SEHARIAN dia duduk dalam bilik tidurnya. Lepas pulang dari kerja dan sehinggakan sudah tengah malam, dia langsung tidak turun makan. Alasannya, dia mengantuk. Padahal matanya tidak boleh lelap memikirkan banyak benda.
"Kalau kau setuju, hujung minggu ni kita cari baju nikah."
Kata-kata Harraz masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinganya. Marissa merapatkan lutut kedadanya. Dia buntu. Kalau diikutkan motif sebenarnya, kira-kira dia sudah berjaya perangkap Harraz. Tapi persoalannya, Harraz cintakan dia atau tidak?
Jika tidak, tak ada guna kalau dia bersetuju dengan lamaran Harraz. Eh, lamaran ke tu? Marissa menggeleng-geleng. Serabut betul bila fikirkan hal ni. Tambahan lagi, takkan lah dia mahu menggadaikan masa depannya hanya kerana dendam?
Marissa membuka laci di tepi katil lalu dia mengeluarkan kalendar. Dia meneliti setiap tarikh yang ada di kalendar itu. Esok, genaplah dua bulan Lisa meninggalkannya.
"Ris, kalau aku kahwin nanti, aku nak kau jadi pengapit aku tau!" Lisa melentokkan kepalanya di bahu Marissa. Ketika itu, mereka sedang duduk bersama di tepi kolam. Menikmati kepekatan malam yang diserikan lagi dengan kerlipan bintang di langit.
"Kau nak kahwin dengan siapa, Lisa?" tanya Marissa sambil menguyah kerepek yang berada di tangannya.
"Dengan Harrazlah, siapa lagi? Aku kan dah lama bercinta dengan dia. Jadi, aku dah plan nak kahwin hujung tahun ni. Itupun kalau aku panjang umur."
Marissa tersentak dengan ayat terakhir Lisa itu. Tak, dia belum bersedia lagi nak kehilangan Lisa. Terus mati selera dia. Wajah Lisa dipandang tidak puas hati.
"Kenapa kau cakap macam tu? Aku tak sukalah, Lisa! Kau dengan aku tak boleh berpisah. Ke mana kau pergi, aku akan ikut sekali!" ujar Marissa penuh emosi. Dia dah nak menangis bila dengar Lisa berkata begitu.
Lisa mengekek kecil. Kelakar tengok muka cemberut Marissa.
"Kau ni emolah, Ris! Yalah-yalah, aku tak tinggalkan kau. Dan kau pun kena janji, tak boleh tinggalkan aku?"
"Janji!"
Kemudian, mereka bersama-sama bergelak ketawa. Itulah satu-satunya kenangan yang ditinggalkan Lisa sebelum dia meninggal.
"Ris, kau tak pernah tengok gambar Harraz kan? Kau nak tengok tak, Ris?" Ceria muka Lisa.
"Taknaklah. Aku tengok masa korang nikah nanti. Kalau aku tengok sekarang, buatnya aku terpikat dengan dia, siapa susah? Kau juga yang menangis tak berlagu nanti!" Marisa terkekek ketawa bila Lisa menghadiahkan satu cubitan manja di lengannya.
Begitulah hidup Marissa dan Dhialisa. Saling mengusik antara satu sama lain. Bohonglah kalau mereka tidak pernah bergaduh besar. Pernah je, tapi apa yang membuatkan mereka berbaik adalah kerana ikatan kasih sayang yang sukar diputuskan.
Marissa tersenyum sendirian bila teringatkan kenangan lalu mereka. Rindu dia kepada arwah tidak pernah hilang. Hatta, dia merasakan Lisa tidak pernah pergi dalam hidupnya. Dia sentiasa dapat merasai kehadiran Lisa disisi.
"Macam manalah kau boleh bercinta dengan Harraz tu, Lisa? Kau cakap dengan aku dia tu seorang yang bermulut manis. Pandai ambik hati perempuan. Tapi, bila aku berdepan dengan dia, lain sangat-sangat, Lisa!" Marissa bercakap seorang diri.
YOU ARE READING
1.0 | DENDAM CINTA [COMPLETED/IN EDITING]
RomanceMarissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermula kerana dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak, tidak terlintas langsung di fikirannnya untuk memas...