Pada hari ini bakal berlangsungnya perkahwinan yang melibatkan tiga pasangan pengantin.
Tiga orang jejaka yang lengkap memakai baju melayu berwarna putih berserta songkok, samping dan keris yang terselit di pinggang masing masing.
Tiga gadis yang merupakan pasangan kepada jejaka itu juga lengkap berpakaian baju kurung moden berwarna putih. Dililitkan pula selendang berwarna putih bersih dikepala masing masing.
Bilik pengantin perempuan...
Melissa mengenggam tangan yang dirasakan terketar ketar. Wajah putih bersih wanita itu juga sedikit pucat. Mulut tidak berhenti dari beristighfar untuk menenangkan hati sendiri. Mata memandang kearah Bella dan Lourist.
"Jadi backup aku la!" Marah Lourist.
"Mana kau?! Aku tak nampak kau pun!" Marah Bella pula.
"Ya Allah. Aku ni bukan main berdebar macam aku yang nak salam tok kadi, tapi diorang boleh rilek siap main ML?" Gumamnya perlahan.
Tiba tiba tangan kanannya disambar oleh seseorang setelah pintu bilik yang menempatkan mereka bertiga dibuka. Wajah diangkat memandang kearah figura tersebut.
Dia terkedu. Mata terkebil kebil memandang wajah yang tersenyum manis kearahnya.
"Selamat menjadi isteri kepada abang Austin, wahai kakak ku sayang!" Sekelip mata tubuhnya berada di dalam pelukan wanita itu.
"Felly?" Soalnya tidak percaya setelah pelukan dileraikan.
Bukan apa sejak dari peristiwa Austin membelinya dengan harga 10 ribu, dia tidak lagi berjumpa dengan keluarganya termasukla adiknya sendiri.
Felissa mengangguk mengiakan.
"Haah Felly. Rindu tak?" Soalnya lembut.
Pelukan kembali bertaut apabila Melissa memeluk erat tubuh kecil itu. Felissa tersenyum senang.
"Mesti la rindu." Rengeknya. Felissa tergelak kecil.
"Dah la, tak payah nak nangis sangat. Nanti cair make up ni. Kesian abang Austin kahwin dengan langsuir nanti." Serentak mereka berdua ketawa.
Tiba tiba Lourist menjerit geram. Telefon dicampakkan keluar tingkap bilik. Berkecai telefon itu. Felissa memandang sayu telefon yang telah selamat menjadi arwah diatas atap garaj itu.
"Aku suruh kau backup aku la bodoh! Yang kau backup dia pahal?!"
"Sorry la!"
"Dah! Tak payah nak gaduh!" Sampuk seorang wanita yang baru saja keluar dari tandas.
Serentak mereka berempat menoleh kearah tandas tersebut.
"Dah nak jadi bini orang, tapi perangai macam apa entah." Sambungnya lagi.
Lourist hanya membiarkan dan tidak mengambil kesah. Sebaliknya wajah Bella dijeling geram.
"Sorry la." Kata Bella sambil mencucuk bahu Lourist dengan jarinya.
Lourist mengeluh kasar lalu mengangguk.
"Yelah!"
"Ikhlas tak tu?"
"Ikhlas!"
"Betul?"
"Betul!"
"Marah lagi?"
"Tak!"
"Tu marah."
"Kau diam boleh tak?!" Marah Lourist. Serabut dengan soalan Bella.
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...