KLCC...
Mata Zafran hanya memerhati tiga orang lelaki yang memperdengarkan lagu mengejar rindu dari kumpulan penyanyi terkenal Hyper Act diatas pentas.
Setiap bait bait lagu yang dinyanyikan terasa seperti perasaan rindunya terhadap seseorang.
Laura, mana kau? Aku rindu gila koala aku. Omel Zafran.
"Assalamualaikum." Sapa satu suara lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Zafran.
Dia memandang sekilas sebelum menjeling geram kearah suara tadi.
"Waalaikumsalam." Gumamnya perlahan dengan nada yang geram.
"Kenapa ni marah marah ni? Nak cendol?"
"Cendol pebenda? Shopping mengalahkan perempuan, kesian aku dekat bakal bini kau naanti, Riq."
Fariqi mencebikkan bibir. Tangannya memanggil seorang pelayan. Selesai saja memesan makanan dan minuman, dia kembali memandang Zafran yang termenung kearah tiga lelaki tadi.
"Kau termenung apa? Selalu sangat aku tengok kau termenung. Kat kedai termenung, kat rumah termenung, kat sini pun termenung. Kadang kadang aku tengok kau ni macam sekerat mati tau tak?"
"Tak tau dan tak nak tau. Dah diam, aku nak dengar diorang menyanyi." Balasnya tanpa memandang Fariqi.
"Hek eleh, suara aku lagi best dari suara dia." Gumamnya seraya menunduk untuk menyedut air yang baru sahaja sampai.
Sebaik sahaja mengangkatkan kepala, iris hitam pekat miliknya terpandang akan satu susuk tubuh yang dikenalinya. Mata dikecilkan untuk melihat dengan lebih jelas.
Seorang wanita yang memakai black cap, black mask dan pakaian serba hitam. Wanita itu hanya berdiri dan bermain telefon pintar sambil menghadap kearah mereka.
"Laura? Sss.. takkan la.. tapi.. macam betul." Gumamnya.
"Kau kenapa?" Soal Zafran tiba tiba.
Pantas Fariqi berpaling kearah Zafran kemudian dia kembali memandang kearah wanita tadi. Berkerut dahinya.
"Aik? Hilang?"
"Hilang? Apa yang hilang?" Soal Zafran. Kepalanya menoleh ke belakang untuk melihat apa yang dilihat Fariqi.
Namun, tiada apa yang menarik pun.
"Takde apa, imaginasi aku je kot."
"Mmm makan la kau punya carbonara tu, dah sejuk nanti tak sedap." Katanya seraya beroaling kearah pentas tadi. Apa yang dilihatnya pun tak tau la.
"Kau nak tak?"
Soalan Fariqi dibalas dengan gelengan kepala. Dia mula menyuapkan spagetti carbonara ke dalam mulutnya sehingga habis dan berlalu ke parkir lot untuk pulang.
🌷🌷🌷🌷🌷
"Omaigad! Gila ke Bryant tu?!" Soal Bella agak kuat.
Ben mencubit kuat lengan milik Bella. Bella hanya mengaduh kesakitan sambil menggosok lengannya. Lourist pula menjeling tajam. Hanya Rizal yang diam tidak berkutik.
Keempat empat mereka sudah mengetahui bahawa Laura masih hidup melainkan Tengku Hamdan dan yang lain.
"Jadi maksud akak ibu kena bunuh sebab jadi spy untuk perempuan tu?" Soal Rizal. Laura membalas dengan anggukan.
"Tapi.. kenapa makan tahun jugak untuk dia bunuh Olivia?" Soal Lourist.
"Yang tu aku tak tahu, yang pasti ada sebab." Balas Laura.
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...