S.E.B.I.C.M.3️⃣2️⃣

914 60 52
                                    

Zafran mendekati David yang sudah terbaring diatas tanah dengan tangan yang mencengkam erat pada pehanya yang berdarah.

Mata pula mengerling sekilas kearah Ace yang bangun sambil menepuk nepuk baju dan seluarnya yang kotor kerana jatuh.

"Okay?" Soalnya sekilas.

Ace hanya mengangguk perlahan lalu memandang David. David tersenyum sinis memandang Ace dan Zafran.

Sejak bila jantan ni pandai guna pistol pulak ni?! Gerutunya geram.

"Sejak bila kau pandai guna pistol pulak ni?" Soal David.

"Sejak aku kena seksa dengan kau. Aku tau Laura, Bella, Ben, Lourist dan Rizal ialah mafia termasuk abang aku, Zamri, papa dan uncle Hamdan." Balasnya senada. Muka masih lagi tiada sebarang riak yang terukir.

David berdecit perlahan dan ketawa sinis. Terasa lucu kerana dia kini seperti dipermainkan. Perlahan lahan diri digagahkan untuk bangkit daripada terbaring diatas tanah.

Ace hanya memerhati mereka berdua. Ada sesuatu yang lain dalam diri Zafran. Aura yang menakutkan tapi aura itu membuatkan dia lebih suka kepada Zafran.

The Evil Zafran. Ace senyum sinis.

David menggulum lidahnya sendiri sebaik sahaja berjaya mengimbangi dirinya tanpa sebelah kaki mencecah tanah.

"Habis? Kau nak stay dengan pembunuh?"

"Apa bezanya aku dan kau?"

David berkerut tidak faham.

"Apa maksud kau?"

"Kau pembunuh dan aku pun pembunuh. Sebelum aku kena culik dengan kau 2 hari lepas, aku baru je lepas balik dari hospital. Nak tau kenapa? Aku melawat arwah bapak kau, Bryant." Timbul riak sinis diwajah Zafran apabila wajah David mula menyeringai.

"TAK GUNA!!" Baru selangkah maju kehadapan, Zafran menarik picu pistol menyebabkan sebutir peluru mengenai dada kiri David.

Dia terundur selangkah ke belakang. Tangan naik menyentuh kawasan yang mula mengeluarkan darah. Darah yang tercalit pada jari dijilat penuh nikmat.

Ace dan Zafran memandang tanpa rasa kasihan pada lelaki itu apabila dia jatuh tidak sedarkan diri diatas lantai.

"Betul kau okay?" Soal Zafran.

"Betul. Sakit sikit jelah." Balas Ace.

"Jom balik."

Ace mengangguk faham dan berjalan pergi seiringan dengan Zafran.

David yang hanya berlakon tidak sedarkan pantas mengambil pistol tadi dan diacukan pada Laura. Zafran yang perasan akan pergerakan David terus menembak lelaki itu sehingga kehabisan peluru. Sempat dia menolak Laura sehingga gadia itu terjatuh masuk ke dalam semak disebelah kanannya.

Serta merta David jatuh dan mati setelah beberapa das peluru milik Zafran menembus masuk ke tubuhnya.

Zafran menjatuhkan tangan seraya melepaskan pistol tadi yang telah dikosongkan. Lelaki itu masih berdiri teguh dengan mata masih lagi terpaku pada jasad tidak bernyawa itu.

"Amir!!" Jerit Laura dan pantas mebyambut Zafran yang jatuh dan hampir menyembah bumi.

Badan lelaki itu turut ditembusi beberapa peluru milik David. Laura memangku erat tubuh Zafran keatas pehanya. Sebelah tangannya turut menampar lembut wajah bersih Zafran supaya tidak memejamkan mata.

Manakala sebelah tangannya lagi, menekan pada luka dibahagian dada lelaki itu. Mata kuyu Zafran memandang sayu wajah Laura sebelum beralih ke bahu Laura yang sempat ditembusi peluru.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now