Perlahan lahan Zafran membuka mata. Tangannya naik menghalang cahaya yang menceroboh masuk ke matanya.
Siling bilik itu menjadi perkara pertama yang dilihatnya sebelum ia menjelajah keseluruh ruangan bilik tersebut.
"Mana semua orang?" Gumamnya sendiri.
Tidak lama kemudian, pintu bilik dikuak oleh seseorang dari luar. Terpampang wajah bertudung milik Melissa. Dia memandang hairan.
Mata Melissa menangkap mata milik Zafran yang sedang memandangnya. Pantas kaki berjalan mendekati lelaki itu.
"Zaf, Zaf nak apa apa tak? Mel tolong ambilkan." Tanya Melissa.
Zafran berkerut pelik. Zaf? Bukan dia selalu panggil abang ke? Omelnya.
"Air." Melissa mengangguk faham sebelum menuangkan air ke dalam gelas putih lalu gelas itu disuakan kepada Zafran.
"Melissa keluar sekejap." Pintanya sebaik sahaja gelas kosong Zafran diletakkan diatas meja bersebelahan katil lelaki itu.
Zafran mengangguk lalu Melissa pantas berjalan keluar, tidak lama kemudian gadis itu masuk bersama seorang lelaki.
Membuntang mata Zafran melihat wajah lelaki itu. Baru sahaja hendak bangun dari berbaring, pantas Austin menegah supaya dia kembali berbaring.
"Jangan nak gatal bangun. Kau tu tak sihat lagi, baring jelah. Sakit buat cara sakit, tak payah nak berlagak sihat." Melissa menampar perlahan lengan sasa Austin. Lelaki itu hanya menjongketkan keningnya.
"Apa?" Melissa hanya menjeling.
Zafran hanya menurut dengan pelik. Kepala lelaki itu pantas menoleh kearah pintu apabila suara ceria seorang lelaki menyapa gegendang telinganya.
Siapa lagi kalau bukan--
"Zafran! Aku rindu kau! Sampai hati kau tak sedarkan diri! Huwaaaa!" Rengeknya dengan tangisan yang dibuat buat. Badan lemah Zafran dipeluk erat membuatkan lelaki itu terasa perit dan pedih di dadanya.
Tangannya naik menepuk nepuk perlahan belakang badan Fariqi. Bella yang sempat melihat tindak balas dari Zafran, segera menarik telinga Fariqi berlapikkan hujung tudung bawal hadapan miliknya lalu dipulas perlahan.
Fariqi melepaskan Zafran perlahan lahan sebelum membontoti langkah Bella yang menuju keluar bilik. Dato Afzan dan Datin Zahara hanya menggeleng perlahan.
"Aduh! Sa-sakit la!" Adu nya.
"Kau mari sini, ikut aku cepat!" Marah Bella. Geram sungguh dengan kebiulan Fariqi ni.
Setelah kelibat dua susuk tubuh itu hilang, anak teruna mereka didekati. Senyuman nipis terukir diwajahnya. Tangan kanan Datin Zahara naik mengusap rambut hitam kemerahan milik lelaki itu.
"Sakit lagi?" Soal Datin Zahara.
Zafran hanya mengangguk perlahan. Tidak larat untuk menjawab kerana rasa sakit akibat dipeluk oleh Fariqi masih menyengat di dadanya.
"Nak apa apa?" Soal Dato Afzan pula.
Lelaki itu hanya menggeleng sebelum mula membuka mulut untuk bertanyakan sesuatu.
"K-kenapa Ja-Jay ad-da kat si-ni?" Soalnya apabila Melissa dan Austin berlalu pergi setelah meminta diri untuk keluar.
"Dia bukan lagi Jay. Dia Austin, adik kembar Lourist. Louis Austin Orlando." Jelas riak terkejut diwajah Zafran mendengar jawapan dari Dato Afzan.
Namun begitu, dia hanya mengangguk perlahan sebagai tanda dia faham. Tidak lama kemudian, wajah Tengku Hamdan Tengku Laila jelas terpampang dimata mereka.
"Assalamualaikum." Kata Tengku Hamdan.
"Waalaikumsalam." Jawab kedua pasangan itu.
Pasangan Tengku itu melangkah mendekati Zafran yang masih terbaring diatas katil. Senyuman manis dihadiahkan buat lelaki itu.
