Selesai sahaja makan, mereka berdua berlalu pergi meninggalkan cafe tadi menuju ke kolam ikan Koi. Ada sebuah kedai kecil yang menjual makanan ringan berdekatan kolam itu.
Tanpa sebarang amaran, kedai tadi dituju Laura setelah melepaskan pegangannya terhadap Zafran. Lelaki itu hanya menggelengkan kepala perlahan melihat telatah isterinya.
"Bagi saya 5 plastik mamee tu."
Penjual wanita yang bertugas di kedai tadi, terus mengambil barang yang diminta oleh Laura sebelum barang yang dipesan bertukar tangan.
"Berapa?" Soal Laura.
"RM 5." Balas wanita tadi.
Laura menghulurkan 5 keping not seringgit lalu berlalu pergi meninggalkan kawasan itu. Dia melangkah menuju ke arah bangku berdekatan kolam yang diduduki oleh Zafran.
Kelihatan lelaki itu sedang khusyuk berbalas mesej dengan seseorang. Tanpa teguran terhadap si suami, Laura mendekati kolam ikan dengan tangan yang sedang merenyukkan plastik mamee untuk diberikan pada ikan ikan Koii tersebut.
Terpancar riak gembira pada wajah Laura apabila kebanyakkan ikan berlalu pergi kearahnya setelah dia menaburkan makanan. Sesekali dia terjerit suka ketika air yang dilibas ekor ikan telah mengenai wajahnya.
Kelihatannya riak wajah Laura sangat gembira sehingga tidak disedari bahawa dirinya diperhatikan dari belakang. Lelaki itu tersenyum melihat kegembiraan di wajah Laura. Baginya senyuman Laura adalah kebahagiaannya.
Zafran menekan ikon kamera di skrin telefonnya lalu menukarkan mode kamera kepada potrait. Sisi wajah kiri Laura yang sedikit terlindung dengan tudung putih itu, diambil dengan berhemat.
Klik ! Klik ! Klik !
Perlahan saja bunyi pada telefon bimbit itu kerana bimbang wanita itu perasan akan perbuatannya yang sedang mencuri gambar isterinya sendiri.
Eleh, stalk bini sendiri je. Bukan perempuan simpanan. Single ke tu? Takpe, saya bersama anda.
Senyumannya semakin melebar apabila Laura bertindak memanggilnya untuk kesana. Tanpa berlengah dia mendekati Laura.
"Nah, cuba bagi dia makan." Kata Laura sambil menghulurkan sepeket mamee berperisa ayam.
Zafran hanya menyambut hukuran tersebut sebelum membuka plastik mamee tadi. Sebaik sahaja plastik itu dibuka, dia mengambil lalu disuakan ke mulutnya sendiri.
Sedap jugak benda ni ehh, tapi rasa ayam. Omelnya.
Yela rasa ayam la sebab perisa ayam. Kalau kau nak rasa kambing buat sendiri.
Laura memandang keatas apabila terdengar seperti seseorang sedang memakan sesuatu. Terbeliak mata wanita itu melihat Zafran yang selamba badak mengunyah mamee yang diberikannya tadi.
Zafran hanya memandang kosong kearah Laura yang sudah tercegang melihat lelaki itu. Kepala disuakan sekilas ke hadapan sebagai isyarat 'kenapa?' .
"Kenapa abang yang makan? Sayang suruh abang bagi ikan ikan ni yang makan la. Abang ni dah kenapa? Kesian ikan ikan tu tunggu abang bagi diorang makan tapi abang pulak yang makan untuk diri sendiri. Spaghetti carbonara yang abang makan dekat cafe tadi tak cukup lagi ke? Kan dah order yang large size punya, takkan tak cukup lagi?" Leter Laura seraya menyerupai seorang rapper.
Hek eleh, order spaghetti large size pun bukan Zafran yang habiskan. Member tu sempat makan separuh je, lagi separuh dia yang makan. Tak cukup dengan spaghetti bolognese, rampas pulak spaghetti carbonara Zafran.
Zafran mengambil sedikit mamee lalu terus dimasukkan ke dalam mulut isterinya. Mamee yang telah memasukki mulut Laura itu dikunyah perlahan lahan.
Setelah beberapa saat, mulut wanita itu kembali terbuka.
"Apa?" Soal Zafran.
"Nak lagi. Suapkan." Kata Laura sambil tersengih.
Zafran menarik tangan Laura untuk duduk di bangku yang didudukinya tadi. Sebaik sahaja melabuhkan punggung di bangku itu, Zafran menyambung kerjanya sebagai penyuap makanan tak berbayar kepada Laura.
Note : Ohh by the way, diorang honeymoon dekat Langkawi je. Tak jauh pun, tambah pulak aku malas nak search internet pasal honeymoon jauh jauh ni.
Zafran perasan ada beberapa pasangan kekasih yang memandang pelik kearah mereka. Cemburu mungkin? Yela, orang dah kahwin. Tambah pulak, hubungan dah halal dan bukannya haram jaddah macam hubungan diorang yang kapel sana sini.
To my readers, korang jangan kapel tau? Kalau suka, simpan nama dia dalam doa korang. InsyaAllah, oneday dia akan jadi jodoh korang tapi kalau dia bukan jodoh korang. Doakan supaya jodoh dia, jadi jodoh orang lain. AHAHAHAHAHAHAHA, adil bukan?
Selesai melepak dikawasan itu, Laura mengajak Zafran untuk pulang ke hotel. Penat setelah seharian berjalan jalan dari waktu pagi sehingga petang tidak henti henti. Lagipula, hari ini adalah hari terakhir mereka disini. Esok mereka akan kembali semula ke Kuala Lumpur.
Mereka berjalan beriringan tangan sambil bergelak tawa dengan celoteh Laura yang tidak habis habis. Makin lama makin jelas perangai kebudak budakkan Laura dimata Zafran. Dan hal itu yang membuatkan dia semakin lama semakin sayang kepada wanita itu.
Dia memerhati lama wajah Laura yang kegembiraan. Bibirnya tersenyum, namun tidak dengan hatinya. Senyuman itu hanya bertujuan untuk menutup luka yang tidak berdarah.
"Laura. My Princess." Gumamnya. Kemudian setitis air mata jatuh dari tubir mata.
-------------
ENJOY YOUR READ !!
JANGAN LUPA UNTUK VOTE DAN KOMEN !!
SEE YOU NEXT CHAPTER !!
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...