"no! Saya tak benarkan." Bantah Datin Zahara.
"Kenapa?" Soal Dato Afzan.
"Abang, bahaya! Awak tau tak apa itu B A H A Y A. BAHAYA?!"
"Abang tau--"
"Dah tu?" Cantas Datin Zahara.
Dato Afzan mengeluh.
"Kenapa?"
"Abang tanya saya kenapa? Abang, abang sedar tak, yang abang dah tua? Cuba bayangkan kalau tengah jadi mafia balik lepastu, BANG! Abang kena tembak jadi arwah tak sempat bertaubat. Tak ke masuk neraka abang?" Soalnya lembut.
Dato Afzan memegang dadanya. Allahhu. Insaf sekejap. Sekejap je.
"Tapi abang buat ni untuk keselamatan keluarga kita. Sayang taukan, apa yang dah jadi dengan Laura? Tak mustahil akan terjadi juga dekat Zafran dan Fariqi. Mereka berdua dah sampai ke tempat tu. Sebab tu abang dan Hamdan buat keputusan untuk jadi Black and Jack. Abang janji, lepas abang dah dapat tangkap diorang, abang tak jadi mafia lagi dah. I'm promise." Jari kelingking diangkat tinggi.
"Tapi perlu ke? Perlu ke abang jadi Jack semata mata nak tangkap diorang? Dah takde cara lain ke? Saya tak nak hilang abang dengan cara macam ni." Gumamnya perlahan.
Mata Datin Zahara dah mula merah. Air mata juga telah pun bertakung penuh di mata, tunggu nak jatuh je.
Dato Afzan pula sudah mula gelabah.
"Hey hey, abang akan okay sayang. Abang akan okay." Bahu si isteri dipegang lembut.
"Abang ni. Yelah saya izinkan, tapi janji dengan saya yang abang akan jaga diri abang elok elok. Abang kena balik ke rumah dengan sihat tanpa sikit pun luka. Calar pun tak boleh." Tegas Datin Zahara. Dato Afzan tersenyum lalu menyeka air mata yang mengalir melalui pipi isterinya.
Kerja mafia yang dilakukan oleh Dato Afzan sewaktu muda hanya diketahui oleh Datin Zahara dan anak sulung mereka iaitu Raja Amar Zamri. Mana taknya, dah si Zamri tu ketua kumpulan mafia The Dark Rise. Manakala Laura pula ketua kumpulan mafia The Black Rose. Zafran dan Zamirul je yang tak tahu keluarga mereka terlibat dengan dunia mafia. Termasuk la Fariqi, Melissa dan ahli keluarga yang lain.
Terkejut tak? Hehe.
"Abang janji, sayang." Dahi licin Datin Zahara dicium lembut sebelum turun ke kedua belah pipi wanita itu.
Datin Zahara turut tersenyum lantas tubuh si suami dipeluknya. Kepala dilekapkan di tengah dada lelaki itu. Berkerut dahinya. Kepala didongakkan keatas lalu memandang wajah si suami.
"Kenapa abang ni? Blushing ehhh?" Usik Datin Zahara. Masa letak kepala dekat dada Dato Afzan tadi, dia dengar jantung suaminya berdegup kencang.
Tiba tiba Dato Afzan jadi gugup nak jawab soalan isteri.
"Ha? Ma-mana ada la." Jawabnya perlahan sambil memandang kearah lain. Telinganya mulai memerah menahan malu.
"Ye ke? Habis tu, telinganya kenapa? Kenapa merah ni? Kalau blushing tu cakap jelah blushing." Pelukannya dikemaskan sedikit. Mukanya didekatkan ke muka Dato Afzan.
Dup dap dup dap.
"Ab-abang nak pergi tandas jap." Pelukan tadi terus dileraikan. Pantas dia meluru masuk ke tandas.
Sebaik sahaja pintu ditutup, dia bersandar pada pintu itu. Tangannya naik melekat di dada. Senyuman nipis terukir dibibirnya.
"How can I not fall in love with you, dear love?" Bisiknya perlahan.
Manakala Datin Zahara hanya tergelak kecil. Matanya terarah ke tandas di bilik itu.
"Eleh, malu la tu tapi tak nak mengaku. And that's why I fall in love with you again and again." Gumamnya sendiri sebelum keluar dari bilik mereka.
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...