"Apa kau buat kat sini?"
"Kenapa kau datang?"
Serentak soal mereka berdua. Kemudian masing - masing tersenyum sinis.
"Suka hati la."
Serentak. Sekali lagi.
"Apa kau buat pada Laura?"
Soalan dari Erdiel jelas - jelas membangkitkan kemarahannya yang sedang ditahan. Riak wajahnya yang tadinya jelas berubah kini diganti dengan riak sinis.
"Kenapa? Risau sangat dengan kekasih gelap kau tu ke? Eh, kalau dia mampus sekali pun tak ada sesiapa yang kesah la!" Jeritnya seraya menghentakkan sikunya dileher Erdiel.
Akan tetapi sikunya itu ditepis mentah - mentah oleh Erdiel. Tangan Erdiel pantas menyandarkan badan Zafran ke dinding dengan membelakangkan tubuhnya. Tangan lelaki itu juga turut dikunci dari belakang bagi menghalang pergerakannya.
Kalau si Zafran tu bergerak dalam keadaan tu, memang sah patah tulang tangan dia.
Manakala tangannya yang lagi satu di tahan pada leher Zafran untuk menghalang kepala lelaki itu dari bergerak.
"Lepaskan aku lah! Kau jangan cari pasal dengan aku!"
"Lepaskan kau? Siapa cari pasal dengan siapa sekarang ni?" Soalnya sinis dengan decitan diakhir ayatnya.
"Kau yang cari pasal dengan aku. Kau yang kacau hubungan rumah tangga aku dengan Laura. Kau yang jadi punca dia jadi macam tu lah!!" Jeritnya lagi dan lagi.
PAP
Erdiel menghempuk kepala Zafran dengan telefon bimbitnya.
"Senyap la sikit gila, kau ingat kita berdua je ke yang ada dalam hospital ni? Kau ingat ni hospital kepala otak kau punya ke?" Soalnya.
"Pahal? Kau malu eh? Malu sebab kantoi ada scandal dengan bini orang? Oh, ada muka rupanya kau ni, tapi tak reti nak jaga." Sinisnya dalam nada berbisik.
"Oh, reti bahasa rupanya kau ni untuk perlahankan sikit suara tu? Asal tadi macam bebal sangat otak kau? Kalau awal - awal cerdik macam ni, tak ada kepala adudu kau ni kena cepuk dengan aku."
PAP
"Aku malu? Pahal aku nak malu?"
PAP
"Siapa ada scandal dengan bini orang?"
PAP
"Aku ke?"
PAP
"Dengan bini siapa pula aku berscandal ni?"
PAP
Soalnya diselang - selikan dengan hempukkan. Kau cepuk lagi Erdiel mamat ni, bagi betul sikit otak dia. Buat sampai setan dalam badan dia tu terbang entah kemana.
"Sakit lah! Babi la kau ni." Marah Zafran.
"Manusia semua sama. Allah cipta tak ada yang berbeza, so kalau aku babi, kau pun babi. Dua kali lima dan lima kali babi la, babi."
PAP
PAP
Dua das ketukan dihentakkan kuat pada kepala Zafran membuatkan dia menyeringai kesakitan.
"Sekarang kau bagi tahu aku, apa kau dah buat dengan Laura tu. Kenapa kau pukul dia? Apa dosa dia sebagai isteri sampai kau buat macam tu pada dia? Mana sifat berperikemanusiaan kau? Setan mana yang dah hasut kau ni?"
"Memang patut kau malu. Kau yang ada scandal dengan bini orang. Iye, memang kau. Kau berscandal dengan bini aku. Bini aku ialah Laura!!" Jeritnya lagi.
Erdiel hanya diam. Kali ini dia tidak bertindak dengan mengetuk kepala Zafran dengan telefonnya tetapi dia menarik rambut lelaki itu dengan sekuat mungkin.
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...