S.E.B.I.C.M.4️⃣6️⃣

854 44 48
                                    

The Florist Empire

Laura dan Bella berjalan masuk ke dalam kedai tersebut setelah Laura membuka kunci pintu.

Bella dengan muka yang masam mencuka pula masuk sambil berpeluk tubuh. Laura hanya memandang lemah kearah wanita itu. Keluhan kesal dilepaskan perlahan.

Laura mula berjalan mendekati Bella yang sibuk mengenakan apron pada tubuhnya sendiri. Bahu wanita itu disentuh lembut.

"Bella." Panggilnya.

Bella menepis lembut tangannya lalu berjalan mendekati pokok bunga untuk disiram.

Laura mengekori langkah Bella dari belakang. Tiba tiba dia mendapat idea jahat untuk berbaik dengan Bella. Terbit senyuman nakal di bibirnya.

"Takpe la, kalau nak merajuk dengan aku sangatkan? Aku nak pergi beli asam kat gerai sana pastu makan sorang sorang. Jangan mintak!" Kata Laura berbaur ugutan.

Maklumlah, tak lama lagi Bella dengan Fariqi dah nak jadi mak bapak budak. Bella dah mengandung hampir genap dua bulan. Cepatkan diorang buat kerja? HAHAHA.

Pantas Bella berlari anak mendapatkan Laura. Tangannya menarik kuat lengan Laura. Hampir tersadung ke belakang Laura dibuatnya.

"Eh! Kau ni! Jangan la lari lari, kalau jatuh nanti macam mana? Kau tu dah la mengandung." Marah Laura.

Bella hanya tersengih seperti kerang busuk. Kesah pulak aku? Janji kau beli asam kat aku sekali. Omel Bella dalam hati.

"Arhh, yang tu tak penting. Yang penting sekarang ni aku pun nak asam juga. Kau beli untuk aku sekali, boleh?" Matanya dikerdipkan beberapa kali.

Terjongket keatas kening sebelah kening milik Laura. Terbit juga senyuman sinis di bibirnya.

"Dah tak merajuk dah? Tadi ada orang tu merajuk dengan aku."

"Alah, tu memang la! Salah kau kan? Siapa yang suruh kau datang ambil aku lambat? Aku ni beria ia bersiap awal awal sebab excited nak datang kerja. Kata pukul 8 tapi pukul 10 baru sampai depan rumah aku." Bebel Bella panjang lebar.

Laura hanya mengangguk pasrah. Tidak disalahkan Bella juga, kerana memang salah dirinya sendiri. Berjanji melayu kan? Biasa lah.

"Yelah yelah, sorry. Aku minta maaf okay?" Pinta Laura.

"Okay." Balas Bella ringkas.

"Ni, kau nak asam berapa ringgit? Tak boleh lebih dari 10 ringgit eh? Kalau tak, kau bayar sendiri."

Bella memuncungkan bibirnya.

"Eeii, yelah. Aku nak 5 ringgit je pastu kau tolong belikan sekali pisang goreng 3 ringgit dengan karipap pusing 2 ringgit dekat gerai sebelah tu ye?"

"Mak aihh? Banyak gila kau nak makan? Ni nak makan ke nak melantak?" Sindir Laura.

"Ishh, belikan jelah. Tak lebih pun 10 ringgit tu." Rajuknya.

Entah la, sejak sejak mengandung ni, Bella tau nak merajuk je kerja. Sampaikan Fariqi pun nak naik gila tapi nasib baik la ada suami yang memahami macam dia, untung Bella.

"Okay okay, dah tak payah nak merajuk sangat. Dasar mak buyung. Aku pergi beli kejap, kau duduk elok elok dalam kedai ni, jangan buat kerja berat. Nak angkat apa apa tungu aku balik. Faham?"

"Ai ai kapten." Terbit senyuman kecil di bibir dua gadis itu.

Laura berjalan pergi melintasi jalan raya untuk ke seberang jalan menuju ke gerai makanan. Gerai Asam Mak Jemah menjadi destinasi pertamanya.

"Assalamualaikum makcik!" Sergah Laura.

"Waalaikumsalam wahai asam ku sayang! Eh?" Latahnya.

Berdekah Laura ketawa mendengar Mak Jemah melatah.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now