Tit tit tit
Bunyi alat pengesan detakkan jantung memecah kesunyian di dalam wad yang menenpatkan Laura.
Tengku Hamdan megenggam erat jari jemari runcing anak tunggalnya. Wajahnya merenung kosong kearah Laura yang masih terlantar diatas katil hospital dengan alat bantuan pernafasan yang dilekapkan di hidung.
Ben dan Bella hanya menjadi pemerhati dari awal mereka sampai ke hospital. Pasangan kembar itu kemudiannya saling berpandangan antara satu sama lain.
Bella memberikan isyarat kepada Ben supaya mengajak daddy mereka turun ke kantin hospital untuk makan.
Ben hanya mengangguk perlahan dan menurut. Dia berjalan mendekati Tengku Hamdan lantas tangannya diangkat menyentuh bahu lelaki tua itu.
"Daddy. Jom kita turun makan dulu."
"Kamu pergi la Ben. Daddy takde selera nak makan."
Ben mengeluh.
"Jangan la macam ni daddy. Pasal Laura takpe, biar Bella yang jagakan."
"Betul tu daddy, daddy pergi la makan dulu dengan Ben. Dari pagi tadi daddy tak makan."
"Macam mana daddy nak makan kalau Laura terlantar sakit macam ni?" Soalnya dengan sebak. Mutiara jernih mula mengalir dari tubir mata tuanya.
Ben melutut di hadapan lutut Tengku Hamdan. Kedua belah tangannya menggenggam tangan tua lelaki itu.
"Daddy. Ben janji dengan daddy, Ben akan usaha sehabis baik untuk cari siapa yang buat macam ni dekat Laura."
"Bella pun akan usahakan sampai kitorang jumpa." Balasnya lalu berdiri di sebelah Ben.
Pasangan kembar itu mengangguk sambil mata memandang Tengku Hamdan dengan penuh harapan.
Flashback
"Ni bukan kes kemalangan biasa. Kemalangan ni memang dah dirancang. Hasil siasatan kami mendapati bahawa kereta milik anak Tengku telah disabotaj. Selain itu terdapat juga satu nombor yang tidak dikenali yang telah berhubung dengan anak perempuan Tengku sebelum kemalangan tu berlaku. Ini rekod perbualan itu."
Selembar kertas A4 yang bercetak dihukurkan kepada Tengku Hamdan.
Satu persatu dibaca dengan matanya sendiri kemudian kertas itu diberikan kepada Ben dan Bella yang hanya menjadi pemerhati.
Ben tersenyum sinis manakala Bella mengepal kuat tangannya sehingga menimbulkan urat urat hijau.
"Menurut siasatan juga kes ni adalah berpunca dari dendam lama, dan pihak kami juga perlukan keterangan dari pihak Tengku untuk membuat siatan tentang 'Kumpulan Mafia' yang dimaksudkan oleh pengguna nombor telefon tersebut kepada Tengku sekeluarga. Harap Tengku dan yang lain boleh berikan kerjasama."
Tengku Hamdan mengangguk lemah.
"Baik."
Jawapan Tengku Hamdan mengundang rasa tidak percaya Ben dan Bella.
"Baiklah. Saya pergi dulu."
Polis lelaki itu beredar meninggalkan Tengku Hamdan dan yang lain.
"Daddy? Seriously?" Soal Ben setelah memastikan polis tadi telah jauh dari mereka.
Bella mengangguk sebagai menyokong soalan abangnya.
"Rileks, Ben. Diorang takkan jumpa apa apa."
"Yes, I know but--"
Pantas Tengku Hamdan memotong percakapan Ben.
"Don't worry Ben. I know what I do and I know what must I do."
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...