S.E.B.I.C.M.5️⃣5️⃣

1K 43 59
                                    

"I'm her husband. Raja Amir Zafran." Terus Laura berpaling kearah suara itu.

Sekilas Zafran tersenyum sambil mengenyitkan sebelah mata kearahnya sebelum kembali memandang wajah Erdiel.

Tindakan spontan Zafran membuatkan Laura menggulum senyumannya sendiri. Hatinya sedikit berbunga.

"Erdiel Istifan." Erdiel menghulurkan tangan untuk bersalam namun tangan itu kembali dijatuhkan apabila tidak disambut pihak sana.

Zafran hanya memandang kosong tangan Erdiel sebelum dia menarik Laura untuk masuk ke wad Laura.

"Jom sayang. Sayang perlu rehat, tak boleh la jalan - jalan macam ni. Kena banyakkan rehat tau." Bebelnya seraya berjalan beriringan isterinya.

Laura hanya menurut tanpa banyak soal. Begitu juga dengan yang lain yang membontoti langkah pasangan itu.

--------

"Lepastu apa jadi?" Soal Fariqi kepada Ben.

"Lepastu memang hancur la muka member lepas kena tumbuk dengan Zamri. Nasib baik Austin pergi tarik. Tu pun hampir juga la nak kena tumbuk dengan Zamri sebab halang dia." Jelas Ben lagi.

Ingat tak yang Felissa call Melissa astu Felisssa cakap Umi dengan Walid diorang jual Felissa kat Ah Long? Haa, ni Ben tengah cerita yang tu la ni.

"Kalau korang yang pergi sana untuk tolong Felissa tu tak pelik la tapi yang buatkan aku hairan sekarang ni, kenapa si Zamirul tu boleh ada dekat sana juga? Apa function dia dekat sana?" Soal Zafran yang sedari tadi hanya berdiam diri.

"Zamirul tu mengada je lebih. Cakap nak pergi untuk tolong kitorang tapi hampeh. Habuk pun tarak. Dia pergi sana boleh pula dia makan maruku dengan perempuan duduk keliling dia." Jelas Ben lagi.

Erdiel yang sedang meneguk air kopi tersedak. Terbatuk - batuk lelaki itu apabila mendengar ucapan Ben.

Apa ke benda la budak tu? Omel Erdiel. Dahinya berkerut menahan perit di kerongkong.

"Minum elok - elok. Laju - laju nak pergi mana bang?" Soal Fariqi seraya menghulurkan sehelai tisu. Tisu itu bertukar tangan lalu Erdiel mengelap sedikit mulutnya yang tercomot.

Zafran yang melihat hanya menjeling menyampah. Apahal la Fariqi ajak dia ni datang sini. Omelnya dalam hati.

Sekarang mereka semua berada di sebuah cafe yang betul - betul berhadapan dengan hospital yang menempatkan Laura. Sementara itu, Lourist dan Bella ditinggalkan oleh suami mereka bersama Laura.

Sebenarnya bukan la ditinggalkan pun tapi diorang yang tak nak ikut. Kata Bella...

"Kitorang nak stay sini. Nak lepak dengan Laura. Ladies - ladies je sini, selain dari ladies dipersilakan keluar ye?"

...dihalaunya para suami itu oleh Bella. Haish, dah jadi mak orang pun perangai tak semenggah tu masih ada lagi.

"TERsedak." Balas Erdiel.

"Yang kau ni lama lagi ke nak stay sini?" Soal Zafran tiba - tiba.

"Tak. Nak balik la ni. Aku balik dulu. Assalamualaikum." Terus Erdiel mengangkat punggung dan berlalu pergi dari situ.

"Hati jalan." Pesan Ben. Ringkas dan padat.

Erdiel hanya menganggukkan kepalanya dan terus berjalan pergi. Sebaik sahaja kelibat lelaki itu hilang dari penglihatam mereka, Fariqi mula membuka bicara terhadap mereka Zafran.

"Kau dah kenapa, Zaf?" Soal Fariqi.

