S.E.B.I.C.M.5️⃣9️⃣

1.4K 67 19
                                    

Beep.. Beep.. Beep..

Bunyi yang terhasil dari Heart Monitoring Mechine itu memenuhi ruangan wad Laura. Tengku Laila Azura dan Tengku Hamdan Bakhtiar sedia menanti satu - satu anak perempuan mereka untuk sedar dari lena.

Sudah seminggu berlalu dari tragedi tersebut dan selama itu la, Laura tidak sedarkan diri. Hentakan kuat mangkuk kaca pada belakang kepalanya membuatkan tengkorak kepala wanita itu mengalami keretakkan.

Walaupun tidak banyak tetapi cukup untuk melumpuhkan fungsi otaknya sebanyak 30 %. Kenyataan dari Doktor Izzue benar - benar meluluhkan hati tua mereka. Laura, anak perempuan mereka hampir mengalami kecacatan kekal.

Hasil CT scan pada bahagian bahu kanan pula menunjukkan tulang bahu mengalami kepatahan hingga menyebabkan tulang itu menjadi dua dan berkeadaan seolah - olah bersimpang 2.

Lah, macam jalan la pulak nak bersimpang bagai.

Pihak hospital terpaksa membedah untuk mengeluarkan tulang tersebut dan digantikan dengan besi. Kesan dari pembedahan tersebut menyebabkan Laura tidak dapat menggunakan tangan kanannya sehingga ia benar - benar sembuh.

Bahagian perut Laura juga turut mengalami pendarahan akibat daripada tendangan yang agak kuat. Bahagian abdomen dalam perut juga menunjukkan bahawa ada kesan lebam dari dalam, namun tidak meninggalkan kesan di luar abdomen.

Selain itu, terdapat juga kesan luka kecil di bahagian atas kepala. Kesan dari hantukkan pada bucu meja.

"Bangun, sayang. Sampai bila nak tidur macam ni, hmm?" Soal Tengku Laila.

Tengku Hamdan hanya mampu menenangkan isterinya dengan menggosok bahu wanita tersebut. Dia sungguh tidak pernah menyangka bahawa akan melihat Laura dalam keadaan yang menyayat hati.

"Sabar ye? Our daughter are stronger than we thought." Pujuk Tengku Hamdan.

Dato' Afzan hanya mampu melihat dari cermin pintu wad ICU yang menempatkan menantunya. Manakala Datin Zahara sedang mundar - mandir sambil sibuk mendail nombor telefon anaknya merangkap suami kepada Laura.

"Mana budak ni hah?! Saya dah banyak kali telefon tapi tak ada tanda - tanda nak mengangkat pun. Asyik masuk voicemail box saja. Buntu saya nak mencari dia ni lah, abang!" Kata Datin Zahara dengan kesal. Dia mengeluh kesal mengenangkan anak lelakinya yang seorang itu.

Sudah seminggu berlalu dan sudah seminggu jugalah lelaki itu tidak menjenguk isterinya. Entah kemana perginya? Entah apa yang dilakukannya? Tiada siapa yang tahu.

"Abang cuba la telefon dia. Mana tahu dia angkat call dari abang." Katanya lagi apabila melihat Dato' Afzan hanya senyap dari tadi. Wajah lelaki itu diam membeku dan tidak beriak.

Tanpa sebarang bantahan, dia terus mengeluarkan telefon dan mendail nombor Zafran. Berkali - kali sehingga dia berputus asa. Terdengar keluhan dari mulutnya membuatkan Datin Zahara memandangnya.

"Voicemail lagi, kan?" Duga wanita itu.

"Tak, masuk peti suara je." Selamba Dato' Afzan.

PAP

Datin Zahara menghadiahkan sebuah tamparan yang padu pada lengan kiri Dato' Afzan.

"Haaa.. tu makan dia. Orang tanya elok - elok dia tak pernah nak serius lah. Membongak je kerja." Katanya seraya menjeling tajam apabila melihat Dato' Afzan menyeringai kesakitan.

Serentak kepala mereka berdua memandang kearah pintu wad apabila pintu itu terbuka.

"Dapat call Zafran?" Soal Tengku Laila. Riak wajahnya bertukar kecewa apabila melihat gelengan dari kepala dua kawannya itu.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now