Sudah seminggu berlalu sejak kejadian Zafran yang bertindak dingin secara mengejut. Dalam tempoh itu juga, Zafran tidak menjaganya.
Dah puas member ni call tapi si Zafran tu takde jugak tanda - tanda nak angkat call. Last - last sekali, lantak ko la labu.
Hari ini merupakan hari terakhir dia berada di wad ini kerana sebentar lagi dia akan pulang ke rumah suaminya dan kini sedang menunggu Rizal yang datang mengambilnya.
Yela, takkan nak balik rumah tok janggut pulak kan?
Beg pakaian yang telah siap dikemas dan berisi baju itu diangkat keluar kemudian menuju ke kaunter untuk check out.
Setelah selesai urusan yang dilakukan, dia mengangkat beg untuk keluar dan terus melabuhkan punggung di sebuah bangku. Setelah itu, dia mencapai telefon bimbitnya kemudian mendail nombor telefon milik Rizal.
Tut tut... Tut tut... Tut..
"The number you ha--"
Laura terus menamatkan panggilan sebelum mendail sekali lagi.
"The--"
Laura memandang telefonnya. Laura menekan berkali - kali butang on pada telefon yang tidak bercahaya itu.
"Bateri dah mati la pula. Lupa aku nak cas semalam." Bebelnya sendiri. Kepala pula mula melilau ke sekililing, mencari kelibat Rizal.
"Mana pula budak ni pergi ni?" Soalnya sendiri.
"Laura." Panggil satu suara dari satu arah.
Dia yang mendengarnya terus berpaling kearah suara tadi. Jelas kelihatan Erdiel dengan sebuah senyuman sambil mengenakan kemeja putih dengan lengan baju yang dilipat dan seluar slack hitam berserta kasut kulit hitam.
"Erdiel?"
"Nak balik ke? Siapa datang?" Soal Erdiel. Sekadar berbahasa basi.
"Haah. Rizal. Adik angkat aku." Jawabnya ringkas.
Erdiel mengangguk faham.
"Kalau dia lambat lagi, jom la aku hantarkan." Pelawa Erdiel.
Belum sempat Laura menolak, beg pakaian miliknya telah selamat dalam genggaman Erdiel.
"Jom!" Ajaknya seraya berjalan melangkah pergi.
Laura hanya memerhati dari belakang seraya mengeluh perlahan. Kemudian perlahan menuruti langkah Erdiel.
Tanpa sedar si suami berdiri dengan hati yang remuk dan hancur. Telefon di dalam genggamannya itu diramas kuat untuk menghalang rasa marah dari meletus. Setelah melihat kereta Volkswagen Arteon R - Line berwarna merah itu pergi membelah jalan, dia turut pergi dari situ.
"Patut la. Patut la aku call kau tak angkat, huh? Dengan jantan rupanya? Bagus kau Laura, cantik permainan kau." Sinisnya sebelum meluncur pergi bersama kereta BMW 330i M Sport hitam metalik miliknya.
------
"Bye Laura! Rehat elok - elok tahu?! Jangan buat kerja banyak sangat! Bye!!" Jerit Bella dari dalam kereta sebelum kereta itu melucur pergi meninggalkan dirinya yang membalas lambaian Bella walaupun tidak dapat dilihat oleh wanita itu.
Tanpa sedar, Laura berdecit lucu seorang diri. Kelakar rasanya apabila mengingati kejadian petang tadi. Difikirnya Erdiel hanya akan mengantarnya seorang diri, tapi apabila dia telah menerobos masuk ke dalam kereta itu, terlihat wajah ceria milik Bella yang menyapanya.
Manakala Fariqi berada di seat pemandu. Di tambah pula, Bella ingin berjalan - jalan dengan kereta baru milik suaminya. Alang - alang tu, Erdiel dan Laura pun tumpang la sekaki. Daripada pukul 11 pagi sampai la pukul 9 malam.
![](https://img.wattpad.com/cover/278644898-288-k648846.jpg)
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...