"Dah okay?" Soal Tengku Hamdan.
Zafran menggeleng sebagai jawapan. Tengku Hamdan mengangguk faham. Tengku Laila meletakkan bakul buah buahan diatas meja dihujung kaki katil Zafran.
"Lah, buat susah susah je nak belikan buah tangan bagai." Kata Datin Zahara.
"Takde susah mana pun la. Beli je, lepastu bawa datang sini." Jawab Tengku Laila.
"Terima kasih la, sudi datang dengan buah tangan lagi." Sampuk Dato Afzan.
"Buah buahan. Buah tangan tu yang ni." Tangan yang sudah dikepal menjadi penumbuk itu diangkat paras muka. Dia tersengih menyenget. Dato Afzan memandangnya dengan riak tidak percaya.
"Sejak bila kau pandai nak berloyar buruk ni?"
"Sejak aku jumpa isteri aku balik. Kau ni mesti jarang bergurau dengan bini kan? Tu yang otak tak berkembang tu." Sindirnya.
"Eh, kalau aku bergurau pun takde la nak tunjuk kat engkau. Kalau tunjuk pun dapat apa? Nothing! Takde apa pun!" Jawabnya.
Zafran memejamkan mata dengan memekakkan telinga. Malas mahu mengambil kesah. Pergaduhan antara dua lelaki itu semakin kuat apabila masing masing tidak mahu mengalah.
Tiba tiba dia teringatkan akan seseorang. Mata kembali dicelikkan sebelum mata itu mula melilau keseluruh penjuru bilik.
Mana Laura? Omelnya. Tangan yang dicucuk dengan jarum IV mencapai tangan Datin Zahara yang berada disebelahnya. Wanita itu berpaling kearah anaknya apabila tangan disentuh lelaki itu.
"Ma-na Lau-ra?"
💥💥💥💥💥
Dua bulan kemudian...
Zafran hanya merenung kosong kearah sampul surat putih yang berisikan sehelai kertas A4 yang bertulis.
Pandangan dialihkan kearah tingkap bilik yang memaparkan kawasan rumahnya. Sudah dua bulan berlalu sejak hari dia dibenarkan untuk discharge dari hospital.
Kertas A4 yang bertulis itu diambil sebelum dibuka dan baca isinya. Entah kali yang keberapa isi surat itu dibaca dan dihadam. Setiap patah perkataan yang ditulis Laura, diingatinya.
Assalamualaikum.
Mir, nanti bila kau sedar lepas operation, maybe aku takde kat sebelah kau tau. Tapi kau jangan risau, aku akan selalu ada dengan kau. Kau nak tahu kat mana? Letakkan tapak tangan kau dekat tengah dada. Kat situ la aku duduk. Dekatkan? Sangat sangat.
Jaga kesihatan kau, makan benda yang berkhasiat je. Kau jangan gatal nak makan benda benda yang boleh membahayakan kesihatan kau eh! Aku tikam kau dalam nanti! Tapi, tu la kan, cakap je, buatnya tak. Yelah, kalau aku tikam kau betul betul nanti aku nak kahwin dengan siapa?!
Aku terpaksa pergi Perth kejap. Tak lama pun, sebulan je. Kau tunggu aku. Aku balik, kita kahwin. Aku janji.
Yang benar,
Tengku Laura Adriana.Berjuraian air mata yang mengalir. Setiap kali surat itu dibaca, setiap kali itu juga air mata lelakinya mengalir.
"Sebulan? Ini yang kau kata sebulan?"
"Balik la Laura."
Rintihnya.
Dada disentuh dengan tangan kanan. Rasa perit dan sakit mula menghurung perasaannya.
"Aku sayang kau. Aku cinta kau. Aku rindu kau. Semua hanya kau. Tengku Laura Adriana." Luahnya.
-----------
Best weyy tulis novel sambil jalan jalan dalam air pantai ni. Tau tau kena telan jerung. Ahaks! 😆
Enjoy your reads!!
Jangan lupa untuk vote dan komen!!
See you next chapter!!
YOU ARE READING
C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIA
Action( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasan tahun. Sejak dari muda, Laura telah melibatkan dirinya ke dalam dunia gelap ayahnya iaitu dunia ma...