lembut tangan lelaki itu.
"Daddy. Nak makan."
"Kejap, daddy ambilkan sudu dan mangkuk."
Laura mengangguk perlahan.
Tengku Hamdan menyuapkan bubur ayam itu ke dalam mulut Laura setelah siap menghidangkan makanan itu.
Sedikit sebanyak Tengku Hamdan mengusik anak daranya dengan mencuit sedikit bubur itu ke hidung anaknya. Laura turut melakukan hal yang sama.
Seronok mereka bergurau senda tanpa menyedari kehadiran seseorang yang sedang memerhatikan mereka di sebalik pintu wad itu. Dia mengetap bibir dan mengepalkan tangannya sehingga menimbulkan urat urat di tangannya.
"Bertahun tahun aku tanggung rasa sakit ni. Dan kau? Kau boleh bersuka ria dengan anak kau? Aku takkan biarkan kau bahagia." Gumamnya sebelum berlalu pergi dari situ dengan perasaan dendam dan marah yang bercampur.
-------
Enjoy your reads!! ✨✨✨
Jangan lupa untuk vote dan komen banyak banyak okay!! 🌟🌟🌟
See you next chapter!! 😌😌😌
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...