S.E.B.I.C.M.2️⃣7️⃣

888 58 51
                                    

Seperti hari hari yang telah berlalu, Zafran hanya melakukan rutin harian di kedai bunga miliknya.

The Florist Empire.

Bunga bunga ros merah yang berduri, diambil dan dipotong batangnya sebelum digubah menjadi sejambak bunga.

Bunga yang telah siap digubah, diletakkan dan disusun cantik diatas rak bunga yang sedia ada di dalam kedai itu.

Dia tersenyum puas melihat setiap satu jambakan bunga ros yang dihasilkan oleh dirinya sendiri. Lebih dari 2000 kuntum bunga ros ditempah oleh pelanggannya untuk majlis perkahwinan.

"Alhamdulillah, dah siap." Tangan yang terasa sedikit kesat, digosok perlahan dengan kedua belah tapak tangan.

Dia menoleh ke kaunter apabila telefon yang disediakan di meja itu berbunyi. Lekas lekas dia berjalan mendekati telefon itu agar sempat dijawab. Sebaik sahaja telefon dicapai, terus ia dilekapkan pada telinga.

"Assalamualaikum, ini kedai The Florist Empire. Ada apa apa yang boleh saya bantu?" Sapanya dengan bersemangat.

Zafran masih menunggu walaupun sapaanya tidak berjawab. Untuk kali kedua dia cuba bersuara, namun, sebaik sahaja membuka mulut, panggilan ditamatkan.

"Hell--"

Tut

Ganggang telefon di dalam genggaman dipandang hairan. Bahu kemudiannya diangkat malas sebelum menyambung kerja yang tergendala sambil bernyanyi riang.

"Sian kau, tak pasal pasal dapat hell for free." Gumamnya dengan tangan yang lincah menggubah bunga.

Pintu kaca kedai yang berdentingan kerana loceng yang berlaga sesama sendiri menyebabkan Zafran menoleh kearah pintu itu.

Serta merta dia menjadi lemah semangat. Lagu upin ipin yang dinyanyikan juga serta merta terhenti apabila melihat figura itu dihadapan matanya.

Zafran hanya menjeling dan menyambung kerjanya.

Melissa menghentakkan kaki melihat sikap dingin Zafran kepadanya.

"Abang.. pandang la Mel ni!" Rengek Melissa dengan badan yang digoyang goyangkan. Dah ulat bulu aku tengok.

Zafran tidak membalas selain melakukan kerjanya. Malas hendak melayan minah ulat bulu. Dua dua sama je, menggatal!

"Abang!" Lengan berurat Zafran dipaut ringkas menyebabkan lelaki itu terkedu dan serta merta menolak tubuh Melissa hingga jatuh terjelopok keatas lantai.

"Argh!" Melissa terjerit kecil apabila badannya sudah mendarat diatas lantai. Mata gadis itu mencerlung tajam ke mata Zafran yang merenungnya dengan wajah selamba.

"Kenapa abang ni?! Sakit tahu tak?!"

"Padan muka. Gatal nak pegang aku tu kenapa? Dah murah sangat ke?" Sinis Zafran.

Entah kali keberapa dia menghina gadis itu. Tujuannya hanya mahu membuatkan gadis itu membencikan dirinya dan tidak lagi menjejakkan kakinya ke kedai ini. Rimas!

"Abang ni kenapa?! Selalu sangat berkasar dengan Mel! Apa Mel buat dekat abang sampai abang buat Mel macam ni?!" Bentaknya.

"Dengan pakaian tak cukup kain, singkat dan ketat lagi. Boleh bernafas ke pakai pakaian macam tu? Tak lemas? Yang kat atas tu, nak tunjuk kat siapa? Mel, matang la sikit. Mel bukan budak budak lagi, tolong jaga maruah sendiri, jangan dedahkan macam ni. Kesiankan aunty dengan uncle yang tanggung dosa Mel." Sindirnya berbaur nasihat.

Well, Melissa is Melissa. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bukan nak dengar apa orang cakap. Kukunya diwarnakan dengan warna hitam, ditilik dan ditiup perlahan.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now