Zafran yang tidak memahami maksud perkataan Fariqi hanya menjongketkan keningnya.

"Apa?"

"Kau kalau tak suka si Erdiel tu, jangan tunjuk sangat boleh tak? Hormat sikit perasaan orang, kalau dia terasa dengan layanan kau tadi macam mana? Dosa manusia dengan manusia ni kena minta maaf sesama manusia, tau tak?"

"Aku tahu la. Kau tak payah nak ceramah aku sangat." Bentak Zafran dan kemudian berlalu pergi meninggalkan Fariqi dan Ben.

"Dah kenapa dengan jantan bertelur tu?" Soal Ben yang sekadar memerhati.

Fariqi mengangkat bahunya malas.

"Lantak dia la. Nak cemburu tak tentu pasal." Putus Fariqi.

----------

Zafran berjalan mendekati wad Laura, namun langkahnya terhenti apabila melihat seorang lelaki berjalan keluar dari wad itu dan lelaki itu ialah...

"Erdiel?" Soal Zafran hairan.

"Dia buat apa?" Soalnya lagi. Namun, otaknya malas berfikir panjang. Bila jumpa Laura nanti boleh sahaja dia bertanya pada isterinya.

TOK ! TOK ! TOK !

SREETT

Bunyi slide pintu dibuka. Terus jelas dimatanya terlihat tubuh Laura yang hanya mengenakan bathrobe. Kelihatan wanita itu seperti baru selesai mandi.

Otaknya tiba - tiba melayarkan peristiwa tadi. Peristiwa dimana Erdiel keluar dari dalam dengan keadaan tangan lelaki itu sedang membutangkan kembali baju yang dipakai. Rambut lelaki itu juga kelihatan agak kusut.

Reaksi terkejut Laura yang terserlah dihadapan mata pula mengiakan sangkaanya. Tambahan pula, di dalam wad itu tidak ada kelibat Bella mahupun Lourist. Itu bermakna mereka hanya berdua - duaan?

"Awalnya abang balik?" Ada getaran dalam sapaan itu.

"Ada sesiapa datang?" Soalan Laura hanya dibiarkan sepi.

Laura pantas menggeleng. Menidakan sebagai jawapan.

"Tak ada."

"Mana Lourist dengan Bella?"

"Diorang turun kejap."

"Dah berapa lama?"

"Rasanya dah sejam lebih kot." Jawab Laura tak pasti.

Zafran mendengus kasar. Dia meramas rambut hitamnya. Laura mula cemas melihat tingkah Zafran. Dia cuba meraih tangan suaminya, namun perbuatan itu terus ditepis kasar oleh Zafran.

"Don't touch me." Jari telunjuknya dihadapkan ke hadapan muka Laura.

Sampai naik juling tengah mata member. 🙊

"Abang?" Panggilnya perlahan apabila susuk tubuh Zafran pergi meninggalkan dia seorang diri di dalam wad itu.

BAM !!

Bunyi pintu dihempaskan oleh Zafran.

------------

اَلَمْ يَعْلَمْ بِاَنَّ اللّٰهَ يَرٰىۗ..

( Surah Al - Alaq. Ayat ke - 14. )

- Tidakkah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat (segala perbuatannya)?

- Allah ni maha melihat segala perbuatan makhluk - makhluknya dari sekecil - kecil zarah sampai la sebesar - besar perkara. Tidak akan ada yang tersorok dari zahir mahupun batin.

- Jadi sebelum nak buat benda yang tak baik, anda dinasihatkan untuk berfikir la terlebih dahulu supaya tak menyesal di kemudian hari.

- Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, perbuatan dan sebagainya pandai - pandai la kau tanggung ye labu?

- Ada juga pepatah sepandai - pandai tupai melompat, akhirnya ada lagi yang lagi pandai dari kau.

Sekian dari saya walimatul urus habatussauda. 🙊🥰

ENJOY YOUR READS !!

JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN !!

SEE YOU NEXT CHAPTER !!

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now