Sudah beberapa hari berlalu setelah perselisihan faham Bella dan Fariqi. Selepas sahaja pasangan pasangan hangat itu melangkah keluar dari rumah kepunyaan Bella dan Fariqi, Zafran membuat perancangan untuk ber 'honeymoon' bersama isterinya yang tercinta.
Mereka berdua bercadang untuk berbulan madu di...
"Abang, best la dekat atas sky brige ni." Kata Laura sambil mendepakan tangan. Matanya ditutup untuk menikmati kenyamanan udara sepoi sepoi bahasa yang menyapa mukanya.
Abang? Ye la, abang. Zafran yang beria nak Laura panggil dia abang. Pada awalnya Laura bertegas tidak mahu kerana..
"Kenapa nak panggil abang? Hubby bukannya abang sayang."
...tapi kerana sayang, diikutkan juga kemahuan Zafran.
Zafran tersenyum bahagia. Tudung bawal yang sedikit senget itu dibetulkan sedikit.
"Suka?"
"Suka. Suka sangat." Balas Laura.
"Lepasni nak pergi mana lagi?"
"Lepasni sayang nak pergi makan, boleh? Lapar laa." Rengek Laura dengan suara manjanya.
"Okay, sayang. Anything for my koala." Katanya seraya menghulurkan tangannya.
Laura menyambut dan berjalan pergi sambil menghayunkan tangan mereka ke depan dan belakang dengan kaki yang sedikit terjinjit seperti sedang melompat.
Zafran tersenyum suka dengan tingkah laku Laura. Sejak dua menjak ni, perangai Laura nampak pelik semacam je. Bila tegur...
"Sayang, you look different la."
Dah mula la si Laura tu nak melenting...
"Nak cakap sayang dah gemuk la tu ! Ha ni la lelaki, bila dah lama, nak cari yang baru. Lelaki memang tak cukup satu kan ?!"
Haa dah sudah, satu hal pulak nak gaduh pasal benda ni. Lain yang dimaksudkan lain pulak yang difahamkan. Cepat sangat nak terasa.
Sebaik sahaja mereka meneruni cable car yang dinaikki tadi, Zafran dan Laura berjalan masuk ke dalam sebuah cafe kecil berdekatan kolam ikan.
Kelihatan ramai kanak kanak yang menaburkan mi segera berjenama Mamee ke dalam kolam itu sebagai makanan kepada ikan Koi yang berbagai jenis.
Laura tersenyum suka melihat kanak kanak yang bergelak sakan saat ikan Koi tersebut melibaskan ekor mereka ke dataran, menyebabkan air kolam terkena pada baju mereka.
"Abang, tengok budak budak tu, nampak seronok je kan diorang main? Lepas makan ni kita pergi sana nak? Sayang nak bagi ikan ikan tu makan. Boleh?"
"Boleh sayang. Sekarang kita order dulu."
Setelah menghabiskan masa untuk membuat order, Laura terlintas untuk bermain pickup dengan suaminya. Saja hendak mengisi masa lapang.
"Abang." Panggil Laura sambil matanya memandang wajah Zafran yang ralit merenung tangannya yang bersulam dengan tangan kecil Laura.
"Hmm?"
"Kenapa kita kena pergi angkasa lepas dulu untuk dunia? Sedangkan sayang boleh tengok dunia sayang kat depan ni je." Kata Laura dengan wajah yang dibuat polos. Bibir juga dijuihkan ke hadapan menuju kepada Zafran.
Memerah pipi Zafran setelah beberapa saat menghadam kata kata Laura. Bukan sahaja pipi, malah telinga pun merah sekali.
"Eh? Awak mem'blushing' ke tu? Ala awak ni, tite baru je usyik syikit tau. Tapi dah belacing ceni." Katanya sambil mencucuk pipi Zafran. Wajahnya dibuat buat comel. Macam koala
Zafran tidak mampu berkata apa selain menundukkan pandangannya ke bawah dengan mata yang merenung kaki dan bibir yang tidak lekang dari senyuman.
Semakin merah wajahnya apabila Laura bertindak mentertawakan dirinya.
"Sayang, dah sudah la tu." Tegah Zafran.
Perlahan lahan tawa Laura beransur pergi sehingga akhirnya bibir merah delima itu hanya tersenyum manis kepada lelaki itu.
"Comel tau tak? Blushing pun comel. Ni yang geram ni. Rawr!"
"Sayang."
"Yup?"
"Apa beza sayang dengan cicak?" Soal Zafran.
Hek eleh, pickup line kacang je lah. Omel Laura.
"Alah, senang je. Cicak melekat kat dinding, sayang melekat kat hati abang. Done!" Dia tersenyum menang, namun senyuman itu hilang apabila Zafran menggelengkan kepalanya.
"Salah. Dua dua takde beza, sama je. Dua dua suka melekat. Cicak suka melekat dekat dinding tapi sayang suka melekat dekat abang." Serta merta terletus tawa di bibir Zafran sementara Laura dengan wajahnya yang blur.
"Abang." Panggilnya.
"Ye?"
"Abang buat lawak ke?"
"Haah, kenapa?" Tanya Zafran.
"HAHAHAHambar la. Macam sama je dwngan apa yang sayang bagitahu tadi. Lepastu sayang tak jumpa lawak abang dekat mana." Tutur Laura dengan jujur yang amat.
Lah minah ni, tak support member langsung. Member dah la tak reti nak bersemut.
Terus masam wajah Zafran.
"Support la sikit. Buat buat gelak pun dah okay la." Katanya dalam nada sedikit merajuk.
"Ala, abang. Jangan la jadi kuman tersakiti macam ni. Sayang gurau jelah. I'm sorry okay. Sayang minta maaf sebab buat abang terasa, okay?"
Dia tersenyum kearah Laura. Sudah terpujuk dengan kata kata Laura. Perkataan maaf yang simple tetapi berkesan. Berkesan kerana mampu memujuk hatinya.
----------
ENJOY YOUR READ !!
JANGAN LUPA UNTUK VOTE DAN KOMEN !!
SEE YOU NEXT CHAPTER !! ✨❤️
![](https://img.wattpad.com/cover/278644898-288-k648846.jpg)
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...