S.E.B.I.C.M.3️⃣3️⃣

854 60 63
                                    

PAPP

Bella menampar kuat pipi Fariqi menyebabkan lelaki itu tertoleh ketepi. Lelaki itu terkedu dan tercegang. Kepala dialihkan perlahan lahan supaya mengahadap wajah milik Bella.

Sebaik sahaja selesaik melakukan pemeriksaan untuk pembedahan pemindahan organ dalaman, Bella terus mengajak Fariqi untuk berbual dengannya di taman hospital itu.

Wajah membengis milik Bella menyapa matanya. Terbuntang mata coklat hazel lelaki itu apabila dia melihat cecair jernih yang mengalir melalui mata biru milik Bella.

Serta merta dia menjadi gelabah. Pantas tangannya naik untuk mengesat air mata Bella, namun lagi pantas tangan gadis itu menepis kuat tangan Fariqi.

"Kau menangis kenapa pulak ni? Kau yang tampar aku, tapi kau yang nangis? Sepatutnya aku yang menangis." Bebelnya dengan ruak tidak puas hati dan gelisah. Mana tak nya, perempuan yang dia suka, dia sayang tiba tiba menangis.

PAPPP

Sekali lagi Bella menampar pipi Fariqi. Kalau tadi pipi kiri, sekarang pipi kanan pula menjadi sasarannya. Semakin lebat pula air mata gadis itu mengalir membasahi pipi.

"Apa masalah kau ni hah?!" Tengking Fariqi. Tidak tahan diperlakukan seperti tidak berperasaan oleh gadis itu.

Walaupun perasaan suka menguasai diri, tapi itu bukan tiket untuk dia membiarkan dirinya disakiti sesuka hati.

Tanpa menghiraukan amarah Fariqi, sekali lagi tangan kecil gadis itu ingin naik menampar pipinya, namun kali ini lebih tangkas lelaki itu mengenggam erat lengan kecil gadis itu dengan berlapikkan lengan baju.

"Apa masalah kau?! Kenapa kau--"

"Kau masalah aku sekarang ni!!" Jerit Bella kuat sambil menahan esakkan.

"Kenapa pula aku yang jadi masalah kau?"

"Yang kau nak dermakan hati kau dekat Zafran tu kenapa?!"

"Dia sepupu aku, family dia je yang aku ada sejak parents aku meninggal. Salah ke aku nak berkorban untuk dia? Salah ke?!"

"Kenapa?! Kenapa tak fikirkan pasal perasaan orang sekeliling kau? Kenapa kau tak pernah fikirkan diri kau sendiri sebelum orang lain? Kenapa kau lebihkan orang lain dari diri kau sendiri?! Kenapa kau selamatkan aku dari kena tembak dekat gudang tadi?! Kenapa kau tak biarkan aku mati je?! Sekurang kurangnya kalau aku mati, mungkin hati aku boleh didermakan untuk Zafran." Soalnya bertubi tubi. Iris biru milik masih merenung lemah kearah iris coklat hazel milik Fariqi.

Fariqi melepaskan tangan Bella dari genggamannya. Rambut perang asli miliknya diraupkan ke belakang.

"Aku selamatkan kau sebab aku suka kau. Aku sayang kau. Aku cintakan kau, Bella." Luahnya. Lembut saja suara lelaki itu menyapa gegendang telinga Bella.

Bella mengangkat perlahan muka untuk bertentang mata lelaki demi mencari kebenaran dalam kata katanya. Sama ada benar ataupun sebaliknya.

"Aku cintakan kau Bella. Sangat." Luahnya lagi.

Bella diam. Masih lagi tersedu sedan kerana menangis.

"Aku selamatkan kau tadi, sebab aku tak nak kau mati. Aku nak lamar kau, aku nak hidup dengan kau, aku nak kau jadi mama untuk anak anak aku dan aku nak kau yang jadi permaisuri dalam hati aku. Aku ikhlas, Bella. Aku ikhlas cintakan kau. Demi Allah, aku cintakan kau demi Allah."

Lengan jaket kulit Bella ditarik keatas untuk mengelap air mata gadis pujaannya yang masih galak mengalir. Dia tersenyum manis kearah Bella.

"Tapi aku tau, kau tak cintakan aku. Kau cintakan doktor Mikael. Takpe aku redho, mungkin kau bukan jodoh aku." Senyuman tadi bertukar kepada senyuman hambar.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now