BAB 35

6.9K 349 19
                                    

     NANA mengintai Shafqi yang sedang duduk di balkoni. Abangnya itu sedang asyik termenung sendirian sejak kebelakangan ini. Entah apa yang difikirkan oleh lelaki itu, Nana sendiri tak pasti.

Nana kulum senyum. Dia ada satu berita yang ingin disampaikan kepada abangnya. Dan Nana pasti, Shafqi akan tersenyum lebar nanti. Terus tubuhnya dibawa mendekati Shafqi yang masih ralit mengelamun. Bahu abangnya disentuh.

"Nana, ada apa?" soal Shafqi. Wajah ceria adiknya itu ditenung. Gembira saja Nana hari ini? Pasti ada sesuatu yang membuatkan adiknya itu bahagia.

"Guess what?" Nana angkat kening. Makin lama, makin melebar sengihan dia.

"What?" tanya Shafqi tidak mengerti. Tubuhnya dipusingkan menghadap Nana seraya mata dipincilkan.

"Marissa Jasmine," sebut Nana.

"Kenapa dengan Marissa?" cepat saja Shafqi bertanya. Pelik betul dia melihat Nana yang tak habis-habis menayangkan senyuman. Apa yang disukakan sangat oleh gadis itu?

"Marissa dah tak bekerja dengan Harraz," jawab Nana seterusnya merungkaikan segala tanda soal di fikiran Shafqi. Lelaki itu bangun. Jelas riak wajah terkejut mula pamir di mukanya.

"How did you know?"

"Well, adik dengar perbualan Harraz dengan Naim tadi. Ops, bukan terdengar but adik curi-curi dengar," jelas Nana selamba. Bangga betul dia dapat memasang telinga ketika kedua-kedua lelaki itu sedang berborak di dalam bilik pejabat Harraz.

"Marissa dipecat?"

"Oh my abang! Mustahillah Harraz nak pecat Orkid aka Marissa kesayangan dia tu! Apa yang adik dengar, perempuan tu pergi secara tiba-tiba. Tak ada notis, tup-tup macam tu aje dia blah. Huh, suka hati dia je buat ofis tu macam bapak dia punya!" ujar Nana tak puas hati. Tangan disilangkan bersama jelingan jengkelnya.

Otak Shafqi mula ligat memikirkan mengapa Marissa berhenti secara tiba-tiba. Mustahil wanita itu saja-saja menjauhkan diri daripada Harraz. Sedangkan, Marissa ada matlamatnya sendiri. Atau mungkin...

"Marissa dah dapat tahu bukan Harraz lelaki yang selama ini dia cari. Atau lebih tepat lagi, Harraz tak ada kena mengena dengan Lisa. But, Damian. Yes, jantan tu!"

Shafqi gelak kuat. Bingo! Dia sudah dapat mengagak itulah jawapannya.

"Apa yang abang cakap ni? Damian? Siapa dia tu, abang?"

"Damian tu abang kembar Harraz,"

Melopong mulut Nana setelah luncuran ayat itu menyapa halwa telinganya.

"What? Kenapa adik tak pernah tahu Harraz ada kembar? Oh my god, drama apa ni?" Nana menggelengkan kepala tidak percaya.

"Sebab Harraz taknak orang tahu yang dia ada kembar," ringkas Shafqi membalas. Dia kemudian bersiul kecil.

"Terutama sekali Marissa Jasmine," sambung Shafqi lagi. Sinis dia berkata.

"Tapi kenapa? Apa yang dah jadi?"

"Kau ingat abang pernah cakap haritu, Marissa muncul semula dalam hidup Harraz kerana dendam dia."

Laju Nana mengangguk.

"Actually, bukan Harraz teman lelaki Lisa. Tapi Damian. Lelaki tu yang sepatutnya Marissa cari. Tapi disebabkan ada kekeliruan sikit, Harraz jadi mangsa. Lagipun, Damian dah bawa diri ke luar negara."

"Wow, tak sangka macam tu rupanya kisah diorang. Jadi selama ni, Marissa silap orang la kan? Bodoh juga dia tu," kutuk Nana dengan bibir dijuihkan.

1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang