S.E.B.I.C.M.6️⃣

1.5K 97 51
                                    

Laura melangkah masuk ke dalam rumah tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Pintu juga ditutup perlahan supaya tidak mengganggu orang lain yang sedang tidur.

Setelah pintu ditutup, dia berjalan perlahan menaiki tangga menuju ke bilik. Namun langkahnya terhenti apabila mata Laura menangkap satu susuk tubuh yang sedang lena diatas sofa berdekatan dengan pintu utama.

Laura tersenyum sebelum berjalan mendekati susuk tubuh itu.

Laura mencebikkan bibirnya. Tangan diangkat menyentuh bahu untuk mengejutkan Tengku Hamdan dari lena.

"Daddy? Daddy. Bangun la."

Perlahan lahan kelopak mata Tengku Hamdan terbuka. Dia tersenyum sebaik sahaja wajah Laura menghiasi matanya, kemudian bangun dari baringnya.

Laura melabuhkan punggungnya di sebelah Tengku Hamdan.

"Kenapa daddy tidur kat sini ni? Kenapa tak tidur dalam bilik?"

"Daddy tunggu Laura balik."

"Alolololo sweetnya daddy Laura ni!!" Tangannya naik mencubit kedua belah pipi tua Tengku Hamdan.

Tengku Handan menepis perlahan tangan anak perempuannya.

"Apa Laura ni? Buat daddy macam budak kenapa?"

"Tak adalah daddy, Laura tengok daddy ni comel sangat. Tadi kan, Laura dah pesan jangan tunggu Laura, kenapa daddy tunggu juga? Ni sakit pinggang daddy tidur kat sofa."

Tengku Hamdan tersenyum nipis mendengar bebelan dari satu satunya anak perempuannya. Mulut sama lancar je dengan mommy dia kalau membebel. Omel Tengku Hamdan.

Berkerut dahi Laura melihat Tengku Hamdan yang tersenyum seorang diri. Aku ada buat lawak ke? Rasanya tak ada. Fikir Laura.

Jari telunjuknya mencuit sedikit lengan Tengku Hamdan, lantas Tengku Hamdan berpaling kearahnya.

"Daddy ni kenapa? Sengih sensorang?"

"Cara Laura membebel sama dengan arwah mommy. Daddy pernah tau balik lambat macam ni sebab nak selesaikan misi. Mommy tunggu daddy sampai subuh. Sanggup dia tak tidur sebab nak membebel dekat daddy." Tengku Hamdan tergelak kecil mengingatkan kenangannya bersama Tengku Laila Azura.

"Would you mind to tell me how mommy and daddy bump into each other?" Soalnya perlahan.

"Sure! Why not? Semuanya bermula dari..."

Flashback

Liam orang lelaki yang lengkap berpakaian hitam mengepung seorang wanita di kawasan lorong yang agak gelap.

Wanita itu hanya mampu berpeluk tubuh dan mengalirkan air mata.

"Tolong! Tolong!!" Jerit wanita itu.

Kelima lima lelaki tadi ketawa besar dengan kenaifan wanita itu.

"Tak payah la nak menjerit. Buat sakit tekak je. Meh sini meh, abang hantar awak balik." Lalu dia ketawa.

"Apa yang korang nak?! Aku tak kacau korang pun kan?!!"

"Iya, memang la awak tak kacau kami, tapi bentuk body awak yang mengancam keimanan kami. Betul tak geng?"

"Betul!!" Jawab mereka serentak lalu ketawa bersama.

Wanita itu semakin takut apabila lima lelaki tadi semakin mendekat, tiba tiba langkahnya terhenti apabila terasa seperti sesuatu yang sedang menghalangnya dari berundur ke belakang.

Dia menoleh.

Dinding.

Argh! Tak guna! Ya Allah kau hadirkan la seseorang untuk tolong hambamu ini ya Allah. Pintanya dalam hati.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now